Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Sandiwara Politik UMNO

Sandiwara politik UMNO untuk melagakan saya dengan pihak Istana semakin jelas. Namun kali ini Zam dalam usahanya mengutuk saya tanpa sedar telah juga memuji tindakkan saya selama ini. Zam-kata " Keyakinan kepada Pas oleh bukan Melayu dan Islam telah pun meningkat dengan permainan politik songsang manusia ini. " Persoalannya sekarang, adakah ianya "politik songsang" sepertimana yang Zam-kata; atau politik Rahmatul Lil 'Aalamin sepertimana yang dikatakan oleh Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" (Al-'Anbyā' 21:107) . Politik Rahmatul 'Aalamin ini merupakan politik inklusif yang ingin semua merasakan Islam sebagai rahmat. Ianya kontra dengan Islam chauvanis ciptaan manusia yang ingin melaga-lagakan antara Islam dan bukan Islam. Maka adalah jelas juga dari segi penghujjahannya, beliau tidak kisah samada benar saya menentang kuasa...

Menangani Perbezaan Kepercayaan

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya) Lihatlah bagaimana Allah mengajar kita menangani perbezaan kepercayaan antara ummat Islam dan orang Nasrani berhubung Allah AzZawajalla. Allah menjelaskan kesilapan tanggapan mereka dan dinasihati mereka supaya tidak menyatakan yang tidak be...

ISMA Tidak Mampu Faham?

Saya dimaklumkan mengenai ‘ jawapan’ dari ISMA berhubung tulisan saya pada hari Jumaat lepas oleh seorang wartawan. Namun saya tidak sanggup kekhusyukan beribadat pada bulan Ramadhan yang mulia ini diganggu, lebih lebih lagi oleh ‘jawapan’ dari organisasi seperti ISMA. Dengan segala yang sedang berlaku, khususnya serangan Israel ke atas Bumi Gaza, saya tiada masa melayan penulisan mereka dengan pemikiran songsang mereka. Lagipun tulisan saya Kemunculan ‘Golongan Kanan’ Melayu Islam tidak saya tujukan kepada sesiapa secara khusus. Ianya tulisan umum, berhubung betapa buruknya fahaman kebangsaan dan perkauman dan bagaimana ia mampu merosakkan agama yang mengajar manusia berbuat baik sesama manusia tanpa mengambil kira bangsa mahu pun agama yang berbeza. Namun, “siapa yang makan cili”, kata orang-orang lama, “dia merasa pedas”. Walaubagaimanapun, akhirnya saya membaca juga ‘jawapan’ dari ISMA pada hari Ahad dan hanya mampu tersenyum lebar memikirkan bagaimana jawapan mereka hanya me...

Menjawab Khalid Samad: Negara Islam tercemar dengan sikap melampau Islamis Liberalis

Meniti bilahan hari di bulan Ramadhan ini, kebersamaan Allah yang dikecapi ketika tilawah dan solat malam dibasahi pula sejak dua tiga hari ini dengan doa munajat agar Allah S.W.T. menghancurkan tentera Yahudi Zionis laknatullah yang menyerang bumi Gaza. Namun kekhusyukan beribadat ini amat terganggu dengan sikap melampau ¨Islamis liberalis¨ terkini. Kata-kata mereka menjengkelkan perasaan muslim sejati dan mencemarkan imej Islam yang diturunkan untuk memimpin umat manusia dengan wahyu Ilahi.

ISMA lebih perkauman daripada PERKASA

Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof yang menganggotai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) berpandangan NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersifat perkauman melampaui NGO PERKASA dan menurutnya lebih merbahaya. Menurutnya, PERKASA sekurang-kurangnya berterus terang dengan agenda perkauman mereka namun ISMA, bersifat perkauman tetapi cuba bersembunyi di sebalik pengaruh agama. Tindakan ini kata Mujahid, memberikan gambaran buruk kepada agama Islam yang sentiasa menyeru kepada keharmonian.

Kemunculan ‘Golongan Kanan’ Melayu Islam

Bulan Ramadhan yang mulia adalah sebuah bulan yang penuh maghfirah dan barakah. Bulan di mana ummat Islam di seluruh dunia diwajibkan untuk berpuasa. Pada masa yang sama, bulan Ramadhan juga merupakan masa yang terbaik untuk kita bermuhasabah dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini. Saya telah terlibat di dalam satu perbincangan ‘inter-faith’ atau antara agama di Petaling Jaya beberapa beberapa bulan sebelum Ramadhan. Di antara ahli panelnya ialah seorang Sami Buddha. Ada dari kalangan hadirin yang telah bertanya kepadanya berkenaan peristiwa pembunuhan ummat Islam bangsa ‘Rohingya’ di Myanmar. Mereka hairan bagaimana agama Buddha yang masyhur sebagai agama yang mencintakan keamanan boleh membenarkan tindakan kejam sebegitu rupa. Beliau menjawab dengan wajah yang suram, “apabila fahaman kebangsaan disatukan dengan agama, maka kerosakan akan terhasil”.