Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Seluar Dalam Saiful Peningkan Pendakwa?

Oleh: Mohamed Hanipa Maidin Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata " nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar!

Video: Bahas Bajet 2015 - PAS Dibuli BN Bukan PR

PAS has been bullied in the past, but not by Pakatan Rakyat, said Khalid Samad (PAS-Shah Alam) when debating the 2015 Budget in parliament today. Instead, he said the Islamist party was bullied by Barisan Nasional when it ruled Selangor in the past.

‘I Want To Touch A Dog’: Konspirasi Dalam Konspirasi?

Program ‘I want to touch a dog’ telah banyak menimbulkan perbahasan dan kritikan. Ada yang bertanya pandangan saya berhubung program ini. Pada awalnya saya tidak begitu minat untuk memberi sebarang komen, kerana ianya isu sudah jelas. Kalau ingin ditulis komen saya sekali pun, saya akan mengatakan perkara yang sama dengan apa yang telah dinyatakan oleh Ust Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) dalam FB beliau . Ianya sesuatu yang mungkin berniat baik tetapi tidak dikendalikan dengan baik. Amat baik bagi orang Islam yang hidup di dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, yang akan terdedah dengan kehadiran anjing di kawasan kehidupan mereka, memahami sikap dan ajaran Islam mengenai binatang ini. Bagi masyarakat Melayu yang dibesarkan dengan perasaan takut, benci dan jijik terhadap anjing, pendedahan ilmiah berhubung hukum hakam mengenainya boleh dianggap releven. Tetapi malangnya ianya sepatutnya dapat dikendalikan dengan lebih baik lagi. Dalam soal hukumnya, ramai sudah memberi pen...

PAS dan PasMa: Perlukah Bertindak Melarang?

Saya mengikuti polemik berhubung PasMa yang berlarutan sekian lama dengan penuh hairan dan perasaan pelik. Perasaan hairan saya adalah mungkin kerana saya tidak memahami ‘isu sebenar’ di sebalik reaksi yang begitu negatif terhadap penubuhan PasMa. Mungkin akan ada yang mengatakan saya terlalu ‘naif’ sehingga tidak menyedari ‘bahaya’nya PasMa. Mungkin juga akan ada yang berkata saya tidak marah kerana saya bersama mereka, seperti yang didakwa oleh pihak yang menyebar apa yang didakwa sebagai senarai AJK PasMa apabila ianya baru didaftarkan. Mengikut senarai itu, saya salah seorang Naib Presiden kalau tidak silap saya!

Arak: Pendirian Islam Liberal?

Ada yang menegur saya dengan mengatakan pendirian saya berhubung Oktoberfest adalah pendirian ‘Islam Liberal’. Saya agak terkejut atas teguran ini dan ianya adalah bukti bahawa yang menegur saya tidak memahami apa yang dikatakannya sendiri. Oleh kerana kelihatan agak ramai yang tidak faham, maka saya ingin perjelaskan di sini apa itu sikap Islam Liberal berhubung arak.

Ulasan Muktamar PAS Ke-60: Bahagian II

Mungkin ada yang bertanya, mengapa saya masih ingin menulis berhubung dengan isu Muktamar PAS ke 60 sedangkan ia sudah lama berlalu. Sebenarnya saya ingin menyatakan kekhuatiran saya berhubung perkembangan baru yang tidak sihat yang sedang berlaku di dalam PAS. Perkembangan tidak sihat ini telah terzahir dengan jelasnya semasa muktamar lepas. Semoga dengan penulisan ini boleh diambil pengajaran dan iktibar dan akan ada usaha dari semua pihak untuk membetulkannya. Pada masa sama ianya merupakan analisa dan ulasan sambungan dari Ulasan Muktamar PAS Ke-60: Bahagian I yang telah disiarkan beberapa minggu yang lepas. Ini bahagian kedua dan bahagian ketiga akan menyusul dalam masa terdekat.

Oktoberfest dan Pendirian Saya

Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya ‘sokong’ dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

Ulasan Muktamar PAS Ke-60: Bahagian I

Saya sebenarnya menunggu untuk pimpinan membuat teguran atau ulasan berhubung apa yang telah berlangsung sepanjang muktamar PAS yang ke-60 di Johor tempoh hari. Sebagai seorang yang telah bersama PAS semenjak tahun 1983, dan mengikuti muktamarnya setiap tahun, samada di Kelantan, Kedah, Selangor atau pun di Wilayah, saya melihat muktamar ini jauh berbeza dari muktamar yang lain. Saya menunggu dengan penuh harapan bahawa akan ada pimpinan yang akan ke hadapan untuk memperbetulkan segala kekalutan yang telah berlaku sepanjang muktamar tersebut. Malangnya kelihatan seolah-olah tiada yang merasakan ianya perlu atau sanggup melakukannya. Pada semua muktamar yang berlangsung sebelum ini, ahli dan pimpinan mengakhiri muktamar dengan diwujudkan kata sepakat dan perasaan penuh ukhuwwah sambil berkongsi akan satu wawasan dan hala-tuju yang jelas untuk dilaksanakan seterusnya. Kali ini muktamar telah berakhir dalam keadaan yang sepertimana ianya bermula tanpa adanya bertambah perasaan ukhuwwah ...