Saya memerhati dengan penuh minat, kata-kata yang dilemparkan terhadap diri saya oleh UMNO/BN serta penyokongnya terhadap ucapan saya di Stadium Kajang pada malam 21 Mac yang lalu. Ada yang menuduh saya ‘cemburu’, ‘iri hati’, ‘hati berpenyakit’ dan lain-lain. Kata-kata saya turut digambarkan sebagai ‘mempertikaikan’ dan ‘perlekeh’ majlis Selawat Perdana tersebut. Program Selawat Perdana ini telah diadakan di Putrajaya pada malam yang sama saya berucap di Stadium Kajang.
Dalam ucapan saya, saya sekadar menyebut, “Mahu berselawat kepada Nabi memang digalakkan dan baik tetapi tidak memadai dengan hanya menyatakan kasih kepada rasul tetapi pada masa sama mempertahankan pemerintahan yang zalim, rasuah dan korup.” Alhamdulillah, petikan dari ucapan saya ini telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia secara tepat.
Walaubagaimanapun, saya tidak nampak di mana dalam kenyataan saya, seperti yang dipetik oleh Utusan sendiri, saya menzahirkan sikap ‘cemburu, iri hati atau hati berpenyakit’ seperti didakwa mereka. Tidak juga saya nampak aspek di mana kenyataan saya ‘pertikai dan perlekeh’ program tersebut. Malahan kenyataan saya menyatakan dengan jelas bahawa “selawat itu digalakkan dan baik”. Hanya saya perjelaskan lagi bahawa selawat itu sahaja tidak memadai. Saya sebut bahawa kalau seseorang itu benar-benar kasih pada Nabi, maka dia tidak akan mempertahankan pemerintahan yang zalim, rasuah dan korup.
Penolakan terhadap pemerintah yang zalim bukan saya pandai-pandai reka sendiri. Ianya sesuatu yang disebut Rasulullah (SAW) sendiri seperti petikan dari hadis yang diriwayatkan Tirmidhi dan Ibn Majah dari Ibnu Umar yang yang bermaksud,
Sekiranya tidak, maka ucapan selawat yang diucapkan adalah sama nilainya dengan ucapan “Allahu Akbar” yang dilaungkan bomoh 1 Malaysia di KLIA! Apa makna mengakui kebesaran Allah dengan melaungkan “Allahu Akbar”, tetapi tetap mengamalkan khurafat dan syirik? Maka begitu juga, apa makna berselawat, menzahirkan ‘cinta’ kepada Rasulullah, tetapi terus dengan amalan yang dikutuk Rasulullah sendiri?
Atau adakah ada yang mempertikaikan ucapan saya kerana ingin ummat Islam mempertahankan pemerintah yang penipu dan bersikap zalim? Maka oleh itu mereka menganggap ucapan saya tidak betul kerana sudah cukup dengan berselawat dan berqasidah? Mungkin mereka sedar bahawa sifat penipu dan zalim itu ada pada pemerintah yang sediada dan oleh itu begitu tidak senang dengan kenyataan berkenaan. Adakah mereka ingin ummat Islam berselawat dan berqasidah tetapi jangan sekali-kali mempertikaikan penipuan dan kezaliman yang dilakukan? Sekiranya itulah harapannya, maka amat jelas sekali ianya bercanggah dengan pesanan Rasulullah (SAW). Bagi saya, biarlah kasih terhadap Rasulullah (SAW) membawa ummat Islam kepada suatu sikap yang tegas dalam persoalan pemerintahan. Dengan itu dan hanya dengan itu akan kehebatan ummat Islam sebagai ummat yang memperjuangan keadilan dan kebenaran seperti pada zaman Rasulullah akan terserlah kembali.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

“Akan ada selepas saya, pemerintah, sesiapa yang masuk bersama mereka dan mengiyakan penipuan mereka dan membantu mereka atas kezaliman mereka, maka dia bukan dari saya dan saya bukan darinya”Jelas dari hadis ini bahawa Rasulullah (SAW) tidak mengaku sebagai pengikutnya mereka yang bersekongkol dengan pemerintah yang penipu dan zalim. Mereka yang mengiyakan penipuan pemerintah dan membantu pemerintah dalam menzalimi rakyat ditolak Rasulullah. Penipuan dan kezaliman termasuklah dalam ungkapan “zalim, rasuah dan korup” seperti yang saya sebut dalam ucapan saya. Maka apakah yang menjadi bahan pertikaian mereka terhadap ucapan saya? Sekiranya difahami maksud hadis ini, sudah pasti seorang muslim akan mengakui bahawa sekadar selawat sahaja tidak akan memadai. Ummat Islam perlu juga menjauhkan diri kita dari pemerintah yang menipu dan menzalimi rakyat. Maka sudah tentu juga perlu ditarik sokongan terhadap pemerintah yang sebegini.
Sekiranya tidak, maka ucapan selawat yang diucapkan adalah sama nilainya dengan ucapan “Allahu Akbar” yang dilaungkan bomoh 1 Malaysia di KLIA! Apa makna mengakui kebesaran Allah dengan melaungkan “Allahu Akbar”, tetapi tetap mengamalkan khurafat dan syirik? Maka begitu juga, apa makna berselawat, menzahirkan ‘cinta’ kepada Rasulullah, tetapi terus dengan amalan yang dikutuk Rasulullah sendiri?
Atau adakah ada yang mempertikaikan ucapan saya kerana ingin ummat Islam mempertahankan pemerintah yang penipu dan bersikap zalim? Maka oleh itu mereka menganggap ucapan saya tidak betul kerana sudah cukup dengan berselawat dan berqasidah? Mungkin mereka sedar bahawa sifat penipu dan zalim itu ada pada pemerintah yang sediada dan oleh itu begitu tidak senang dengan kenyataan berkenaan. Adakah mereka ingin ummat Islam berselawat dan berqasidah tetapi jangan sekali-kali mempertikaikan penipuan dan kezaliman yang dilakukan? Sekiranya itulah harapannya, maka amat jelas sekali ianya bercanggah dengan pesanan Rasulullah (SAW). Bagi saya, biarlah kasih terhadap Rasulullah (SAW) membawa ummat Islam kepada suatu sikap yang tegas dalam persoalan pemerintahan. Dengan itu dan hanya dengan itu akan kehebatan ummat Islam sebagai ummat yang memperjuangan keadilan dan kebenaran seperti pada zaman Rasulullah akan terserlah kembali.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
Indirectly, your opponent has provided to you their weaknesses i.e. "cemburu, iri hati atau hati berpenyakit."
You only need to listen and not just watch (memerhati) in order to beat your opponent.
Padahal, tuduhan zalim, rasuah dan korup adalah subjektif. Kalau ditanya pengikut BN, mereka pun akan kata kerajaan PR juga zalim, korup dan rasuah. Jadi bagi pengikut BN, kerajaan PR juga harus ditolak kerana ia sebuah kerajaan yang zalim, korup dan rasuah.
Isu tuduhan pada satu pihak ni bukan isu yang baru. Bagi puak khawarij, mereka menuduh Ali r.a sebagai tidak berhukum dengan hukum Allah lalu mereka membunuh beliau. Bagi Khawarij, mereka juga boleh berkata mengapa berselawat pada Nabi S.A.W. padahal menyokong orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah.
Sama juga hari ini, YB khalid menuduh satu pihak sebagai zalim, korup dan rasuah.
Cuma satu perkara saja yang saya teringin sangat tahu. YB dulu pi belajar di UK, siapa sponsor? Jangan cakap yang anda ni disponsor oleh orang yang anda tuduh zalim, korup dan rasuah.
Kamu bodoh bila kamu kata YB cemburu...haha
Sebaliknya awak menimbul dan menambah dan memanjang isu seperti Khawarij bunuh Ali. Apahal dengan kamu ni? Sampai bila kamu nak buang masa kamu mengejar perkara2 subjektif? Sampai ketahap apa yang kamu nak hambat?
YB dah ulas apa yang dimaksudkan dengan ucapan beliau.
Ini kes macam Najib cakap rakyat ptt berterima kasih kpd BN sbb bg BR1M as if pemimpin2 BN yg keluarkan duit mereka sendiri...sedangkan duit tu bukan duit BN...duit rakyat maa...