Skip to main content

Awas Dengan Kemunculan 'Golongan Baru' Dalam PAS

Bagi saya, sebagai seorang yang telah berada dalam PAS selama 30 tahun lebih, saya melihat PAS sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah di hadapi sebelum ini. Saya sebenarnya lebih selesa berhujjah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun. Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnya golongan baru, yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan PAS dalam membawa mesej Islam. Mereka merupakan muka baru yang muncul kebelakangan ini, iaitu pada tahun-tahun akhir 90an dan awal 2000. Tindakan mereka dilihat tersusun dan mengikuti strategi tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu.

Matlamat disebalik strategi yang sedang dilaksanakan adalah supaya pendekatan inklusif yang diguna-pakai sekian lama oleh PAS sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama' akan ditukar dengan pendekatan yang lebih syadid dan tertutup. Ke arah tercapainya matlamat ini maka beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka. Saya menamakan strategi ini ‘Langgar Golongan Profesional’.

LANGKAH PERTAMA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Langkah pertama mereka adalah menaikkan panji 'kepimpinan ulama' yang mana maksud dan tafsirannya adalah terpesong dari kefahaman asal golongan yang memperjuangkannya, termasuk diri saya sendiri.

Matlamat dari kefahaman asal tercapai dengan penubuhan Majlis Syura Ulama yang memantau perjalanan Parti untuk menentukan parti tidak terkeluar dari landasan syariat. Kefahaman ini memberi ruang yang begitu luas bagi semua yang ingin memperjuangkan Islam untuk menyertai PAS dan berperanan diperingkat perlaksanaannya, termasuk golongan profesional dan aktivis masyarakat. Maka cogan-kata "gandingan ulama' dan profesional" sering kedengaran pada zaman itu.

Kefahaman yang dibawa golongan baru adalah lebih mirip kepada fahaman 'Theocracy Barat' di mana yang bergelar ulama' (sebenarnya ustaz) perlu diberikan jawatan dan kedudukan walaupun mereka sendiri tidak begitu mahir dalam bidang yang ingin ditugaskan kepada mereka. Kononnya mereka sebagai 'pewaris Nabi' disebabkan ada ijazah dari Azhar, atau sebagainya, termasuk lulus 4 sanawi lebih layak walaupun jawatan yang diinginkan lebih bersifat eksekutif atau perlaksanaan. Ianya menyempitkan ruang keterlibatan semua pihak dan dengan sendirinya cogan-kata "gandingan ulama' dan profesional" sudah lama tidak kedengaran.

Setelah ahli biasa mula keliru berhubung konsep kepimpinan ulama', maka langkah kedua dilaksanakan.

LANGKAH KEDUA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Setelah menggelar diri mereka sebagai ulama' atau pembela kepimpinan ulama', golongan baru memulakan serangan terhadap pimpinan lama, khususnya yang terdiri dari golongan profesional yang pro-PR. Mereka bergerak melalui saluran tertentu di dalam Parti, melabel pimpinan sasaran mereka ini dengan label kononnya menentang ulama’, tidak wala’ pada Presiden, lebih wala’ pada PR/PKR, liberal, penaja projek langgar Presiden dan sebagainya. Pimpinan sasaran mereka, adalah terdiri dari golongan profesional yang kuat menyokong pendekatan tahaluf siyaasi dan kerjasama melalui PR.

Hujjah mereka disebar luas melalui program tertutup dalam mana pemikiran golongan muda diracuni untuk memusuhi pimpinan tertentu ini. Dengan menggunakan emosi dan sentimen, harapan mereka adalah supaya pimpinan sasaran mereka ditolak ahli PAS.

Pada masa yang sama, hubungan rapat antara profesional dan ulama’ juga dirosakkan dengan dimasukkan jarum syak dikalangan ulama’ terhadap profesional. Segala perbezaan pendapat yang merupakan suatu kebiasaan tempoh hari, ditonjolkan sebagai tindakan biadap terhadap ulama’ dan sebagainya. Mereka akan digambarkan sebagai lebih wala’ pada DSAI dari TGHH sendiri. Sedangkan mereka adalah ahli PAS dan bukan ahli PKR!

Dengan itu, harapan golongan baru adalah golongan profesional yang pro-tahaluf siyaasi bersama PR akan tersisih dari golongan ulama’ dan ahli biasa dan tidak lagi serapat seperti dahulu.

LANGKAH KETIGA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Setelah langkah kedua mula berkesan, golongan baru ini akan mulakan langkah ketiga.

Langkah ketiga adalah menyerang rakan PAS dalam PR. Pada awalnya PKR dan kemudiannya DAP juga. Peribadi Anwar Ibrahim turut menjadi sasaran sehingga tidak dapat dibezakan serangan mereka dengan serangan UMNO/BN terhadap beliau. Ketegangan antara parti PR adalah matlamat mereka dan dengan penuh emosi dan sentiment mereka laungkan “PAS yang terkuat, kita tidak perlukan PR, PAS dikudakan PR, tiada makna bersama PR” dan sebagainya, kesemuanya sama seperti yang dilaungkan macai UMNO.

Keadaan menjadi begitu keliru sehingga seolah-olah kesanggupan menyerang DSAI, PKR dan DAP menjadi bukti kesetiaan dan wala'nya seseorang kepada Presiden dan parti. Yang tidak sanggup menyerang dilihat sebagai kurang jelas fahaman mereka dan yang membela dan mempertahankan akan dilabel tidak wala' atau lebih wala' pada PR dari PAS. Akhirnya PAS dilihat lebih berlawanan dengan PKR dan DAP dari dengan UMNO/BN. Dan UMNO/BN sekadar melihat dan mentertawakan.

Oleh kerana usaha mereka ditumpukan kepada menyerang pimpinan Profesional pro-PR dan juga rakan-rakan dalam PR, golongan baru ini langsung tidak berperanan dalam menyerang UMNO/BN. Malahan sikap mereka terhadap UMNO/BN itu sendiri kelihatan lebih lunak dan mesra berbanding terhadap pimpinan sasaran mereka dan rakan dalam PR. Tidak salah kalau dikatakan bahawa sejak kemunculan golongan baru ini, UMNO/BN merasakan jauh lebih selesa kerana kerja UMNO sedang dilakukan oleh golongan ini!

Berselindung di sebalik slogan ‘cintakan Presiden, cintakan ulama’ dan sebagainya, mereka mengapi-apikan sentimen ahli untuk bersama mereka. Sedangkan yang dibawa mereka bercanggah dengan apa yang telah dan sedang diperjuangkan Presiden dan TGNA selama ini. Mereka membawa isu seperti ‘senario satu’, 'menjentik bukan Islam' dan ‘ketuanan Melayu’ yang kesemuanya begitu asing bagi PAS dan hasil pemikiran otak yang jauh terpesong dan terkeluar dari PAS.

MATLAMAT DI SEBALIK STRATEGI ADU-DOMBA GOLONGAN BARU
Mereka begitu konsisten dengan usaha melaga-lagakan di antara pimpinan dan juga antara PAS dan PR maka semestinya adanya matlamat tertentu yang ingin dicapai. Melalui strategi yang tersusun sebegini akhirnya kehendak mereka sebenar, iaitu untuk PAS tinggalkan PR, akan tercapai. Tinggalkan PR, samada untuk PAS bersama dengan UMNO atau bersendirian, itu belum jelas lagi. Dan semestinya, sekiranya bersama UMNO adalah apa yang diinginkan, mereka sudah pasti tahu bahawa ianya tidak mudah dilakukan dalam suasana sekarang. Oleh itu ianya akan dinafikan dan dinafikan tetapi hakikatnya serangan terhadap UMNO/BN semakin tidak kelihatan.

Namun yang jelas, yang diinginkan adalah supaya PAS tinggalkan PR dan dengan itu, secara sedar atau tidak sedar, UMNO/BN akan kembali bernafas lega. Igauan UMNO selama ini akan berakhir. Ini adalah kerana yang mampu mengalahkan UMNO/BN setakat ini adalah hanya PR. Oleh itu sesiapa sahaja yang berusaha menggagalkan PR sebenarnya membantu UMNO/BN.

Saya tidak tahu samada golongan baru ini sengaja ingin menggagalkan PR atas sebab mereka disokong UMNO/BN atau mereka berpegang kepada fahaman chauvanis-Islam seperti ISMA atau fahaman dan pendekatan yang seakannya.

INGATAN KEPADA SEMUA AHLI PAS
Saya mengingatkan ahli dan pimpinan supaya berwaspada dengan golongan baru ini. Siapa mereka sebenar tidak diketahui. Satu ketika dahulu, ahli-ahli PAS diberi amaran supaya awasi golongan ‘musta’jiluun’, iaitu golongan gopoh yang ingin membawa perubahan melalui kekerasan. Ahli diingatkan, mereka mungkin SB yang telah menyusup dalam PAS pada tahun 80an.

Hari ini saya juga ingin memberikan amaran, supaya ahli PAS supaya berwaspada dengan golongan baru ini. Mereka juga mungkin SB atau diperalat SB. Apa yang saya gambarkan di atas semua dapat lihat bahawa ianya sememangnya sedang berlaku. Kalau golongan baru ini bukan SB sekalipun, mereka paling kurang merupakan orang yang mahu merongkai kembali segala yang telah dibina PAS selama ini.

Dengan itu akan hilang segala yang tercapai sekian lama, termasuk kejayaan PAS menzahirkan corak politik Islam yang berprinsip, bersih, adil dan bebas perkauman.

Mungkin tanggapan saya terhadap mereka sebagai SB dan sebagainya tersilap, tetapi yang pasti mereka muka baru dengan sikap dan pendekatan baru. Dan sikap dan pendekatan mereka adalah kontra sikap dan pendekatan yang dibawa pimpinan lama. Sikap dan pendekatan mereka, sepertimana yang dizahirkan melalui ‘senario satu’, ‘jentik bukan Islam’ dan ‘ketuanan Melayu’ lebih mirip kepada Islam-chauvanis yang dibawa ISMA.

JEMPUTAN BERDEBAT/BERFORUM DENGAN GOLONGAN ADU-DOMBA
Untuk mengatasi masalah adu-domba melalui amalan label-melabel ini, saya di sini mengesyorkan supaya diadakan satu forum/debat tertutup di antara golongan yang digelar ‘profesional, erdogan, anwarinas’ dan sebagainya dengan golongan yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai penyokong ulama’ tersebut. Mari kita bertemu di medan perbahasan ilmiah dan tidak lagi di medan FB dan Blog. Biar hujjah kedua-dua pihak diuji kesahihan dan keabsahannya dimedan perbahasan secara bersemuka supaya dengan itu akan berakhir segala amalan tuduh menuduh yang merosakkan jemaah.

Melalui debat/forum ini akan kita nilai sejauh mana hujjah mereka tepat dan benar atau hanya sekadar ingin membawa kearah perpecahan demi agenda tersirat. Adakah mereka sanggup dan berani? InsyaAllah saya sanggup.

Saya mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak sanggup menganjurkannya, lebih-lebih lagi sekiranya di bawah naungan Dewan Pemuda Pusat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
semata-mata dzan.Semua ini hanyalah "pre-emptive" approach yg diajar anwar ibrahim utk merosakkan Pas
k o c b said…
assalamualaikum YB,

saya amat bersetuju dengan statement diatas sbb saya memang sudah merasakan keadaan sedemikian.harap YB dapat menyatukan semua pimpinan dlm pas supaya bersatu dgn PR ...amin
Ridd said…
YB
TAMAT kan saja masalah ini. Hadi lagi dasyat talam nya.
bat8 said…
YB

Bagi yang memerhati isu UG sejak lepas kerja gelap Hassan Ali dan k3putusan Muktamar Ipoh 2008, sudah lama nampak phenomena puak ini.

2. Secara kebetulan p3muka-p3muka puak ini adalah Terenganurian Pas. Salah seorang kepala besarnya yang saya kenalpasti adalah seorang tokoh ultra konservatif PAS Ganu. Saya mengikuti perkembangan beliau sejak tahun 1977 lagi ( time bangku sekolah). Saya amat terkejut dengan perubahan sikapnya dari ultra konsevatif menjadi begitu anti Pakatan dan pro UMNO setelah Kerajaan Ganu jatuh dalam PRU 12 lalu. YB t3ntu boleh agak sosok tubuh beliau. Saya berhenti disitu. Pada saya dialah bapak UG.

2. Walaupun keputusan muktamar 2008 dibuat, geng ini tidak patuh. Malah mereka terus bergerak didalam PAS. Cuma modus operandi mereka berubah.

3. Dengan adanya keputusan muktamar Ipoh mereka mengubah rancangan untuk menguasai jawatan-jawatan penting didalam MSU, Dewan Ulamak PAS dan AJK PAS Pusat.

3. Tengok cara kempen pemilihan PAS yang lalu. Setelah mereka menguasai organ-organ penting PAS, mereka menggunakan jawatan-jawatan yang mereka pegang didalam PAS untuk meneruskan agenda mereka.

4.Antara agenda mereka ialah menimbulkan polemik terutama dengan DAP menggunakan isu diluar kerangka yang dipersetujui bersama sebagai common platform Pakatan. Subjek feveret ialah hudud. Sedangkan hudud bukan commom stand Pakatan.

5. Sebut pasal hudud ini, dengan kebijaksanaan Nik Amar dan Ahmad Yaakob, hudud PAS telah diserahkan s3mua sekali kepada musuh PAS - UMNO/ Kerajaan Najib. Sekarang PAS dah xde kontrol lagi.UMNO pula telah mendapat harta yang paling bernilai mil3k PAS s3jak PAS wujud. Apa UMNO buat ialah depa jerok buat pekasam. Takde apa yang PAS boleh buat sekarang!

6. Sekarang kita sedang t3ngok bagaimana puak ini menggunakan penguasaan mereka keatas organ2 penting PAS digunakan untuk meneruskan agenda pro UMNO mereka dan mengkhianati keputusan Mukatamar Ipoh 2008.

7. Kejayaan terbesar puak ini adalah mendilute dan menghapuskan p3ngaruh TGNA didalam PAS.Inilah halangan besar kepada mereka selama ini. Langkah mereka menyingkirkan peranan dan pegaruh TGNA didalam PAS telah membuahkan hasil seperti kita sedang lihat sekarang.

8. Terbaru puak ini sudah bypass peranan AJK PAS Pusat dalam menamakan 3 calon MB Selangor dengan menggunakan alasan keputusan MSU yang mereka kuasai.

9. Kita golongan mereka ini adalah golongan minoriti didalam PAS dan tidak mempunyai sokongan grassroot yang kuat kecuali di Terengganu. T3mpat2 lain saya rasa poxkets je, here n there.

T3tapi mereka nampak kuat dan berpegaruh. Ini s3bab mereka dah hijack semua jawatan2 p3nting didalam PAS didalam pemilihan lalu dan menggunakan jawatan2 itu untuk kelihatan kuat dan berpegaruh.

11. Persoalannya apa golongan majoriti pemimpin dan ahli PAS nak buat dengan kumpulan ini. Majoriti masih wala kepada keputusan Muktamar Ipoh 2008.

Takkan nak tengok saja, terkebil-k3bil puak ini memusnahkan PAS ? INI PERSOALANNYA.

Keywordnya - remove mereka dari jawatan2 penting PAS, they r nothing.
Unknown said…
Salam YB, saya sokong anjuran debat yg dikemukakan moga ia menjadi medan membezakan hak & batil. Jika dilihat perbezaan pendapat menjadi semakin buruk tidak seperti dahulu yg mana ia dirai dan tidak dicaci.
Ancaman golongan ini adalah amat serius kerana ia bakal membawa kejatuhan PAS bukan setakat di mata bukan Islam bahkan masyarakat Islam sendiri, mereka seolah2 apa yg berlaku sepanjang sejarah PAS.
Mereka sentiasa membuai kehebatan PAS dengan kejayaan manis Kelantan hingga ke hari ini tanpa mereka sedari episod jatuhnya di Terengganu & Kedah lebih penting dijadikan iktibar supaya kita saling berusaha di dalam jemaah.
Saya mendoakan Allah menyelamatkan PR khususnya PAS diselamatkan dari krisis Golongan Baru, saya juga panggil mereka sebagai neo-sekular kerana lebih gemar meletakkan idea agama sahaja semata2 tanpa mengambilkira nilai professionalism suatu cabang ilmu itu sendiri..
Najwan said…
Tuan, perbaikilah keadaan ini dengan bantuan Allah. Saya tidak akan mengundi dan mengajak orang lain menyokong PAS lagi. Kalau ulama' sendiri bermuka-muka dan lidah bercabang, jangan sampai dihina dunia dan akhirat. Nampaknya perancangan mereka telah benar-benar dilaksanakan. Mungkin benar juga sekiranya ada pimpinan yang disajikan dengan video klip Anwar dan mereka mempercayainya, nauzubillah. Bila ulama' sendiri tiada akhlak, satu sen pun tak laku di dunia maupun akhirat. Ini sama spesis yang berserban tapi masih hisap rokok dan membazir ketika makan.

Pada saya, PAS yang dikenali sejak kecil telah mula pergi dengan persaraan TGNA. Ulama' sekarang sudah termakan habuan vellfire dan pil kuda sahaja. Selamat berjuang dalam menegakkan Islam dalam PAS.
Apabila Nalakaruppan kata Anwar penipu, orang juih bibir. Bila Dr Chandra Muzafar kata Anwar tidak boleh dipercayai, ramai yang percaya. Tentang Anwar ingin kacau/cengkam PAS semua orang tau.......
Anonymous said…
YB menulis seolah-olah YB seorang saja yang duduk dalam pas selama 30 tahun.

Bagi orang yang mengikuti perkembangan PAS, pendirian PAS hari ini adalah amat berbeza dengan PAS 30 tahun yang lalu.

Kalau 30 tahun yang lalu ada pihak Kristian yang nak guna kalimah Allah, mungkin PAS sudah istihar jihad. Ini budak sekolah yang baru kenal PAS pun akan tahu.

Tapi hari ini, siapakah dalam PAS yang beria-ia nak sokong Kristian guna kalimah Allah? Kalau kita kenali golognan ini, maka ketahui bahawa inilah golongan baru dalam PAS sebab PAS golongan lama tidak akan sekali-kali membenarkan orang Kristian guna nama Allah.

YB tulis macam ni semata-mata nak pastikan PAS masih melututkan DSAI dan DAP. Namun begitu, amat tidak beretika membuat tuduhan yang sebegini semata-mata kerana ada orang dalam PAS yang tidak setuju dengan DSAI dan DAP. Harus YB ingat, PKR dan DAP juga sekular macam UMNO, malah lebih sekular lagi. Dengan puak-puak human right, LGBT, Kristian evangelist, golongan nak samaratakan agama dan macam-macam ideologi haru biru dalam PKR dan DAP, apakah YB anggap semua orang PAS itu bodoh dan tak tahu menilai apa yang ada dalam PR? Adakah mereka bersalah kerana tidak setuju dengan semua ini dan melihat PAS harus keluar dari puak-puak haru biru dan kembali kepada perjuangan asal untuk menegakkan Islam?

Itu belum masuk peribadi DSAI sendiri yang amat meragukan. YB mungkin tak percaya video 17 minit tu, tapi orang PAS lain pulak bukannya buta dan tak tahu nak nilai. YB ada hak untuk tidak percaya video tersebut, tetapi ahli PAS yang lain juga ada hak untuk meragui peribadi orang sedemikian. Tetap amat malang YB membuat tuduhan sedemikan pada mereka semata-mata kerana mereka ini tidak setuju dengan orang yang YB agung-agungkan.
irfan said…
Semua ni menguntungkan UMNO semata-mata!!
Ammar Rowland said…
Yeah, your problem and blame it on special branch, umno, weird new ulama's group and any others but yourself.
JinPakaiTuncit said…
Assalam, tuan

Your comments in the Malaysiakini article today are extremely disappointing.

We, the rakyat of Selangor, don't care about your stupid games. We want a functioning government.

You are not providing any solutions, but merely muddying the water further.

You have lost my respect.

Abd Rahman Hyder
SEMBANG AY said…
Kita perlu wala' pd pimpinan ,ana rasa hujah MP shah alam ini lemah...
Istiqomah said…
Tubuh PasMa kerja sape...

Selamat Brambos Dari PAS
lenups said…
hang ni dok dlm pas walau lebih 30 tahun pun...kalau serupa tunggul ja...hang jgn komen la kt sini...org mcm hang ni jenis limau purut tiga serangkai...
Izuddin said…
Sultan tarik rambut dari tepung tapi habis tepung berselerak...haha.

Ampun tuanku, beribu ribu ampun
bat8 said…
YB,

1. Tujuan puak UG ini adalah untuk bekerjasama dengan UMNO. Saya percaya mereka kenal UMNO seperti kita kenal juga.Kalau xkenal xpayah masuk politik. Tetapi why? Depa tak pernah bagi alasan dan hujah syarie yang jelas.

2. Mereka memang merancang untuk control organ2 penting.M ereka berjaya. Tetapi mereka terhalang mencapai matlamat mereka kerana keputusan Muktamar 2008. D highest decision making mechanism tat involves all eligible delegates from aĺl over d country. Tak ada organ parti PAS, baik MSU ke atau Dewan Ulamak ke atau Presiden boleh overide a muktamar decision unless if another muktamar unanimously overide it.

3. Ini problem palung besar puak UG. Mereka adalah minoriti yang kecil. Tak mampu nak ubah pendirian majoriti delegates ke muktamar yang masih menyokong Muktamar Ipoh 2008.

4. Apa pilihan mereka? Create problem dan huruhara di dalam PR dengan harapan PAS ditendang keluar. Jika ditendang keluar, maka keputusan Muktamar Ipoh 2008 otomatis terbatal. Kerja senang.

Peluang terbaik mereka tiba apabila isu TSKI timbul. Else how u gonna explain d current madnes?

5. Soalan seterusnya mengapa mereka tidak menyertai sahaja UMNO? U think UMNO nak terima orang yang tidak mempunyai nilai politik ini dan kaki komplot ke dalam UMNO. UMNO pun dah bersrpah dengan jenis ini.

6. Soalan seterus ialah mengapa mereka mahu membawa PAS kepada UMNO? PAS mempunyai nilai politik yang tinggi sekarang setelah menyertai PR. UGs has no values to UMNO. So wat will be their value if they present PAS on a silvet platter to UMNO? their values go up or down.

YB, itu persepsi yang saya nampak sekarang setelah bersama PAS di luar PAS selama 40 tahun. Sejak bangku skolah lagi. Xde logical explaination yg boleh fikir untuk explain apa yang sedang berlaku dengan TGHH. I mengikuti perkembangan TGHH dince 1976 masa tu dia baru balik drp Mesir, belum pun aktif dlm PAS. Dia kerja sebagai mubaligh dengan Ganu religous department. So l know wat am talking.
Unknown said…
Tuan Haji Khalid,

Menurut hemat saya analisa Tuan Haji tentang peranan Special Branch bukan syak lagi tetapi tepat.

Sedari dulu Special Branch memang telah meletakkan "mole" nya dalam parti pembangkang. Mole ini dipilih ditempat yang strategik. Kadang mole ini hanya dibiarkan diam membisu sahaja tanpa diaktifkan.

Sasaran yg paling mudah untuk ditarbiahkan menjadi mole & alat Special Branch ialah mereka yg sedari awal beriman dengan kesedaran palsu Ketuanan Melayu.

Mereka ini juga cenderung pro Monarki kerana menganut faham feudal taat Raja yang kental.

Kadang mole ini sendiri tidak menyedari sebenarnya mereka telah diperalatkan. Mereka masuk kedalam perangkap Special Branch apabila pemikiran mereka berjaya dipengaruhi.

Dibekalkan dengan maklumat2 palsu yg bersifat ekskusif & intel, mereka ini akhirnya dimabukkan dalam alam rahsia tipu daya ini dengan diberikan beberapa kelebihan dan penghormatan, khususnya akses kepada pihak istana & pimpinan elit UMNO.

Tokoh dalam PAS yg sudah lama sudah masuk dalam perangkap Special Branch ini ialah Dato Harun Din. Kalau dulu peranan Harun Din hanya sebagai reserve, sekarang Harun Din telah di activate secara total.

Sekarang Hadi Awang pula sudah masuk kedalam perangkap muslihat Special Branch.

Perhatikan kenyataan2 Hadi Awang yg menggunakan hujah istana yang sebenarnya adalah bentuk faham feudal yg beku untuk membenarkan campurtangan politik golongan Monarki dalam negeri Selangor.

Hadi Awang dalam kenyataannya menegaskan dasar PAS mempetahankan Raja Berpelembagaan tetapi beliau sendiri sudah dikelirukan dengan makna Raja Berpelembagaan.

Makna Raja berperlembagaan ialah peranan Raja terikat & terbatas oleh peruntukan2 yg terdapat didalam Perlembagaan.

Tetapi Hadi Awang berhujah tidak mahu "membelakangkan Sultan", sedangkan Sultan memang harus dibelakangkan dalam urusan politik negara, ini hakikat yg termaktub dalam perlembagaan.

Fungsi & tugas Sultan dalam melantik Menteri Besar hanya bersifat ceremonial. Tidak menjadi kesalahan apa pun menghantar hanya satu nama kepada Sultan dalam perlantikan Menteri Besar kerana itulah amalan yg sebaik2nya.

Anggota Gerak Saraf Special Branch jugalah yang melatih kumpulan perosak Cybertrooper UMNO di alam maya internet.

Makhluk yg memakai id "Er" ini adalah contoh doktrinasi perang saraf Special Branch yg diterapkan oleh Cybertrooper UMNO.

Senjata utama mereka ialah menyebarkan berita2 palsu, melaga2kan sesama pimpinan parti Pakatan Rakyat & menggunakan kata2 kasar & kesat untuk menegangkan uraf saraf penyokong Pakatan.

Sayangnya hal ini kurang diperhatikan oleh jentera Cyber Pakatan Rakyat. Perhatikan bagaimana mereka ini menmanfaatkan krisis perlantikan MB Selangor. Mereka muncul diruang2 komentar berita secara berpasukan utk memberi gambaran suara mereka ini mewakili kumpulan majoriti rakyat.

Perhatikan juga bagaimana kumpulan Cybertrooper UMNO ini menyusup kedalam laman forum Tranungkite yg dikuasai PAS.

Mereka inilah yg menjadi agen pecah belah dikalangan jemaah & pendukung Pakatan Rakyat.Malangnya ada dikalangan pimpinan kita sendiri yg sudah masuk kedalam perangkap mereka tanpa disedari.
tangankiri said…
Jangan lupa, Tuan Khalid kan Rahmatul Lil ‘Aalamin, maka kita perlu ikut pandangan beliau.hahaha...
Izuddin said…
Tuuuuu laaaa....pi buat deal dengan Hadi sapa suruh? Dia tu bodo buta tuli tua tak pakai otak...hang harun din pun sama bodo ..dia kata PAS tak plan semua ni tp bertindak ikut keadaan. Ciss...macam ni mentalitiulamak dlm majlis syura ikut rentak? Dah ulamak syura putus Zah tak layak, hadi pun kena bodo ikut laaa.

Hadi ni bodo sangat ka tak reti Zah jadi MB utk PAS PKR DAP terus mantap musnahkan umno?

Lepas umno dah musnah lunyai, baru lah PAS boleh ambik melayu umno2 bodo ni masuk PAS, lepas tu baru la PAS keluar pakatan kalau hadi dah ingat melayu2 umno ni muslim sebabdepa melayu...haha.

Dan bawa lah PAS keluar lah dari pakatan kalau hadi ingat pkr dan dap ni tak muslim sebab tak melayu...haha.

Najib pun dah buka mulut skrg...sebab nak selamatkan maruah istana kayangan. Tp najid tak tau apa nak buat...haha.

Lanie lagu ni lah.

hadi pi jumpa sultan senyap2 skrg juga sekali lagi dan biar sultan maki hamun hadi. Dan hadi sembah sultan mohon maaf DAN surrender balik Plan A, Plan B, Plan C dan Plan D

PASTU tunggu TAKDIR...haha
Izuddin said…
YB, tolong edit second last paragraph kepada :

hadi pi jumpa sultan senyap2 skrg juga sekali lagi dan biar sultan maki hamun hadi. Dan hadi sembah sultan mohon maaf DAN surrender balik Plan A, Plan B, Plan C dan Plan D kpd majlis syura PAS.

Menentukan pompuan tak boleh jadi mb BUKAN kerja Majlis Syura !
Unknown said…
Assalamualaikum. YB, saya begitu hairan mengapa YB sering menulis sesuatu yang oleh memecahbelahkan parti sedangkan pada saat ini parti memerlukan penulisan yang dapat meningkatkan kekuatan parti. Penulisan YB bukannya salah tetapi tidak sesuai pada masa dan tempatnya. Saya berharap segala pendapat YB dapat dikemukakan kepada sasaran yang sewajarnya. Penulisan seperti ini akan mengundang kepada fitnah yang lebih besar memandangkan golongan yang diluar sasaran dan tidak mempunyai tarbiyyah yang longgar dan mungkin juga musuh akan melemparkan pelbagai kritikan yang tidak membina malah maki hamun dan cercaan yang menyakitkan hati seterusnya mengundang perpecahan yang lebih besar. Sekian, wassalam
kosong. sudah lah khalid samad. lama atau baru dalam jemaah bukan kayu ukur yg tepat anda memiliki kefahaman yg jelas dan betul2 ikhlas bersama dgn jemaah PAS. anda nak tutup kelakuan buruk dan tidak berakhlak anda selama ini dalam jemaah dengan cuba nak memburukkan dan mengeluarkan tuduhan fitnah kpd mereka2 yg mendedahkan perangai busuk anda dalam jemaah? tak berjaya bro, sorry. bukan orang tak tahu siapa kau.
fendijr said…
Sorry to say la, PAS bertindak begitu atas dasar Islam dan maruah bangsa yg mula di`sentuh` secara bermaharalela oleh lahanat yg ada dan mereka berjaya membutakan banyak mata termasuklah yg konon dipanggil YB `Admin`(khalid samad) blog ni tapi takde otak walau cakap pandai nampak macam berotak. Menilai tanpa menguna firasat hati yg berslamkan iman, buta atas sebab berpolitik tanpa disertakan iman penuh kepada Allah. Cakap banyak puntak gunalahkan, kat atas tu pun da ada beberapa suara yg aku bersependapat dengan mereka dan aku tidak mengundi mana2 parti pun utk makluman. Walau ada kutu syiah dalam `ulama` yg ditujukan itu namun yang lain2 masih Allah pelihara hati dan iman mereka walau TGNA yang nampaknya sedar utk bertaubat dan nampak ingin memperbetul kesilapan2 silam dia disaat gah dan tinggi self estemnyasedikit masa dulu, alhamdulillah diucapkan.
Izuddin said…
Dulu ketika umno besar kepala, saya selalu dengar(hear) what umno has to say but I dont LISTEN..tapi skrg saya langsung tidak lagi dengar(hear)what umno got to say.

Now I HEAR and LISTEN to what PAKATAN say.
Izuddin said…
Abduh, kalau hadi tak pi jumpa sultan senyap2, semua dah elok.

Selangor ni JAJAHAN PKR, bukan DAP ATAU PAS !

Kalau Sultan boleh jumpa hadi senyap2 dan berbicara politik Selangor, Sultan pun boleh jumpa Zah senyap2 bicara politik Selangor. ZAH pun ikut Islam. Abduh, awat hang tak PiKiR sebelum hang buka mulut???

Skrg baru nak terangnga !

Sudah lah. Elok hang dok kemunting lagi 4 tahun...haha
Unknown said…
Dengan tindakan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS berkaitan dengan kemelut politik di Selangor telah menyebabkan golongan muda Melayu yang progresif dan golongan bukan Melayu berfikir banyak kali untuk memberikan sokongan kepada PAS. “Bertubi-tubi’ kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi PAS yang menuju ke arah ‘keruntuhan’ keyakinan rakyat terhadap kemampuan PAS meneruskan perjuangan membela rakyat di negara ini.

Kini pemimpin tertinggi PAS menampakkan sudah kehilangan haluan juga. Hendak dikatakan PAS sebuah parti yang berteraskan Islam, maka sudah kelihatan banyak tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi mereka amat jauh menyimpang daripada kepimpinan Rasulullah. Dan kepimpinan tertinggi masih mendabik dada mengatakan bahawa itulah cara kepimpinan ala islam, walaupun dilihat dari sudut lain kelihatan sudah ada amalan-amalan yang berbentuk kediktatoran.
lenups said…
siapa dia???..
jahat gila ke???....
tktau pun apa critanya...
cer crita...cer crita....crita la incik aizat..
Anonymous said…
Setuju dgn grand..

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan