Skip to main content

Sandiwara Politik UMNO

Sandiwara politik UMNO untuk melagakan saya dengan pihak Istana semakin jelas. Namun kali ini Zam dalam usahanya mengutuk saya tanpa sedar telah juga memuji tindakkan saya selama ini. Zam-kata "Keyakinan kepada Pas oleh bukan Melayu dan Islam telah pun meningkat dengan permainan politik songsang manusia ini."

Persoalannya sekarang, adakah ianya "politik songsang" sepertimana yang Zam-kata; atau politik Rahmatul Lil 'Aalamin sepertimana yang dikatakan oleh Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" (Al-'Anbyā' 21:107).


Politik Rahmatul 'Aalamin ini merupakan politik inklusif yang ingin semua merasakan Islam sebagai rahmat. Ianya kontra dengan Islam chauvanis ciptaan manusia yang ingin melaga-lagakan antara Islam dan bukan Islam.

Maka adalah jelas juga dari segi penghujjahannya, beliau tidak kisah samada benar saya menentang kuasa Sultan atau sebaliknya. Semua dilihat dari sudut kepentingan politik sempit UMNO. Imej pada Sultan sendiri juga tidak diendahnya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
YB, i told you to seek attendance with the Sultan, not to seek The Majesty but its Majesty. You got it. Syabas.

Stay calm. its not over yet. The Sultan is still in wrath(he wont let you meet him)...meaning mais will act upon you.

You are being ZALIMI. I hope you pray for the good so Allah is pleased ..and do not pray for anything bad that WILLS the WRATH of ALLAH.
Anonymous said…
Pandai YB Khalid tafsir politik sendiri sebagai Rahmatul Aalamin. Ni orang kata masuk bakul angkat sendiri.

Selama berpuluh tahun orang bukan Islam hidup di Malaysia, mereka aman dan bebas hidup mencari rezeki dan mengamalkan agama mereka. Apakah ini bukan Rahmatul Aalamin? Apakah nak tunggu YB Khalid untuk bawa politik Rahmatul Aalamin?

Apa yang kita lihat hari ini, walaupun YB khalid mendakwa politik yang dibawanya Rahmatul Aalamin, saban hari, ketengangan kaum semakin memuncak, sifat hormat menghormati semakin kurang.

Saudara YB Khalid mungkin merasa seolah-olah politik diri sendiri adalah Rahmatul Aalamin. Ini kerana puji-pujian oleh orang kafir terhadap tindak tanduk YB. Tapi hakikatnya ramai orang Islam sendiri menyampah dengan tindak tanduk YB.

Kalau benar ia Rahmatul Aalamin, ia sepatutnya memberikan kepuasan bagi kedua-dua pihak (Islam dan bukan Islam). Tetapi apa yang kita lihat tindakan YB lebih banyak memberikan kepuasan pada pihak bukan Islam. Ini bukan politik Rahmatul Aalamin, tapi politik bodek dan apologetik.

Nak orang bukan Islam puji bukan susah, sama juga nak puak gay puji bukan susah. Sokong aje apa yang dia orang suka, mesti dia orang puji. Lepas tu mendabik dada kata akulah pembawa politik Rahmatul Aalamin
Izuddin said…
Dia ni dengki ka apa??
lan said…
Im with you Yb, usah gentar dengan puak2 yang sering memainkan isu serupa..Kalau ada rezki kita jumpa di hari lebaran
minda sabina said…
Dalam Islam kita tidak dieuruh untuk bermusuh dengan sesiapa pun bahkan disuruh menunjukkan kelembutan sifat islam itu sendiri walaupun kita dicaci nesta tapi ada caranya yang ditunjukkan oleh Nabi junjungan kiata s.a.w. apakah selama ini kita ada ketua yang mahu menunjukan sifat sebabitu,bahkan Tok guru Nik Aziz yang bagitu tertib kehidupannya pun tidak dihoermati oleh orang yang beragama islam sendiri ,jadi bagaimanakah orang bukan islam hendak menhormati , hinggakan pemimpin atasan islam sendiri tidak mampu menunjukkan sifat kelembutan untuk menerima dan memberi terlebih parah yang mengaku ketua agama tidak menunjukkan sifat kemulian dalam islam berpeluk dan menyentuh pipi dengan yang bukan muhrim ,itu haram dalam isalam bagaimana bukan islam hendak hormat kita, lain cakap lain pula ynag diamalkan. fikirlah dalam bulan yang mulia ini untuk mendapat barakah.
nonbal said…
Tepat sekali tulisan marquis.... bila dah tersepit, mulalah keluar kalam2 arab ala2 islamik gitu... semasa mempertahankan gereja dulu begitu berbangga dgn sokongan kristian.... jangan takut nasib YB akan dapat dilihat dlm sekelip mata, bila nyawa mula diambang pintu.....
Anonymous said…
Orang Islam tak perlu pun gaya politik macam YB Khalid ni.

Orang DAP pun tak nak dan meluat tengok cara YB ni walaupun mereka menepuk tangan tengok sarkas yang YB semata-mata kepentingan politik mereka.

Menisbatkan kepincangan politik Yb dengan Nabi SAW adalah sesat lagi menyesatkan.
seman said…
nonbal -> "bila dah tersepit, mulalah keluar kalam2 arab ala2 islamik gitu"

Ayat yg Pak Khalid tulis tu ialah ayat Quran, kalam Allah taala dan tidaklah boleh disamakan dengan kalam makhluk seperti kita ataupun yang berbangsa arab yang lain. Walaupun huruf2nya sama.

Perlu berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat. Menyampah dengan Pak Khalid tiada masalah, tapi jangan sampai seperti kita memperlekehkan ayat suci Al Quran.

Sekadar berkongsi di bulan ramadhan, kalau betul gunakanlah. Kalau tak betul just ignore.

Selamat hari raya.
Anonymous said…
Boleh ikuti komen saya yang lebih menyeluruh dalam isu ini di blog saya

Apabila Ada Manusia Mendakwa Politiknya ialah Politik Rahmatul Lil ‘Aalamin
Izuddin said…
S'gor PAS youth kept quiet when Pakatan decided to replace Khalid. But, when rumors, Azizah will be next MB spread around, they aired their objections not to replace Khalid.

Stupidity and suspicions now arise on S'gor PAS Youth for their objections which came too little too late.

Satan doesnt like humans who make noises.....like calling people to prayers over the LOUD SPEAKER !
Izuddin said…
Madey tuduh kamu semua(pas) guna Islam untuk politik. Dan dia goreng kamu.
Dan saya pula kata kamu BODOH-lebih melayu dari muslim.
Umno tu musuh tapi guna pas kerana kononya CINA akan ambil alih malaysia, kononya Christianisasi berlaku di malaysia! Tapi sebenarnya kerana Umno akan hilang kuasa. umno yg guna islam utk martabat, bukan islam itu sendiri, tapi dikalangan mereka. kalau mereka lebih muslim dari melayu takpa lah.
cina kini lebih muslim dari melayu. Dan ini lah jalan2 ku yang kamu tidak ketahui.
Izuddin said…
Ada munafik dalam PAS...haha

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-