Saya sering dilabel sebagai seorang yang membela orang Kristian dan yang bukan Islam apabila golongan ini terpaksa berhadapan dengan ‘tindakan orang Islam’. Ini saya lakukan, mengikut dakwaan golongan tertentu, di atas sebab ingin mendapat undi dari golongan bukan Islam ini. Maka demi undi, saya ditohmah sebagai ‘sanggup mengadai kepentingan Islam’ dengan membela yang bukan Islam dan pada masa yang sama sanggup mengkritik tindakan ‘pihak Islam’. Ini berlaku di antara lain, pada ketika JAIS merampas Bible Al-Kitab dan menceroboh majlis perkahwinan wanita Hindu bernama Zarina. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa sebenarnya ada tiga perkara yang ingin saya bela apabila saya bertindak sedemikian rupa.
◘ 1B, 2nd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066 ◘