Terdapat teguran yang disampaikan baru-baru ini bahawa “PR tidak bermakna sekiranya Islam tidak untung”. Ini merupakan satu kenyataan yang tepat pada dasarnya tetapi perlu diperjelaskan. Ini adalah kerana maksud ‘tidak untung’ itu boleh menimbulkan kekeliruan lebih-lebih lagi semenjak tersebarnya ‘screen-shot’ Dr. Zuhdi dan kecenderunggan untuk ‘menjentik’ yang bukan Islam. Sudah pasti yang dimaksudkan dengan untung atau ruginya Islam bukan berhubung konsep ‘ketuanan’ sesuatu bangsa atau agama Islam ke atas bangsa atau agama lain tetapi sebaliknya kemampuan menzahirkan keadilan dan kebaikan Islam untuk semua melihatnya. Atas kesedaran dan kefahaman itulah maka pendekatan tahaluf siyaasi diamalkan, khususnya selepas pilihan raya 2008. KEKURANGAN KITA ATAU PR? Melalui pembentukan kerajaan bersama di antara PAS, PKR dan DAP; PAS berpeluang untuk memmbuktikan bahawa politik yang berdasarkan prinsip Islam adalah jauh lebih baik dari politik perkauman dan kebangsaan sempit yang dibawa...
◘ 1B, 2nd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066 ◘