Skip to main content

Kenyataan Akhbar Berhubung Isu Kemurkaan Baginda Sultan Selangor Terhadap Ahli Parlimen Shah Alam

Saya terkejut apabila mendengar ucapan DYMM Sultan Selangor yang menyatakan bahawa Baginda murka dengan saya. Ianya datang secara tiba-tiba dan amat menyedihkan bagi diri saya secara peribadi.

Laporan akhbar yang dirujuk DYMM Sultan adalah bertarikh 18 Jun 2014 iaitu sebulan sebelum ini. Selepas tarikh itu, saya telah dijemput ke majlis berbuka puasa di Masjid Negeri bersama DYMM Sultan pada 30 Jun. Saya sempat bersalaman dengan Baginda sebelum meninggalkan majlis untuk ke majlis lain selepas Solat Maghrib dan berbuka bersama. Pada ketika itu Baginda Sultan bersalaman baik dengan saya dan tidak dikatakan apa-apa. Oleh itu, apabila isu ini meletup sebegini rupa, saya amat sedih dan terkejut.

Pada masa sama saya dikatakan bertindak biadap, jahil dan mempersoalkan serta mencabar kuasa DYMM Sultan. Saya meminta maaf dan ampun sekiranya apa yang saya sebut atau tulis memberikan gambaran sedemikian rupa kepada DYMM Sultan Selangor. Saya tiada niat walaupun seberat zarrah untuk bertindak biadap apatah lagi mencabar kuasa DYMM Sultan.

Saya yakin ini semua adalah hasil salah faham dan maklumat kerana kesetiaan saya kepada Negeri Selangor dan Sultannya tidak berbelah bagi. Walaupun tidak dilahirkan di Selangor dan kedua ibu bapa berasal dari Muar Johor, saya telah bermastautin di Selangor lebih 50 tahun dan mencurah bakti semasa zaman berkerja di negeri Selangor untuk berpuluh tahun. Ibu saya turut bermastautin di Selangor dan Almarhum ayah saya dikebumikan juga di Selangor.

Cadangan saya supaya kerajaan Negeri mengkaji kemungkinan kuasa eksekutif ditarik dari MAIS adalah demi menjaga nama baik MAIS dan juga Baginda. Cadangan yang saya kemukakan bukan bertujuan mencabar kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di Negeri Selangor, atau MAIS sebagai penasihat kepada DYMM Sultan dalam menjalankan tugas Baginda. Kedudukan Baginda dan MAIS tetap tidak berubah sebagai pihak yang berkuasa atas agama Islam apabila bertindak sebagai penggubal dasar dalam semua urusan berhubung agama Islam di Negeri Selangor. Perubahan yang dicadangkan adalah hanya sekadar dari sudut perlaksanaan di mana dasar yang telah ditentukan Baginda melalui MAIS diserahkan kepada Kerajaan Negeri di bawah port-folio exco agama untuk dilaksanakan.

Cadangan ini dikemukakan kerana yang selalu menimbulkan masalah adalah dari sudut perlaksanaan, samada berhemah atau sebaliknya. Maka apabila perlaksanaan diserahkan kepada kerajaan, segala permasalahan yang timbul hasil perlaksanaan, termasuk kemarahan pihak-pihak tertentu, akan ditujukan bukan kepada MAIS dan dengan itu DYMM Sultan, tetapi sebaliknya terhadap kerajaan dan exco agama itu sendiri. Kerajaan yang rapat dengan masyarakat, memahami selok-belok politik seharusnya bertindak dengan lebih berhemah menepati keperluan keadaan dan suasana sambil mencapai hajat yang diinginkan Baginda.

Mengikut cadangan ini maka kedudukan MAIS boleh disamakan dengan Dewan Undangan Negeri Selangor yang menentukan dasar untuk dilaksanakan oleh kerajaan sebagai badan eksekutif. Hanya bezanya ialah MAIS menjurus khusus kepada persoalan agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor.

Cadangan yang saya kemukakan bertujuan menyelamatkan Tuanku dari cemuhan, yang terbuka dan tertutup dan sekiranya cadangan ini tidak diterima sekali pun, lebih-lebih lagi oleh DYMM Sultan, maka ianya hanya cadangan yang berniat baik terhadap peribadi DYMM Sultan sendiri.

Pada masa sama cadangan ini mampu mengurangkan ‘pergeseran’ antara Kerajaan Negeri dan MAIS atas isu-isu tertentu di mana ‘pergeseran’ ini juga menjejas imej Islam.

Saya akui akan pentingnya peranan MAIS dalam soal menjaga kesucian agama Islam dan urus tadbir ini dan ingin menegaskan bahawa saya turut kongsi kommitmen yang sama sepertimana juga saya yakin, PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Dalam soal menetang fahaman golongan ekstremis agama, liberalis agama dan pluralisme agama, saya ingin menjelaskan bahawa saya turut bersama dalam persoalan ini sepertimana juga saya yakin PAS dan kerajaan PR Selangor. Wawasan Tuanku supaya rakyat Selangor berpegang kepada Islam ‘moderate’ berdasarkan aqeedah Ahli Sunnah Wal Jamaah juga dikongsi bersama.

Kenyataan DYMM Sultan Selangor dalam ucapan sama bahawa MAIS menjamin hak kebebasan agama dan menghormati orang bukan Islam adalah amat dialu-alukan. Dan dalam soal ini saya turut ingin berperanan menjamin bahawa hak ini yang dijamin Islam sentiasa terzahir.

Saya yakin bahawa keadaan kemurkaan Baginda terhadap diri saya adalah hasil dari salah faham dan maklumat. Saya harap oleh itu DYMM Sultan Selangor akan berkenan memberikan kebenaran untuk saya mengadap untuk memperjelaskan keadaan. Atas apa-apa kesilapan dan keterlanjuran saya memohon ampun dan maaf.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Unknown said…
Dengan Nama Allah SWT
Sepatutnya kita sebagai rakyat kena tanya dengan Sultan Selangor . Adakah Sultan Selangor yang mengenankan ( meluluskan atau membenarkan ) segala tindak tanduk MAIS dan JAIS dalam segala tindakkan mereka ????
Anonymous said…
Cadangan ini dikemukakan kerana yang selalu menimbulkan masalah adalah dari sudut perlaksanaan, samada berhemah atau sebaliknya.

Masalahnya ialah takrifan berhemah atau sebaliknya. Bagi khalid samad, ia berhemah apabila ia menurut acuan saudara dan tidak berhemah sekiranya tidak menepati selera saudara. Umpamanya dalam kes rampasan bible, bagi YB khalid ia tidak berhemah, tetapi bagi kebanyakan orang Islam, ia memang patut. Jadi apakah MAIS ini perlu menurut telunjuk YB Khalid dalam menentukan mana itu hemah dan mana itu tidak? Itulah sebabnya Sultan kata Khalid biadap.

Cadangan yang saya kemukakan bertujuan menyelamatkan Tuanku dari cemuhan

Bukankah Khalid sendiri tweet kata lebih takut kepada murka Allah daripada murka manusia. Jadi apakah YB Khalid mahu menasihati baginda Sultan supaya takutkan "murka" manusia dalam bentuk cemuhan (khususnya puak-puak kafir dari DAP dan RBA) daripada murka Allah? BTW, apakah YB Khalid mempunyai lesen untuk menentukan Allah murka pada siapa? Barangkali orang yang YB anggap mendapat murka Allah itulah yang sebenarnya berada diatas jalan yang benar. Jadi tindakan YB Khalid jelas merendahkan martabat Sultan kerana YB menganggap seolah-olah hanya diri sendiri yang takut pada murka Allah sedangkan baginda Tuanku perlu takut pada cemuhan manusia.

Hakikatnya cemuhan manusia itu sudah pasti, apatah dari puak-puak DAP dan RBA yang jelas amat anti Islam (dan Raja-raja). Kalau MAIS dan baginda tuanku perlu takut pada cemuhan golongan ini, nescaya mereka tidak akan dapat mempertahankan kesucian agama Islam. Akhirnya orang Islam akan tunduk pada kehendak puak-puak kafir ini dan segala betul dan salah bagi umat Islam adalah menurut apa yang tidak dicemuh puak-puak ini. Kalau mereka sokong LGBT, orang Islam pun kena sokong (macam YB pas seorang tu). Lepas tu dapat pujian puak-puak ini. Apakah ini versi yang YB mahu?

Harus YB ingat, bagi YB, mungkin tidakan MAIS itu tidak betul. Tapi itu adalah persepsi YB semata-mata dan orang lain pun ada persepsi sendiri. Oleh itu, bila YB mendesak kuasa MAIS dirombak semata-mata menurut persepsi YB yang mereka itu tak betul, itu yang dikatakan menghina Sultan. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Sultan dan penasihat-penasihatnya tidak mampu memberi nasihat pada MAIS.

Akhir sekali, cadangan YB akan merosakkan peranan MAIS itu sendiri. MAIS sepatutnya bebas dari pengaruh kerajaan kerana kerajaan itu ditentukan oleh ahlinya yang mungkin terdiri dari orang yang bukan Islam, orang Islam liberal, dll. Kalau kerajaan itu sokong LGBT, apakah MAIS juga perlu turut? Bagaimana MAIS mahu mempertahankan kesucian Islam kalau ia terpaksa menurut kehendak dewan yang dipengerusikan oleh seorang evangelist Kristian, Hannah Yeoh.
dukuhead said…
Dear Khalid,

I personally do not see anything seditious in your writings or speeches. It behoves those accusing you as such to prove their case. I think you are courageous enough to hold your ground in principle and not fall asunder because of what sounds to me like spurious allegations against you, no matter from which quarter or how high up. I wish you only the best and all respect due to you as a responsible citizen and politician giving voice to us ordinary folks.
Izuddin said…
Tidak. Saya kata YB kena seek attendance dgn Sultan bukan untuk minta maaf dan keampunan. Tapi , utk pi kena marah dgn Sultan.

Apa YB kata tu betul...YB tak boleh tarik balik..Sultan nak marah tu hal peribadi.

Pakatan yang kena mohon maaf dari Sultan...utk sejukan hati Sultan yg luka...kerana Pakatan adalah kerajaan Selangor. Khalid ibrahim lah kena pi mohon pekenan maaf dari Sultan. Dia kan mewakili kerajaan Pakatan di Selangor???
Izuddin said…
Dont say the flight route is safe. it crosses a particular area under CONFLICT. The plane was shot down. Ofcourse the route wasnt safe.

Liow, if the flight route is save, then tell MAS to continue flying on the same route.

Liow, your replies are not ANSWERS to QUESTIONS. Your replies are but BIAS to protect MAS???? Government?? Your job??? Protect the victims maaa....the worst MAS officials could be punished is RESIGNATIONS, not criminal legal suits !

Haiyahhh. Lu mintiri talak kibinarian. Lu cakap tarak butut(tarak masuk akai...haha
Izuddin said…
YB, pls ignore that guy. he wants war....like the russian gorillas who shot the plane, not to stop war, but to start wars. crazy melayu guy
Fatimah said…
"PAS Ganti Umno", tepat sekali. PAS jadi macam UMNO dulu dan UMNO jadi macam PAS. Buat masa ini dan ketika ini aku yakin dan percaya hanya UMNO sahaja yang betul betul mempertahankan Islam. PAS dan berubah. Sebagai orang yang cinta kan agama , saya dah tak yakin dengan PAS. Fikirkanlah wahai pemimpin pemimpin PAS. Mana arah kamu sekarang
Izuddin said…
Hang jangan nak merepek kononya umno pertahan Islam.... pertahan bangsa melayu ada laa.

Dengar sini. Allah cipta manusia berbangsa bangsa...dan kamu(melayu) claim kamu muslim, tapi tak ikut dan langgar Islam...haha. Mana boleh pertahan ISLAm dengan memertabat melayu jadi rasis?
Bangsa lain seperti india, bangla, paki, arab, mat saleh, rusia, dan banyak lagi bangsa pun muslim daaaaa....dan tak kurang juga ada di kalangan mereka yang langgar ISLAM.

Allah cipta manusia berbangsa dan perintah semuanya di jadikan dalam sebuah NATION.

Nation tidak boleh di dirikan dengan hanya SATU BANGSA.Itu rasisma namanya. Dan rasisma itu bawa akibat perpecahan UMAT.

Yang dok ada di malaysia skrg ni ialah nasional-rasisma ...atau NATION ditubuh hanya untuk dan oleh BANGSA MELAYU. Mana boleh lagu tu? Allah dah perintah sebuah NATION di diri dari berbangsa bangsa.

Kan saya dah kata melayu yang claim depa muslims dah melanggar ISLAM???…haha

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-