Skip to main content

Menjawab Khalid Samad: Negara Islam tercemar dengan sikap melampau Islamis Liberalis

Meniti bilahan hari di bulan Ramadhan ini, kebersamaan Allah yang dikecapi ketika tilawah dan solat malam dibasahi pula sejak dua tiga hari ini dengan doa munajat agar Allah S.W.T. menghancurkan tentera Yahudi Zionis laknatullah yang menyerang bumi Gaza.

Namun kekhusyukan beribadat ini amat terganggu dengan sikap melampau ¨Islamis liberalis¨ terkini. Kata-kata mereka menjengkelkan perasaan muslim sejati dan mencemarkan imej Islam yang diturunkan untuk memimpin umat manusia dengan wahyu Ilahi.

Kemunculan puak ¨Islamis liberalis¨ ini bukan baru. Sudah lama. Namun selepas pilihanraya 2008, kewujudan mereka semakin ketara, bahkan kini ia semakin menjolok mata.

Puak ini apabila berbicara mengenai agama, mereka memakai fahaman agama seperti yang difahami oleh sami Buddha di Myanmar yang membunuh muslimin Rohingya, sama seperti agama yang difahami oleh kumpulan teroris Klu Klax Klan. Islam mereka samakan dengan Kristian Ortodoks di sisi tentera Serbia yang merogol wanita muslimah Bosnia beramai-ramai. Oleh sebab itu, apabila bercakap mengenai hubungan antara fahaman kebangsaan dan Islam, mereka hanya terbayangkan model-model taksub bangsa daripada orang-orang kafir yang sesat itu, sedangkan tiada titik pertemuan antara kebenaran Islam dan kebatilan agama lain.

Mereka membutakan mata terhadap seruan asobiyah kaum Cina yang saban hari sekarang ini, secara terang-terangan tanpa malu dan takut, menyemai perasaan benci terhadap orang-orang Melayu. Mereka membisu seribu bahasa di hadapan tindakan menghina agama Islam yang bertalu-talu dilakukan oleh orang-orang Cina. Bukan itu saja, bahkan mereka bersekongkol dan ¨bersekedudukan¨ dengan puak Chauvinis Cina Kristian Evangelis menuntut penggunaan nama suci Allah dalam penerbitan gereja sebagai satu helah untuk memurtadkan orang Melayu. Mereka menjadi perkakas bagi agenda asing yang diterajui oleh kumpulan yang menggabungkan antara fahaman fanatik perkauman ultra kiasu dan agama liar ciptaan Yahudi.

Bani Israel yang mereka perkatakan itulah yang merosakkan ajaran Nabi Isa seawal kemunculan Paulus dan yang mencipta ajaran sesat Syiah dengan kemunculan Abdullah bin Saba´. Tidaklah Evangelisme dan Syiah itu melainkan kesinambungan kreativiti Yahudi untuk melatakan kefasadan di muka bumi ini. Tetapi yang menjadi bencana ialah apabila golongan ¨Islamis liberalis¨ yang berimejkan Islam ini bertahaluf, bertolong bantu, berganding bahu, dengan puak-puak perosak itu, hanya semata-mata perebutan kuasa politik.

Bencana menjadi malapetaka apabila mereka bersekongkol dengan puak Chauvinis Cina Kristian Evangelis yang terang-terangan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sivil tanpa agama. Negara tanpa mana-mana agama dominan. Sama seperti di Indonesia. Tidakkah mereka tahu bahawa projek puak-puak ultra kiasu Evangelis itu bakal menghancurkan institusi agama Islam di negara ini, memijak hak orang-orang Islam yang kebetulan hampir kesemuanya berbangsa Melayu. Sebenarnya mereka tahu, tetapi golongan ¨Islamis liberalis¨ ini sanggup untuk menjadi balaci dan terus menerus mengelirukan anak-anak muda Islam.

Kumpulan sebegini hidup atas emosi dan kejahilan ummat. Apabila melihat sokongan semakin merosot di kalangan orang Melayu, maka semakin aktiflah kumpulan ¨Islamis liberalis¨ ini berwacana atas nama Islam rahmat bagi seluruh alam untuk memenangi hati orang-orang bukan Islam. Topeng Islam yang digunapakai sebagai justifikasi moral untuk mengambil sesuatu tindakan yang oportunistik dan tidak bermaruah.

Golongan ini tidak kisah sekiranya imej Islam tercemar, prinsip dan ajarannya menjadi kabur, maksud ¨rahmatan lil alamin¨ diselewengkan, asalkan dapat mengasak untuk merebut kuasa dan merobohkan tembok sang penguasa. Mereka tidak sedar sebenarnya mereka merobohkan Islam bernegara, lalu memberi ruang penguasaan kepada sang ultra kiasu Evangelis. Bagi sebahagian daripada mereka pula, mereka tidak kisah apa yang terjadi pada Islam asalkan penaja asing mereka berpuas hati. Mereka berpegang pada prinsip kalah jadi abu, menang jadi arang. Perjuangan dan dakwah Islam sememangnya bukan agenda mereka. Namun yang jahil dan taksub di kalangan Melayu tetap tertipu.

Golongan ini tidak mendapat dokongan para ulamak. Manakan tidak, segala fatwa mufti-mufti di negara ini mereka sanggah, jika tidak memenuhi selera politik mereka. Malah keputusan institusi syura ulamak mereka sendiri pun mereka langgar. Bahkan mereka membiarkan orang-orang bukan Islam memperlekeh institusi ulamak dan agama di negara ini, selagi ia selari dengan nafsu politik mereka. Mereka hanya dengar sekali sekala pendapat bekas mufti dan seorang dua “ulamak liberal”, yang sekepala dengan mereka.

Bagi yang memahami Islam dan memahami juga pendekatan yang digunakan Allah dan RasulNya, semestinya pendekatan golongan Islamist liberalist ini amat canggung dan wajib ditentang. Ia bercanggah dengan pendekatan Islam yang berpaksikan kepada wahyu, dengan segala disiplin ilmu syarak dalam menghuraikannya. Pada masa yang sama semakin ramai umat Islam telah berjaya disesatkan atas seruan emosi membenci sang penguasa, menggunakan pendekatan liberal dan pragmatis Barat, sehingga terjerumus dalam politik berdosa dan tidak bermaruah. Demi membela imej Islam, kesucian ajarannya dan demi menyelamatkan umat Islam dari disesatkan olehnya, kita mesti bersuara. Islam menolak liberalisme dan pluralisme agama. Dan Melayu hendaklah kembali kepada Islam, ajarannya dan pendekatan tersendirinya dalam mengislah kerajaan berdasarkan manhaj Rabbani.

Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Artikel dari ISMAWEB

Berkaitan:
(1) Kemunculan ‘Golongan Kanan’ Melayu Islam
(2) ISMA lebih perkauman daripada PERKASA

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Izuddin said…
Sudah lah uzt. Apa yg utz tulis tu dah basi dan lapok. Semua itu hanyalah strategi politik serpihan dari kalangan mereka yang tersisir dari umno yang mana ketuanya dah tua takda gigi lagi...haha

...jangan nak salahkan sami buddha, ortodoks kristian, asobiyah Cina, chauvinis cina, etc. Pi salahkan Melayu UMNO. mereka yang merosakan Islam di malaysia menolak ulama dan ahli akademik demi untuk pertahan negara utk melayu , bangsa melayu dan last sekali baru Islam. Bukan itu asobiyah Melayu yang kini ketinggalan???

Dah jatuh tangga tapi BELUM LAGI tegadah!!!

bagi saya, utz adalah melayu rasis bertopeng Islam

Terasa juga saya utk jelaskan kpd utz bahawa Liberal islamis ini adalah KEBANGKITAN ISLAM..tapi susah sebab utz melayu rasis.
rosli said…
Allahuakbar...
Daulat Tuanku...
Izuddin said…
Yb, seek attendence with the Sultan immediately. let the world knows your intents to seek out, not The Majesty butits Majesty.

And lets us see what Mais will seek from the Sultan in return.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan