Perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam mana-mana organisasi. Lebih ramai ahlinya, lebih banyak pandangan dan pendapat. Di dalam PAS perbezaan pendapat tetap merupakan persoalan yang perlu ditangani dan diuruskan. Tetapi sekurang-kurangnya perbezaan itu dikawal oleh batas-batas syariat dan hukum. Maka pandangan yang tertolak dari sudut syariat akan terus ditolak dan dengan itu menentukan perbezaan pandangan kekal di dalam kerangka syariat. Namun, sepertimana kita semua fahami, ruang harus atau halal tetap luas dan ini memungkinkan berlakunya perbezaan pandangan dalam persoalan yang harus ini. Lebih-lebih lagi apabila persoalannya adalah tindakan politik yang perlu diambil dalam seusatu keadaan dan suasana. Perbezaan pendapat akan timbul berhubung ketepatan dan kebijaksanaan sesuatu tindakan, walaupun beberapa pilihan adalah harus dan dibenarkan.
Malangnya dalam banyak ketika, kita lihat perbezaan pandangan di dalam PAS dewasa ini tidak diurus dengan baik. Ianya, secara sengaja atau tidak, dijuruskan ke arah persoalan ‘pro-ulama’ atau ‘anti-ulama’. Sedangkan persoalan yang dibahas tidak ada kena mengena dengan persoalan samada pro-ulama atau anti-ulama! Dan ini menyebabkan perbahasan menjadi terbabas dari landasan kewarasan dan isu sebenar menjadi kabur.
Sebagai contoh kita lihat bagaimana perbezaan pandangan berhubung persoalan calon Menteri Besar dikupas di dalam beberapa tulisan sehingga menyumbang kepada suasana tegang di dalam PAS. Cara ianya dikupas menggambarkan PAS seolah-olah dibahagi kepada dua, golongan yang kononnya pro-ulama’ dan golongan yang kononnya anti-ulama’. Harap ambil perhatian, saya sebut ‘seolah-olah’ dan ‘kononnya’.
Yang menyokong pandangan DS Presiden bahawa DSWA tidak layak untuk menjadi MB dilabel ‘pro-ulama’ dan yang tidak bersetuju dengan pandangan DS Presiden dalam soal ini pula digelar ‘anti-ulama’. Sedangkan isunya ialah samada DSWA layak atau tidak untuk dipilih menjadi MB dalam keadaan dan suasana yang sediada. Soal sokong kepimpinan ulama’ atau menolak kepimpinan ulama’ tidak timbul dan BUKAN isunya di sini.
Dalam erti-kata lain, sepatutnya apa yang dikemukakan adalah hujjah untuk membuktikan dakwaan bahawa DSWA tidak layak, bagi yang menganggap beliau tidak layak. Dan bagi yang beranggapan sebaliknya, mengemukakan pula hujjah mengapa beliau dianggap layak untuk menjadi MB. Bagaimana soal pro atau anti-ulama’ boleh timbul dalam perbahasan isu ini adalah sesuatu yang membingungkan. Kerana layak atau sebaliknya DSWA adalah isu yang ingin dibahas, bukan pro atau anti-ulama’.
PENGAJARAN DARI SEERAH RASULULLAH (SAW)
Sebenarnya banyak pengajaran berhubung cara bagaimana perbezaan pendapat perlu diuruskan dalam Seerah Rasulullah (SAW).
KESIMPULAN
Masalah yang dihadapi dalam PAS dewasa ini ialah bahawa perbezaan pandangan ini ditangani dengan dikelompokkan kepada dua kelompok, iaitu yang sokong ulama’ dan yang kononnya tolak ulama’. Maka sesiapa yang mengemukakan pandangan yang berbeza dengan DS Presiden akan digelar golongan tolak ulama’. Atau golongan yang ingin jatuhkan DS Presiden.
Dan inilah punca ketegangan dalam PAS sehingga segala hujjah tidak dinilai atas kekuatannya tetapi atas samada selari dengan DS Presiden atau sebaliknya. Dari mana amalan ini diambil adalah satu tanda-tanya bagi saya. Sedangkan ini bukanlah kaedah yang diguna-pakai Rasulullah atau para sahabat seperti yang dibuktikan tadi.
Ianya satu budaya yang buruk dan hanya akan menambahkan pengaruh golongan pembodek dan pengampu di dalam PAS. Iaitu golongan yang ke mana sahaja mereka pergi berwirid dengan kata-kata ‘kami sayang Presiden’, ‘kami sokong Presiden’ dan sebagainya. Sedangkan yang diperlukan DS Presiden adalah bukan pengampu dan pembodek sebegini tetapi mereka yang bercakap benar dan memberikan nasihat secara ikhlas. Iaitu yang sanggup menyatakan kepada DS Presiden “saya tidak setuju” bila tidak setuju dan “bagi hemat saya, cara tuan silap, cara ini adalah yang lebih baik”. Bukan yang mengiyakan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan beliau.
Dan bagaimanakah akan ada mereka yang sanggup berkata begitu sekiranya setiap perbezaan pandangan akan ditakrif sebagai ‘menolak ulama’ dan ‘ingin menjatuhkan Presiden’? Adakah pandangan yang ingin ditegakkan itu begitu dhaif sehingga itu sahaja cara untuk mempertahankannya?
Saya sendiri menghadapi masalah apabila berhubung dengan seorang kawan. Dia berkata, “maaf, saya bersama mereka”. Sedangkan sepatutnya dikatakan, “maaf saya bersetuju dengan sekian sekian hujjah”. Sekiranya disebut setuju dengan sesuatu hujjah maka pendiriannya terletak pada hujjah dan bukan pada kumpulan. Malangnya jawapan yang diberi adalah “saya bersama mereka”, iaitu kumpulan yang kononnya ‘pro-ulama’. Dan saya pula oleh kerana berbeza pandangan adalah kononnya ‘anti-ulama’.
Sedangkan tiada walaupun seorang yang menolak konsep kepimpinan ulama’ akan bersama PAS. Kerana ulama’, mengikuti cara Rasulullah (SAW), iaitu menghargai perbezaan pandangan dan mengakui tidak mengetahui kesemuanya dan tidak semestinya betul setiap kali, lebih-lebih lagi dalam soal pandangan. Amalan syura diperhebatkan dan perbezaan pandangan diraikan. Teguran dan kritikan dialu-alukan, sambil berwaspada terhadap mereka yang memuji-muji.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

- Peristiwa Perbezaan Pandangan Sebelum Perang Uhud
Satu peristiwa yang boleh dirujuk adalah perbahasan sebelum berlakunya perang Uhud. Apabila mendengar berita berhubung tentera Quraisy yang ingin menyerang Madinah, ada yang berpandangan lebih baik ummat Islam bertahan di dalam kota Madinah. Mereka mempertahankan pandangan mereka atas hujjah tertentu. Tetapi ada pula yang berpandangan lebih baik bertahan dan bertemu musuh di luar kota Madinah. Rasulullah (SAW) sendiri lebih cenderung untuk bertahan di dalam kota Madinah tetapi setelah mendengar pandangan orang ramai, khususnya golongan muda, yang lebih cenderung untuk bertahan di luar, maka Baginda (SAW) bersetuju untuk bertahan di luar.
Perbahasan yang berlaku adalah berkisar persoalan mana yang lebih baik, bertahan di luar atau bertahan di dalam. Bukan siapa ‘pro-pandangan Rasulullah’ dan siapa ‘anti-pandanagn Rasulullah’! Sekiranya perbahasan dijuruskan ke arah siapa pro-pandangan Rasulullah (SAW) dan siapa anti-pandangan Rasulullah (SAW) maka sudah pasti tidak akan ada perbahasan! Namun oleh kerana para sahabat memahami bahawa perbezaan pendapat, walaupun dengan Rasulullah (SAW) dalam persoalan pandangan adalah dibenarkan maka mereka tidak terhalangan untuk menyatakan pandangan mereka yang berbeza. Dan hakikat sememangnya Rasulullah (SAW) ingin mendengar semua pandangan, termasuk yang berbeza dengan pandangan Baginda sendiri, kerana dengan itu dapatlah Baginda membuat keputusan yang mantap dan kukuh berdasarkan hujjah yang berbeza dari semua pihak. Dalam keadaan itu Baginda akan yakin bahawa semua hujjah dan maklumat telah diambil-kira dan keputusan yang dibuat adalah yang sebaik mungkin.
Dan pemimpin yang baik akan sanggup mengorbankan pandangan dirinya sendiri apabila mendengar kebenaran hujjah dari pihak lain, walaupun yang membawa hujjah itu tidak sehebat pemimpin berkenaan. Sekiranya Rasulullah (SAW) sendiri sanggup mengenepikan pandangan Baginda sendiri, mengapa kita sebagai manusia biasa tidak sanggup walaupun sekadar untuk mendengar hujjah yang berbeza? - Peristiwa Perbezaan Pandangan Sebelum Perang Badr
Lainlah sekiranya yang ingin dibincangkan merupakan sesuatu yang telah diputuskan melalui wahyu! Seperti kisah masyhur antara Baginda (SAW) dan seorang sahabat bernama Hubab Al-Mundhir di medan perang Badr. Apabila Rasulullah menempatkan tentera Islam di satu kedudukan, maka Hubab brttanya pada Rasulullah (SAW) samada keputusan meletakkan tentera Islam di kedudukan tersebut adalah wahyu atau pandangan. Sekiranya wahyu maka dia akan akur dan terima seadanya tetapi sekiranya pandangan maka Hubab juga ada pandangan yang ingin disampaikan. Maka Rasulullah menjawab ianya hanya pandangan. Mendengar jawapan Rasulullah, maka Hubab terus mencadangkan satu tempat lain untuk ditempatkan tentera Islam dengan hujjah mantap mengapa ianya lebih baik. Mendengar hujjah Hubab, Rasulullah terus mengarahkan supaya tentera Islam berpindah ke kedudukan yang dicadangkan Hubab.
Sekali lagi tiada timbul dakwaan Hubab menolak pandangan Rasulullah atau beliau adalah penentang Rasulullah, atau orang yang ingin menjatuhkan Rasulullah! Sebaliknya Hubab, melalui teguran itu terbukti merupakan penyokong kuat Rasulullah (SAW) dan beliau menyokong Baginda dengan memberikan pandangan yang bijaksana dan tepat untuk membantu Rasulullah.
Oleh kerana ianya persoalan pandangan dan pendapat, bukan sesuatu yang ditetapkan melalui wahyu maka semua pandangan diraikan. Dan dalam soal pandangan, maka sepatutnya kita memilih pandangan yang paling bernas, melihat kepada kemantapan hujjah bukan melihat kepada siapa yang mengemukakannya. Dan sudah pasti soal layak atau tidak DSWA untuk menjawat jawatan MB adalah sesuatu yang didasarkan kepada pandangan dan bukan wahyu! - Peristiwa Perbezaan Pandangan Selepas Badr
Selepas perang Badr, beberapa orang tawanan perang dibawa ke Madinah. Di kalangan mereka ada beberapa pembesar Quraisy. Apabila berbincang apa yang perlu dilakukan dengan tawanan perang ini, Umar mencadangkan mereka dibunuh sahaja dan dengan itu akan melumpuhkan kekuatan golongan musyrikin Quraish! Abu Bakar pula mencadangkan supaya mereka dibebaskan dengan terlebih dahulu diperolehi wang tebusan. Untuk meringkaskan cerita, setelah melalui proses perbahasan yang begitu menyeluruh, di mana ramai sahabat terlibat, Rasulullah memuji kedua-dua Abu Bakar dan Umar dan seterusnya memilih untuk menerima cadangan Abu Bakar. Maka tawanan perang dibebaskan setelah menerima wang tebusan.
Kemudiannya Allah turunkan wahyu menegur Rasulullah (SAW) melalui ayat 67 dan 68 Surah Al-Anfal yang menyatakan pilihan Baginda tidak tepat. Dengan itu pendapat Umar disahkan lebih tepat oleh Allah sendiri!
Sekiranya Rasulullah (SAW) boleh tersilap pilih setelah dilakukan syura yang begitu menyeluruh sekalipun, adakah wajar kita menganggap seseorang pemimpin boleh dengan sewenang-wenangnya membuat keputusan tanpa melakukan syura dan kita sebagai ahli sekadar perlu patuh tanpa syarat? Adakah wajar kita menggunakan alasan kehebatan pemimpin berkenaan untuk menyatakan bahawa pandangannya semestinya betul dan tepat dan oleh kerana kehebatannya maka pandangannya perlu diterima begitu sahaja? Sedangkan isu yang hendak diputuskan merupakan persoalan ketepatan sesuatu tindakan politik seperti dalam kes tawanan perang Badr? Adakah wajar kita melabelkan orang yang berbeza pandangan sebagai khianat, tidak wala’ dan thiqah?
Sedangkan peristiwa di atas membuktikan Rasulullah sendiri boleh tersilap walaupun sudah pasti Baginda lebih alim dan lebih warak dari Umar! Maka ke’aliman dan kewarakan seseorang tidak merupakan alasan untuk tidak melakukan syura dengan sepenuhnya sebelum membuat keputusan. Dan Umar, yang berbeza pandangan dengan Rasulullah (SAW) sendiri, akhirnya bukan sekadar tidak dikutuk atau dituduh dengan berbagai gelaran tetapi sebaliknya dipuji dan diiktiraf kepintaran dan kebijaksanaan beliau.
Tetapi perlu difahami, apabila pandangan dikemukakan dan ianya ditolak atau diterima atas alasan tertentu, maka tindakan yang diambil berdasarkan keputusan yang dibuat perlu disokong semua. Namun sesuatu pandangan itu hendaklah ditolak atau diterima atas alasan dan hujjah, seperti yang dilakukan Rasulullah (SAW) dan bukan atas sebab ianya pandangan orang tertentu.
KESIMPULAN
Masalah yang dihadapi dalam PAS dewasa ini ialah bahawa perbezaan pandangan ini ditangani dengan dikelompokkan kepada dua kelompok, iaitu yang sokong ulama’ dan yang kononnya tolak ulama’. Maka sesiapa yang mengemukakan pandangan yang berbeza dengan DS Presiden akan digelar golongan tolak ulama’. Atau golongan yang ingin jatuhkan DS Presiden.
Dan inilah punca ketegangan dalam PAS sehingga segala hujjah tidak dinilai atas kekuatannya tetapi atas samada selari dengan DS Presiden atau sebaliknya. Dari mana amalan ini diambil adalah satu tanda-tanya bagi saya. Sedangkan ini bukanlah kaedah yang diguna-pakai Rasulullah atau para sahabat seperti yang dibuktikan tadi.
Ianya satu budaya yang buruk dan hanya akan menambahkan pengaruh golongan pembodek dan pengampu di dalam PAS. Iaitu golongan yang ke mana sahaja mereka pergi berwirid dengan kata-kata ‘kami sayang Presiden’, ‘kami sokong Presiden’ dan sebagainya. Sedangkan yang diperlukan DS Presiden adalah bukan pengampu dan pembodek sebegini tetapi mereka yang bercakap benar dan memberikan nasihat secara ikhlas. Iaitu yang sanggup menyatakan kepada DS Presiden “saya tidak setuju” bila tidak setuju dan “bagi hemat saya, cara tuan silap, cara ini adalah yang lebih baik”. Bukan yang mengiyakan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan beliau.
Dan bagaimanakah akan ada mereka yang sanggup berkata begitu sekiranya setiap perbezaan pandangan akan ditakrif sebagai ‘menolak ulama’ dan ‘ingin menjatuhkan Presiden’? Adakah pandangan yang ingin ditegakkan itu begitu dhaif sehingga itu sahaja cara untuk mempertahankannya?
Saya sendiri menghadapi masalah apabila berhubung dengan seorang kawan. Dia berkata, “maaf, saya bersama mereka”. Sedangkan sepatutnya dikatakan, “maaf saya bersetuju dengan sekian sekian hujjah”. Sekiranya disebut setuju dengan sesuatu hujjah maka pendiriannya terletak pada hujjah dan bukan pada kumpulan. Malangnya jawapan yang diberi adalah “saya bersama mereka”, iaitu kumpulan yang kononnya ‘pro-ulama’. Dan saya pula oleh kerana berbeza pandangan adalah kononnya ‘anti-ulama’.
Sedangkan tiada walaupun seorang yang menolak konsep kepimpinan ulama’ akan bersama PAS. Kerana ulama’, mengikuti cara Rasulullah (SAW), iaitu menghargai perbezaan pandangan dan mengakui tidak mengetahui kesemuanya dan tidak semestinya betul setiap kali, lebih-lebih lagi dalam soal pandangan. Amalan syura diperhebatkan dan perbezaan pandangan diraikan. Teguran dan kritikan dialu-alukan, sambil berwaspada terhadap mereka yang memuji-muji.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
Sudah berpuluh tahun perbezaan pandangan antara PAS dan UMNO diuruskan dalam bentuk Pro-Islam dan Anti-Islam yang mana satu pihak yang berbeza pandangan dengan PAS digambarkan sebagai anti-Islam.
Apa maksud Anti-Islam? dalam kata lain, kafirlah. Itulah sebabnya muncul kafir mengkafir, dua imam, sembelihan tak makan, tak nak kahwin sebab parti.
Hari ini YB cakap pasal pengurusan perbezaan pandangan, tapi kenapa YB tidak sebut perkara ini 30 tahun yang lampau walaupun YB mengaku 30 tahun dalam PAS?
Hari ini PAS sebenarnya menikmati hasil tarbiah mereka sendiri. Senjata yang digunakan untuk UMNO hari ini memakan diri sendiri. Hasil tarbiah songsang melahirkan kader-kader yang songsang dalam pemahaman Islam. Lihatlah orang seperti tulang besi yang saban hari melaknat sesama orang Islam. Dulu dia laknat UMNO, hari ini, kerjanya melaknat Haji Hadi dan parti PAS sendiri.
Jadi YB, tak payah lah nak tulis panjang lebar dengan contoh-contoh dari sirah hanya apabila senjata tidak memihak pada tuan. Sebabnya selama ini, itu jugalah cara parti anda menanam sentimen benci sesama orang Islam.
Saya sungguh hairan dengan obsesi untuk melantik DSWA sebgai MB Selangor. Persoalannya begini:
1. Kalaulah DSWA sememangnya hebat dan sangat berkemampuan, kenapa dari dulu beliau tidak bertanding sebagai ADUN dan diletak sebagai MB Selangor? Bukankah Selangor telah rugi 6 tahun dengan "ketiadaan" beliau? Bukankah salah kita "deprive" Selangor dari mendapat seorang MB yang begitu hebat?
2. Kenapa semasa PRU13 beliau tidak diwarwarkan kepada seluruh rakayat Selangor sebagai bakal MB agar rakyat dapat lihat secara lebih trasparent?
3. Kenapa DSWA mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh? bukankah lebih baik beliau terus kekal supaya rakyat dapat mendapat menafaat daripada kehebatan beliau? Lebih baik MP lain saja yang kosongkan kerusi untuk DSAI.
4. Kalaulah DSWA begitu berkemampuan knp pemilihan PKR begitu kacau bilau dan porak poranda?
Obsesi untuk melantik DSWA begitu gila sehingga pemimpin PAS sanggup bercakaran di khalayak ramai.
Para sahabat Rasul mungkin berbeza pandangan dengan Rasul tetapi mereka tidak pula menentang dan menghina Rasul di depan ramai.
Walaupun di dalam peristiwa Hudaibiyyah dimana sebahagian mereka sangat tidak bersetuju dengan keputusan beliau, mereka tetap akur dan menurut. Mereka suarakan pandangan mereka tetapi mereka tetap ikut.
Tetapi sebahagian pemimpin PAS terus ingin memaksa supaya DSWA disokong sebagai calon MB wlaupun ketua dan Majlis Syura sudah memutuskan sebaliknya! Ini bukan setakat perbezaan pandangan tetapi "penolakan" dan "refusal".
Saya setuju dengan ulasan ini, amat sedih perkara ini berlaku dalam PAS kebelakangan ini.
Bersetuju membabi buta dan perbezaan pandangan dianggap khianat adalah satu benih pegangan yang membawa kemudaratan kepada sesuatu organisasi. Malangnya sikap begini terus dijulang segolongan yang menganggap diri mereka alim dan suci.
Diharap tuan sentiasa melontar pandangan yang bernas agar pertubuhan ini bergerak mencapai matlamat rakyat.
Sekian, terima kasih
Lebih lagi suami wan azizah si anwar ibrahim telah di dapati bersalah meliwat dan disabitkan meliwat.Jika anwar ibrahim di dapati bersalah dan di penjarakan, tak kan spouse MB Selangor seorang peliwat. Jika anwar di penjarakan dan wan azizah pula hanya boneka, siapa lak sebenarnya MB Selangor?? Tak kan dap kot!!!
Anwar dan Zah tak melenting pun.
Tapi hadi dah mula perang...crazy man, mentaliti seorang hamba abdi kolot tidak berpelajaran, ketinggalan dan terperangkap dalam kejahilan dizaman hamba abdi yang menerima Nabi Muhammad kerana mahu kebeasan dan kemudian menerima Islam.
Manakala, para sahaba mula menerima Nabi Muhammad HANYA setelah mereka menerima Islam itu sendiri.
Hoi orang tua hadi, Islam skrg bukan lagi Islam ketika zaman arab Quraish (bangsawan)masih jahil, hidup tak bertamadun takda law and order. Islam skrg di zaman seluruh manusia bertamadun ada law and order !
sapa BONEKA erk...!
PKR endorse Azmin terima lantikan MB last minit sebab PKR dah nampak 45% ahli2 PAS kini sokong PKR menganti umno. Kalau pun Azmin kemungkinan kecundang dari perancana dan perancangan tekanan luar(umno), PKR tetap teguh melalui gandingan penyokong2 PKR dari dalam PAS.
Erdogan berpendapat dah tiba masa utk menyelamat PAS. Penyokong2 PKR dalam PAS mesti mula ambil alih PAS , dan halau keluar hadi dan harun bersama2 ulama rasis melayu. Ini mesti dilakukan SKRG kerana umno akan lakukan sedemikian utk MUSNAHKAN PAS.
A head of state himself, like a Sultan of a country, too doesnt represent a symbol.
In Islam there are no symbolism either. The kaaba is not a symbol. it begun as a house of prayers which was later TURNED into a HOUSE of Worship when idols were placed around it by pagans and they started worshiping their idol gods..kissing it. touching it, and circling it.
Likewise, no man is more that what he is. He too MUST submit to the Constitution.
Pandangan anda mengelirukan. Ulamak berhujjah dengan panduan Al-Quran dan al_hadis. Lihat semula Usul 20 Imam Hassan Al-Banna, Imam/ Presiden wajib dipatuhi apabila dalam hal-hal yang tiada nas. TG Presiden memilih menjaga amanah rakyat, tuan seolah-olah lebih berminat memilih untuk memihak kepada DS Anwar lebih daripada TG Presiden dan MSU. Saya bersaksi MSU dan TG Presiden betul dan tuan salah. Jika tuan lebih cenderung ke arah menyokong PKR dan DAP, lebih baik tuan masuk PKR atau DAP, itu lebih bermaruah bagi tuan daripada menimbulkan kegelisahan dalam PAS.
REFORMASI INI bukan pasal CINA dan India diberi muka. Ini semua pasal melayu umno bodoh, kurap, korap diberi MUKA...haha226