Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Sekilas Ikan di Air: UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud

Negara kehilangan seorang pejuang yg tegas dan berani dengan pemergian Karpal Singh awal pagi tadi. Berbeza prinsip tetapi saling hormat menghormati. Seorang pejuang hingga akhir hayat. Takziah buat keluarga beliau. Semoga terus tabah. Dalam pada itu, saya mendengar dengan penuh hairan permintaan Menteri UMNO/BN supaya PAS membawa usul berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan. Mengapa Menteri dari kerajaan yang sedang memerintah memohon PAS yang merupakan parti pembangkang untuk membawa usul tersebut? Bertambah kelakar bagi saya, apabila Ahli Parlimen UMNO dari Kelantan dengan penuh gah dan semangat, menyokong pula permintaan itu dan memberikan jaminan dari ahli Parlimen UMNO! Kelakar kerana dia tetap meminta PAS membawa usul tersebut, bukan mendesak supaya UMNO yang bawa!

Karpal Singh: Perginya Seorang Tokoh Politik Yang Berprinsip [TGNA]

Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Perbahasan Berhubung GST

Pada hari isnin 7 April, lebih kurang jam 7.10 malam undian ‘belah-bagi’ berhubung RUU GST telah diadakan. Pengundian diadakan selepas Timbalan Menteri Kewangan ‘bull-doze’ sahaja sesi perbahasan dan enggan melayan semua soalan yang dibangkitkan. Sedangkan ianya sesi untuk Menteri menjawab segala isu yang telah dibangkitkan dalam perbahasan awal oleh ahli Parlimen! Jawapan yang diberi menimbulkan banyak lagi soalan dan soalan tambahan yang terhasil tiidak ingin dilayani beliau secara profesional. Malang sekali taraf Parlimen yang ada di Negara ini. Isu seperti GST yang akan menjejaskan kehidupan rakyat keseluruhannya dibahas secara pantas dan ringkas sedangkan banyak lagi persoalan yang tidak dijawab dengan sepenuhnya. Pada keesokannya harinya diadakan pula perbahasan berhubung RUU persaraan hakim. Cukup lama masa yang diberikan dan sidang pun tamat pada jam 5.30 petang. Perbahasan RUU persaraan hakim diteruskan untuk hari keduanya. Apalah masalahnya sekiranya perbahasan RUU GST dip...

MH370: Kesilapan Kritikal Yang Masih Tiada Penjelasan

Sambil kita terus mendoakan usaha mencari dan menyelamat MH370 mencapai kejayaan, kita perlu juga memahami dan mengakui kelemahan yang telah jelas terserlah melalui tragedi ini. Kelemahan ini, samada kita akui atau tidak, sebenarnya diketahui umum, lebih-lebih lagi masyarakat antarabangsa yang tidak dikongkong pemahaman mereka oleh media pro-kerajaan dan pengampu seperti di Malaysia. Oleh itu, pengakuan terhadap kelemahan ini akan dilihat sebagai sebahagian dari keikhlasan dan sikap bertanggung-jawab; sambil berdolak-dalih menafikan adanya kelemahan akan dilihat sebagai usaha menipu dan lepas tangan. Kalau masih ada yang ingin menafikan adanya kelemahan, marilah kita turuti tragedi MH370 dengan lebih terperinci.