Sebuah portal Internet 'The Rakyat Post' telah melaporkan pada 25 Mei bahawa saya kononnya telah berkata seperti berikut: "Meanwhile, Khalid said PAS had no problems with young Malays joining DAP.” “PAS is fine if Malay youths want to join DAP. The party wants to prove it is open to all races unlike MCA, which is just for the Chinese,” he said." Portal ini juga yang melaporkan kata-kata saya berhubung Dyana berkenaan penutupan aurat secara tergantung dan terpilih yang seakan cuba diselewengkan . Dalam laporan yang sama, disebut juga bahawa saya anggap ianya tidak mengapa bagi orang muda Melayu masuk DAP. Saya pun tidak tahu dari mana mereka mendapat petikan ini, samada benar-benar dari kata-kata saya atau direka. Tetapi oleh kerana isu memasuki DAP ditimbulkan maka biarlah saya jawab secara terus-terang dan sejelas-jelasnya. Sebaik-baiknya orang muda Melayu menyertai PAS . Itulah yang kita usahakan selama ini. Usaha menghilangkan imej PAS sebagai 'pelampau...
◘ 1B, 2nd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066 ◘