Saya sering dilabel sebagai seorang yang membela orang Kristian dan yang bukan Islam apabila golongan ini terpaksa berhadapan dengan ‘tindakan orang Islam’. Ini saya lakukan, mengikut dakwaan golongan tertentu, di atas sebab ingin mendapat undi dari golongan bukan Islam ini. Maka demi undi, saya ditohmah sebagai ‘sanggup mengadai kepentingan Islam’ dengan membela yang bukan Islam dan pada masa yang sama sanggup mengkritik tindakan ‘pihak Islam’. Ini berlaku di antara lain, pada ketika JAIS merampas Bible Al-Kitab dan menceroboh majlis perkahwinan wanita Hindu bernama Zarina.
Saya ingin menjelaskan di sini bahawa sebenarnya ada tiga perkara yang ingin saya bela apabila saya bertindak sedemikian rupa.
PERTAMA - MEMBELA ISLAM ITU SENDIRI
Perkara yang paling utama yang ingin saya bela dengan tindakan saya BUKAN sekadar hak orang bukan Islam tetapi lebih dari itu, iaitu Islam itu sendiri! Ini adalah kerana imej Islam tercemar dengan tindakan yang kelihatan biadap dan tidak menghormati hak agama lain apabila kitab suci serta tempat ibadat agama lain dirampas dan dicerobohi.
Tindakan sedemikian rupa menjejaskan imej agama Islam dan oleh itu perlu dibantah oleh ummat Islam demi membela imej agama Islam itu sendiri. Tindakan menghina kitab suci dan tempat ibadat agama lain bukan dari ajaran Rasulullah (SAW). Sebaliknya ianya merupakan tindakan yang bercanggah dengan pesanan Rasulullah (SAW) dan ayat Al-Quran itu sendiri.
Dan itulah sebabnya saya bersuara! Apabila imej dan mesej Islam tercemar dengan gambaran bahawa Islam tidak menghormati hak orang bukan Islam, maka ia akan menakutkan orang bukan Islam terhadap sebuah pentadbiran yang berasaskan Islam seperti yang diperjuangkan PAS. Mereka akan berkata bahawa sekiranya pentadbiran negara berasaskan Islam sepenuhnya, dan tidak ‘separuh-sekular’ seperti sekarang, maka keadaan mereka akan lebih teruk dan lebih teraniaya. Dalam keadaan sekarang sekalipun mereka merasa tertekan dan dizalimi dengan Jabatan Agama Islam mencerobohi rumah ibadat dan hak mereka, apatah lagi sekiranya seluruh pentadbiran negara berasaskan Islam!
Sebagai seorang Muslim dan anggota PA, saya ingin semua yakin bahawa Islam adil terhadap semua rakyat dan mereka akan lebih terbela apabila Islam diguna sebagai asas pentadbiran negara, bukan sebaliknya. Oleh itu, tindakan ‘chauvanistic’ atas nama Islam seperti yang dilakukan perlu dibantah oleh ummat Islam seluruhnya.
i.) Merampas Kitab Suci Agama Lain
Cuba kita bayangkan bagaimana perasaan kita sekiranya negara bukan islam seperti di UK atau USA pihak gereja ceroboh masuk Masjid atau kedai buku Islam dan merampas Kitab Al-Quran yang ada terjemahan Bahasa Inggeris dan ingin membakarnya atas alasan merasa terhina kerana Al-Quran menyebut Jesus bukan anak Tuhan tetapi hanya seorang Rasul! Sudah pasti kita akan membantah dan mengatakan itu kitab suci kita dan itulah ajaran agama kita! Dan sudah pasti kita akan menuntut supaya mereka menghormati hak kita untuk mengamal agama kita. Sudah pasti juga kita akan mengeluh betapa biadap dan kejamnya mereka kerana tidak menghormati ajaran agama kita.
Begitu jugalah perasaan orang Kristian apabila Bible Al-Kitab dirampas. Ianya kitab suci mereka walaupun ianya berbahasa Malaysia. Maka hormatilah kitab suci mereka sepertimana yang diajar Rasulullah (SAW) dan Al-Quran.
Ingat perintah Allah di dalam ayat 108 Surah Al-An’aam yang bermaksud,
“Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan....”
Maka sepertimana sembahan mereka tidak boleh dicerca atau dimaki, begitu jugalah tempat ibadat dan kitab suci mereka perlu dihormati.
ii.) Pengharaman Penggunaan Kalimah Allah Untuk Bukan Islam
Ini merupakan persoalan yang saya pertikaikan dari dulu lagi. Ianya tiada asas samada dalam nas Quran ataupun dalam Sirah Rasulullah (SAW) serta amalan Khulafa Ar-Raasyidin. Malahan ianya bercanggah dengan apa yang termaktub di dalam Al-Quran itu sendiri di mana orang bukan Islam sering disebut menggunakan nama Allah. Fahaman bahawa kalimah Allah adalah hak Islam semata-mata adalah suatu pendirian yang karut dan tidak berasas.
Walaupun kepercayaan mereka terhadap Allah adalah salah dan ditolak, namun penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam merupakan sesuatu yang tidak boleh kita larang. Baca sahaja maksud ayat di bawah dan kita akan mengetahui bahawa orang Kristian menggunakan kalimah Allah dan menyatakan Allah itu satu dari tiga sejak zaman Rasulullah (SAW) lagi, iaitu ayat 73 Surah Al-Maaidah
“Sesungguhnya kafirlah orang yang mengatakan bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga....”
Siapa lagi ayat ini ditujukan kalau bukan kepada orang Kristian? Dan tidakkah ianya jelas bahawa mereka mengatakan “ALLAH satu dari tiga”? Iaitu mereka menggunakan kalimah ‘Allah’?
Dan begitu juga ayat 18 Surah Al-Maaidah yang bermaksud,
“Orang Yahudi dan Nasrani mengatakan “Kami adalah anak-anak Allah dan kekasihNya....”
Dan ayat 64 Surah Al-Maaidah juga yang bermaksud,
“Orang Yahudi berkata: “Tangan Allah terbelenggu”.....”
Dan banyak lagi ayat Al-Quran yang menjelaskan kesesatan bukan Islam kerana mendakwa yang bukan terhadap Allah. Namun mereka menggunakan kalimah Allah dan tidak dihalang dari menggunanya! Hanya salah faham mereka ditegur, dijawab kembali dan diperbetulkan dalam Al-Quran.
Sekiranya kita ingin menghalang penggunaannya kerana ingin menghalang usaha penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam, seperti maksud sebenar undang-undang enakmen yang digubal, maka gunakannya dalam konteks itu sahaja, bukan secara menyeluruh. Kalau tidak maka ianya sama seperti menggunakan undang-undang ISA yang digubal untuk menanhan pengganas Kommunis yang angkat senjata di hutan untuk menahan ahli politik pembangkang yang hanya sekadar mampu bersuara!
Kalimah lain juga turut diharamkan penggunaannya untuk orang bukan Islam mengikut enakmen berkenaan. Di antaranya adalah kalimah ‘Nabi’ dan juga ‘Rasul’.
Saya ingin tanya bagi yang bijak pandai, apakah gelaran yang orang Yahudi dan Kristian perlu gunakan apabila menyebut Nabi Allah Ibrahim dan Musa? Encik Ibrahim dan Encik Musa? Tidakkah jelas lagi kebodohan ini? Adakah kita ingin menafikan wujudnya ‘kalimatin sawaain’ (kalimah yang sama) di antara kita dan mereka seperti yang disebut Allah sendiri?
Saya harap kebodohan ini akan dapat dihentikan segera supaya imej Islam tidak terus terjejas oleh tindakan kita. Kadangkala, sesuatu tindakan, walaupun berniat baik, hanya mampu menjatuhkan imej Islam dan bukan membelanya. Lagi cepat kita faham dan akui kesilapan kita, lebih baik untuk kita dan imej Islam.
Islam, walaupun pada zaman Rasulullah (SAW), tidak pernah berusaha untuk menentukan bagi agama lain apa yang boleh dan tidak boleh disebut atau diamalkan oleh agama mereka. Itulah kebebasan agama yang telah merupakan peninggalan Islam yang perlu kita sebagai ummat Islam pertahankan.
KEDUA - MEMBELA HAK ORANG BUKAN ISLAM UNTUK MENGAMAL AGAMA MEREKA
Dan saya bersuara juga untuk membela hak orang bukan Islam mengamal agama mereka. Dan saya lakukan kerana itulah yang diperintah Islam. Kerana Islam adil untuk semua termasuk yang bukan Islam. Agama adalah soal keyakinan dan kepercayaan. Ianya tidak boleh dipaksa. Sekiranya Allah sendiri tidak memaksa manusia beriman, maka siapalah kita! Sila rujuk ayat 99 Surah Yunus yang bermaksud :-
“Dan jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentulah beriman semua orang yang berada di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu hendak memaksa manusia sehingga mereka menjadi orang beriman?”
Yang mampu kita lakukan ialah menzahirkan keadilan Islam melalui akhlak yang mulia supaya dengan itu manusia akan tertarik padanya. Dan janganlah kita sekali-kali menzahirkan sifat yang terkutuk dan chauvanist dan dikatakan itulah Islam kerana dengan itu kita menghalang manusia dari mengenali keadilan dan kebenaran Islam.
KETIGA - MEMBELA IMEJ ORANG MELAYU ISLAM
Sebab ketiga saya bersuara ialah kerana ingin juga membela imej orang Melayu yang digambarkan bodoh dan tidak berakal oleh enakmen sebegini. Mungkin ada sebuah parti politik melayu yang sememangnya menganggap orang Melayu bodoh dan tidak berakal kerana berjaya ditipu sejak sekian lama, tetapi hakikatnya orang Melayu tidak bodoh tetapi hanya diperbodhkan.
Saya tidak boleh terima andaian bahawa apabila orang Kristian berkata “Allah itu Tiga” atau “Isa anak Allah” maka orang Melayu Islam akan menjadi celaru fikiran mereka dan keliru sehingga menganggap itu adalah ajaran Islam! Iaitu hanya semata-mata kerana kalimah ‘Allah’ digunakan! Ini bermakna bahawa orang Melayu Islam, mengikut andaian ini, tidak faham bahawa Islam berpaksikan ajaran Tauhid ia itu keEsaan Allah!
Demi membela imej orang Melayu Islam, demi menyatakan bahawa Melayu tidak bodoh dan tidak jahil agama sehingga ke tahap binggung, maka saya bersuara. Adakah saya bersalah apabila saya mempertahankan imej bangsa saya dengan menolak andaian ini? Dan berkeyakinan bahawa bangsa Melayu tidak sedangkal yang didakwa?
Tanpa disedari, golongan yang lantang kononnya mempertahankan maruah Melayu adalah mereka yang mempertahankan tanggapan ini! Mereka berkeyakinan bangsa Melayu bodoh dan oleh itu akan mudah keliru apabila kalimah Allah diguna agama lain! Kerana, setelah terbukti bahawa dalam Al-Quran sendiri orang bukan Islam menyebut kalimah Allah, maka apa lagi alasan untuk mengharamkan penggunaannya oleh bukan Islam selain ketidak mampuan minda Melayu membezakan Islam dan kufur?
Hanya di Malaysia, ‘pejuang agama’ mempertahankan tindakan yang mencemar imej agamanya dan ‘pejuang bangsa’ mempertahankan tindakan yang berasaskan andaian bahawa bangsanya sendiri bodoh dan mudah keliru. Pejuang agama sebenar akan bertungkus-lumus membuktikan agamanya baik dan paling adil. Pejuang bangsa sebenar pula akan sentiasa mendakwa bangsanya cerdik dan pintar.
Saya tidak akan bersama ‘pejuang’ ini. Walaupun dipenggal kepala dan dipisahkannya dari badan akan tetap saya katakana bahawa “Islam tidak ajar ummatnya biadap dan tidak menghormati agama lain dan Melayu pula tidak sebodoh yang didakwa. Hanya golongan tertentu yang berkepentingan sahaja ingin mencemar imej Islam dan memperbodohkan Melayu”.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Christianity and Islam are both misunderstood by many
Roman Church cannot teach Christianity
Neither can Communism teach Islam
People used to called themselves as Jews(Children of God). They too didnt like the Romans or the Egyptians !
They called themselves Muslims(servants of Allah) but they are HOOLIGANS !
Hooligans too caleld themsleves as Jews(Children fo god) one time ago !
Moses didnt tell his people to go to Canaan where the lands are milk and honey !
God told Moses to send men to look for a place in the wilderness of paran
But Caleb and Joshuo wanted to go up north into Canaan where the land was milk a nd honey !
Moses never went to Canaan.
Moses stopped somewhere in the Wilderness of paran
Evil CALEB and JOSHUO didnt wanna stay in the Wilderness of paran...they both wanted milk and honey !
Caleb disobeyed Moses and led his people into Canaan
God didnt promised Moses israel. it was Caleb and Joshua who went up into Canaan for milk a nd honey
Moses settled down somewhere in the Wilderness of paran, where Arbaham was once there and built the KAABA( a house of worship)
Did you think GOD would promised Moses land of Milk and honey ????
Moses didnt want it. Caleb was a spy. he wanted lands !
Anyway, the people went ahead into Canaan, and they SUFFERED in the hands of the POWERFUL PEOPLE(THE ASSYRIANS). Nebuzzer killed them all and brought your women back to Babylon as SEX SALVES !
The the ROMANs massacred them at MASADA.
They never HAD the land really.
it never was ISRAEL ! Israel never existed !israel is but a DREAM that died off
Kita pun membantah tindakan orang Islam yang melampau, tapi kita tidak perlu lebih sudu dari kuah. Ada perkara perlu kita bertindak secara hikmah. Ada istilah yang dipanggil political correct. Sebagai ahli politik yang dah banyak tahun dalam dunia politik takkan tak tau apa itu political correct.
Malangnya pendekatan YB lebih kepada populist politics. Tindak tanduk YB sememangnya mendapat pujian dari pihak kafir (yang berniat jahat). Apabila musuh puji kita, tau tau aje ada yang tak kena. Takkan YB tak tau, the enemy of my enemy is my friend. Jadi tak hairan YB di tuduh sedemikian.