Saya bertanya soalan di atas kepada salah seorang penyokong tegar TSKI. Dia menjawab:
Walaubagaimanapun, sekiranya UMNO benar-benar ingin TSKI jatuh, jalannya amat mudah. Tidak perlu:
1) Reverse psikologi yang mungkin mengelirukan ahli UMNO yang umum mengetahui tahap kecerdikan mereka
2) Menjilat kembali segala kecaman terhadap TSKI selama ini dan
3) Menzahirkan kebodohan dan kemunafikan diri, dulu bersungguh kecam sekarang puji.
Apa yang UMNO perlu lakukan ialah teruskan serangan mereka terhadap TSKI dan berjanji akan bersama menyokong undi tidak percaya terhadap TSKI apabila ianya dikemukakan oleh PKR atau DAP. Pasti TSKI akan kalah. Mengapa tidak? Dalam keadaan itu, TSKI akan tertekan dan kembali mematuhi arahan PKR. Kerana yang menyokongnya tidak mencukupi hanya dengan PAS sahaja. Maka TSKI akan letak jawatan secara baik dan beri sokongan pada Wan Azizah.
Pada ketika itu, kehendak UMNO akan tercapai! ‘Nenek bodoh’, ‘boneka’, ‘wanita yang tidak dikenali’ yang 1,000 kali lagi lemah dari TSKI akan jadi MB! Dengan mudah sahaja UMNO akan menang PRU akan datang! Mudah sahaja, tetapi mengapa tidak buat?
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
“Sayang ajk pas pusatku sendiri tak faham sepak terajang politik umno…mereka penuh strategi jahat kita pula tertipu. Mereka mahu TSKI ditukar tapi revers psyco... macam kes Hassan Ali dulu juga…malang lah pas selagi ada mcm ni jadi pemimpin.”

Comments