Skip to main content

Menjawab Tulisan Grand Marquis

Saya membaca tulisan Grand Marquis dan saya tersenyum lebar atas sebab peliknya segala hujjahnya. Asalnya saya rasa saya tidak perlu jawab. Tetapi oleh kerana dia telah bersusah payah menulisnya dan mungkin ada juga yang berfikiran sepertinya, maka saya membuat keputusan untuk menjawabnya juga. Tulisannya dan respon saya disertakan di sini sebagai rujukan. Saya jawab hanya apa yang saya rasa perlu.
“Adalah satu kebodohan untuk YB berhujah dengan panjang lebar dalam isu ini. Apa yang YB cuba nak capai akhirnya? Supaya pihak Kristian bebas menggunakan kalimah Allah di merata-rat tempat di Malaysia dan supaya terpampang perkataan Isa anak Allah di papan tanda jalanan?”

Adalah jelas di sini yang menzahirkan kebodohan adalah si Grand Marquis (pelik namanya kan?). Siapa pula berhujjah berhubung isu terpampangnya perkataan Isa anak Allah di papan tanda jalanan? Itu soal lain. Ini soal hukum samada orang bukan Islam boleh gunakan perkataan Allah di kalangan mereka, termasuk di dalam Bible dan risalah mereka atau sebaliknya.
“Dalam isu kalimah Allah, setiap pihak mempunyai hujahnya dan adalah sukar untuk kita memberikan kata putus dalam isu yang begitu longar.”

Disebabkan sukar untuk kamu faham untuk memberikan kata putus maka sebenarnya kamu tidak tahulah? Kalau tidak tahu ingin campur buat apa?
“Walaubagaimanapun, sekiranya kita mahu berhujah, kita pun ada hujah-hujah yang boleh menunjukan bahawa hujah YB sebenarnya adalah lemah dan berdasarkan intepretasi yang tidak menyeluruh.

Umpamanya YB mendakwa orang bukan Islam zaman sebelum dan selepas Nabi S.A.W. turut menggunakan nama Allah dan ia tidak ditentang. Tetapi bagi yang mengetahui sirah, kita tahu orang Musyrikin asalnya beragama Nabi Ibrahim a.s. dan menyembah Allah. Tetapi agama Nabi Ibrahim telah dipesongkan dan digantikan dengan penyembahan berhala. Walaubagaimanapun, sebahagian dari agama Nabi Ibrahim a.s tetap kekal dibumi Arab. Walaupun mereka menyembah berhala, kita tidak pernah dengar orang musyrikin menamakan patung sembahan mereka dengan nama Allah. Sebabnya ialah orang musyrikin sedia memahami bahawa Allah itu bukan seperti patung sembahan mereka dan Allah itu bukan patung sembahan mereka. Hakikatnya ialah mereka tetap mengesakan Allah sebagai mana dalam ayat-ayat al-Quran yang mana jika ditanya mereka siapakah yang memberi rezeki, mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan, mereka akan jawab Allah (sila lihat Yunus [10.31], Al-Ankabuut [29.63] dan Az-Zukhruf [43.87]). Hakikat apa yang dilakukan oleh orang Kristian hari ini adalah bertentangan dengan tindakan orang musyrikin kerana mereka cuba menamakan sembahan mereka yang syirik (3 dalam 1) dengan nama Allah. Ia umpama orang musyrik yang cuba menamakan patung mereka dengan nama Allah. Apakah YB tidak tahu bahawa bila Kaabah rosak akibat banjir, orang Musyrik membinanya semula dengan duit yang HALAL sebab mereka tahu Allah S.W.T. tidak redha dengan sumber yang haram untuk membina Baitullah. Oleh itu mungkin kalau ada orang musyrik yang berani menamakan patung mereka dengan nama Allah, beliau akan dibunuh, bukan oleh orang Islam, tapi oleh orang musyrik sendiri kerana cuba menamakan Allah kepada apa yang tidak berhak untuk dinamakan kepadaNya.”

Pening saya. Orang musyrikin Mekah ‘mengesakan Allah’? Kalau begitu, dinamakan ‘musyrikin’ tu mengapa? Bertambah pening. ‘Musyrikin’ maknanya orang yang mensyirikkin Allah. Mengatakan ada tuhan selain Allah. Macam mana dikatakan diEsakan Allah sambil mereka mensyirikkan Allah? Mengesakan Allah maknanya menyatakan tiada tuhan selain Allah, iaitu tidak mensyirikkan Allah.

Inilah yang saya selalu namakan sebagai merapu kelas satu. Tetapi tidak mengapalah. Untuk pendekkan cerita, pokoknya GM mengakui dan bersetuju, orang musyrikin Mekah gunakan kalimah Allah dan Nabi SAW tidak menghalang. Itulah pointnya! Musyrikin ini bukan Islam. Atau GM anggap musyrikin Mekah ni orang Islam kerana ‘mengesakan’ Allah sambil mensyirikkanNya? Aduhai... Noh Omar pun boleh pening dengan hujjah kamu.

Lepas tu digambarkan pula musyrikin Mekah pengikut Nabi Ibrahim! Dan seolah-olah musyrikin ni lebih dekat dengan Islam berbanding Kristian yang Allah gelar ‘ahlul-kitab’. Eh, kamu mengaji di mana ni? Kristian bukan sekadar percaya pada Nabi Ibrahimlah GM, tetapi mereka percaya pada semua nabi yang ummat Islam percaya dan kitab yang dipercayai kecuali Nabi Muhammad dan Al-Quran. Golongan ini lebih rapat dengan Islam berbanding musyrikin. Alaahai ini pun tidak tahu mahu berhujjah panjang lebar?

Musyrikin Mekah juga percaya bahawa Allah ada anak. Cuba baca Surah As-Saffat 149 ke 158 mengenai kepercayaan karut Musyrikin Mekah. Jauh lagi teruk. Sehingga dikatakan malaikat adalah anak perempuan Allah dan Allah bersaudara dengan Jin! Inikah yang dikatakan ‘mengesakan’ Allah?

Soal gunakan duit ‘bersih’ untuk memperbaiki kaabah tu sama macam pemikiran sebahagian orang Islam sekarang. Duit kotor jangan beli makanan, jangan guna untuk haji dan umrah dan sebagainya, tapi duit kotor itu tetap ambil juga. Itulah sebabnya mereka terlibat dalam rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, judi dan lain-lain.

“Dalam persoalan akidah pula, apakah mengatakan Allah itu ada anak bukan persoalan akidah? Tapi ia bergantung pada interpretasi menurut keadaan dan tempat seseorang. Umpama sekiranya seorang Islam memakai bikini di Bondi beach di Australia, ia bukan dikira persoalan moral di sana, tetapi ia tetap persoalan moral bagi kita selagi akidah kita ini Islam. Cuma kita tidak boleh buat apa-apa tindakan sebab ia bukan kawasan kita. Tapi bila di buat di Malaysia atau Arab Saudi, ia adalah permasalahan moral yang serius dan boleh dikenakan tindakan. Sebabnya ialah intepretasi moral itu berbeza di Malaysia dan Australia dan kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan juga berbeza. Sama juga dalam isu nama Allah dan persoalan akidah. Harus diingat Malaysia ialah sebuah Negara yang mana agama persekutuan adalah Islam. Sebagai seorang Islam, kita percaya Allah itu tidak beranak dan diperanakkan. Oleh itu dalam rumah kita, kita menetapkan Allah itu esa, tidak beranak dan diperanakan. Tiba-tiba ada orang kafir masuk rumah kita dan ingin mengatakan Allah itu ada anak. Dia nak kata apa itu hak dia, tapi bila dia nak perkatakan perkara tersebut di rumah kita dan meminta kita untuk mengiakan kata-katanya, sebagai seorang Islam, kalau kita kata YA, kita sememangnya ada permasalahan akidah. Isu sekarang ialah mereka mahu gunakan nama Allah dalam bentuk 3 dalam 1 dan meminta kita untuk mengiakan tidakan mereka. Apakah ini bukan masalah akidah? Selama ini pun kita tidak pernah menghalang mereka dalam ucapan mereka, tapi apabila mereka meminta perbuatan mereka ini diiktiraf undang-undang, ia umpama menyuruh kita mengatakan YA dalam membenarkan perbuatan mereka. Apakah ini bukan persoalan akidah? Mereka nak kata Allah 3 dalam 1 memang bukan persoalan akidah bagi kita, tapi untuk kita orang Islam MENGIKTIRAF perbuatan mereka dalam keadaan yang mana kita orang Islam menguasai kerajaan persekutuan dan negeri, sememangnya orang Islam yang diberikan kuasa itu ada masalah akidah.”

Apa yang merapu hingga bab Bondi beach pula ni? Itu soal amalan di khalayak ramai yang bersesuaian dengan norma sesuatu masyarakat. Ini soal kepercayaan sesuatu agama atau aqeedah. Betullah ianya soal aqeedah. Aqeedah mereka! Itu yang saya sebut pendekatan dan pendirian Rasulullah (SAW) terhadap persoalan ini ialah “lakum diinukum waliyadiin” dan terus menjelaskan yang sebenarnya. Tidak bererti bersetuju, tetapi itu agama mereka. Kalau datang orang bukan Islam ke rumah, GM ingin macam mana? Mereka perlu kata Allah itu Esa dan Muhammad Rasulullah? Perlu masuk Islam kalau tidak maka dianggap mengiktiraf kekufuran?

Kamu ni merapu tidak sedar dirikah? Di atas kamu akui musyrikin Mekah guna kalimah Allah, kemudian kamu kata kalau dibenarkan maka iktiraf. Maksud kamu Nabi iktiraf?

Tiada siapa yang suruh kata ‘Ya, saya setuju’. Ummat Islam hanya amalkan apa yang diamalkan Rasulullah (SAW) iaitu “Lakum diinukum waliyadiin”. Namun persoalan menyebar agama mereka kepada orang Islam tetap dihalang sepertimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan.

Rasa saya kamu perlu duduk diam sebulan dan fikir betul-betul apa yang kamu katakan. Lepas itu cuba jawab “Kalau tidak boleh orang bukan Islam gunakan kalimah Allah, kenapa Rasulullah tidak halang?”
“Apa pun, ini hanya contoh-contoh hujah saja dan kalau kita mahu memperdebatkan isu ini. Kalau kita menilai dengan akal yang waras tanpa kepentingan, kita akan tahu bahawa hujah YB juga adalah lemah dan boleh dipertikaikan.”

Hujjah saya yang ‘lemah’ sampai sekarang tidak dijawab. Hujjahnya ialah sebelum, semasa dan selepas zaman Nabi, orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, ada yang kata Allah ada sekutu, ada anak dan lain lagi, tapi mengapa Rasulullah (SAW) tidak larang? Hanya menjelaskan kepada mereka bahawa tanggapan dan fahaman mereka terhadap Allah salah dan diperbetulkan Baginda.

“Cuma dalam hal ini, apa yang ingin saya bangkitkan ialah kenapa kita ni nak berlebih-lebih dalam menjuarai isu yang tidak membawa manfaat, malah mungkin merugikan kita. Isu kalimah Allah di semenanjung adalah jelas satu bentuk provokasi sengaja dari satu pihak Kristian yang sengaja mahu mencabar perlembagaan persekutuan yang selama ini dilihat memihak pada Islam. Mungkin kerana kebelakangan ini puak mereka mendapat sedikit kekuatan politik, mereka seperti sengaja mahu mencabar dan merubah struktur di negara ini supaya mereka mendapat lebih daripada apa yang mereka perolehi selama ini. Natijah mereka ialah segala status quo yang melibatkan orang Islam harus dicabar.

Harus YB ingat, dalam tuntutan IFC, perkara 9 dalam tuntutan mereka ialah supaya orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya. Sekiranya tuntutan mereka ini berjaya, maka, tuntutan lain akan menyusul. Apakah YB mahu supaya seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam? Atau orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang? Atau orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang?

Apa yang kita lihat ialah tindakan mereka ini adalah satu bentuk provokasi untuk mencapai satu agenda yang lebih besar. Mereka bukan berminat sangat pun nak guna nama Allah. Ramai yang bising-bising tu, nak sebut Allah dengan lam tebal pun tak boleh. Mereka pun bukan percaya sangat orang Islam akan jadi Kristian kalau mereka guna nama Allah (walaupun salah satu teknik dakyah mereka ialah kontextualisasi istilah agama). Mereka cuma mahu provokasi saja pada segala status quo orang Islam di negara ini. Kalau runtuh satu status quo, maka yang lain pun boleh diruntuhkan. Akhirnya 14 tuntutan IFC akan terlaksana.

Malangnya, yang menjadi dalang dalam membantu usaha mereka tak lain tak bukan adalah orang Islam sendiri. Dalam sesetengah perkara, adakalanya berdiam diri itu lebih banyak manfaat daripada cuba menjadi hero dengan tidak kena pada tempatnya. Mungkin benar, isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam masih boleh diperdebatkan, tetapi kenapa kita perlu menjadi hero untuk memperdebatkan isu ini bagi pihak mereka. Mereka yang membuat tuntutan, biarlah mereka yang keluarkan hujah. Kenapa kita mahu melebih-lebih bagi pihak mereka. Inilah yang kita katakan kepandaian yang tidak kena pada tempat. Macam resmi tok kaduk, menang sorak, kampong tergadai.”

Hmmm, GM meneruskan kemerapuannya lagi. Yang ingin di atasi ialah masalah penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Maka saya syorkan digunakan kaedah yang digunakan Rasulullah (SAW) dan para sahabat. Sambil dihalang penyebaran agama mereka pada orang Islam, seperti pada zaman Umar Al-Khattab, dijelaskan kepada mereka apa itu Islam. Termasuk konsep ketuhanan dalam Islam dan Allah. Dalam keadaan itu, lebih mudah sekiranya mereka gunakan kalimah ‘Allah’ juga apabila merujuk kepada Tuhan pencipta alam.

Dikatakan orang Kristian provok orang Islam. Mereka pula katakan sebaliknya! Hakikatnya ummat Islam yang membuat undang-undang yang mencampuri urusan agama mereka. Mereka menuntut supaya mereka dibenarkan mengamalkan agama mereka mengikut kehendak mereka. Maka siapa yang cabar siapa?

Sebenarnya, masalah dengan orang seperti GM ialah mereka yakin Kristian mampu mempengaruhi orang Islam tetapi tidak yakin sebaliknya. Sedangkan Kristian hanya 9% dari rakyat Malaysia. Atau GM menganggap Islam tidak perlu disampaikan kepada yang bukan Islam oleh kerana Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam? Maka yang perlu Islam sudah pun Islam dan usaha dakwah tidak lagi perlu pada yang bukan Melayu/Islam?

Kurang keyakinan diri orang Islam terhadap kemampuan agama Islam menawan hati manusia adalah hasil dari hidup di bawah kepimpinan UMNO. UMNO memberikan gambaran orang Melayu dan agama Islam sedang dicabar dan diasak oleh kaum dan agama lain dan hanya berjaya diselamatkan oleh kerana kekuatan UMNO! Oleh itu kekuatan Islam sebagai agama sebenar dan orang Melayu sebagai bangsa yang berkemampuan tinggi ditengelamkan dan diberikan kredit kepada pertahanan perundangan yang dilaksanakan oleh UMNO. Tanpanya Melayu dan Islam akan hancur berkecai.

Oleh itu, apabila GM mula merapu mengenai IFC, cabar perlembagaan dan sebagainya yang tidak ada kena mengena dengan perbincangan, maka masyarakat umum perlu faham mentaliti ‘defeatist’ dan ketakutan yang ada pada orang seperti GM. GM tidak yakin dengan kemampuan Islam dan orang Melayu. Dia juga tidak nampak kemungkinan Islam menawan hati semua dan Melayu berdikari tanpa UMNO. Yang diyakini ialah tanpa UMNO maka Kristian akan menawan rakyat Malaysia termasuk yang Melayu.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

tzmr said…
betapa susahnya GM berhujah di atas kapasiti pemikiran dan persepsi di hujah kembali dgn mudah ringkas atas keyakinan nilai2 keagungan Islam.
Tulang Besi said…
Grand Marquis ni bodoh sombong
Unknown said…
GM mewakili sebilangan besar masyarakat Islam yang dimomokkan oleh sentimen rasis secara halus oleh UMNO.

Mereka ini bagi saya adalah golongan yang walaupun cakna dalam sosio-polotik tetapi jauh dalam lubuk hati masih ada rasa takut kepada ancaman yang tak berasas ini hasil 'brainwash' selama ini tanpa sandaran agama yang tepat & kritis.

Tahniah kepada UMNO yang mencorakkan pemikiran masyarakat hingga haru biru dibuatnya.
Anonymous said…
Salam,

Menjawab semula YB Khalid Samad

Terma kasih kepada YB Khalid yang sudi menjawab dengan panjang lebar. Bukan senang seorang YB sudi meluangkan masa untuk menjawab komen dari pengunjung biasa seperti saya.

Apa bila saya membaca komen-komen orang tentang debat YB dengan YB Noh, satu sahaja perkara yang sering mereka utarakan, iaitu YB ni nampak amat angkuh. Dalam tulisan YB sendiri pun sama. Apa yang kita lihat ialah sikit sikit YB akan kata ini merapu, itu pening, ini bodoh, itu kamu tak tau, tak sedar diri, bla bla bla. Macam satu trade mark yang mana bila berbincang mesti kata orang lain dengan gelaran tertentu. Selalunya ia dibuat oleh orang yang rasa tercabar lalu dia gunakan panggilan-panggilan ini untuk menampakkan seolah-olah dirinya bijak dan orang yang cuba dijawab itu bodoh. Apa pun, terpulanglah, orang yang baca boleh menilai. Apa pun, kembali kepada isu sebenar.

Isu Pertama: Orang musyrik mengesakan Allah.

Mungkin penggunaan perkataan esa tidak sesuai kerana orang yang tidak memahami secara sepenuh mungkin akan salah sangka, macam YB sendiri. Apakah tarifan esa? Para ulama mentafsirkan pengesaan Allah dalam 3 bentuk, iaitu tauhid Rububiah, tauhid Uluhiyah dan tauhid Asma-Wal-Sifat. Orang musyrik mensyrikkan Allah dalam bab uluhiyah manakala dalam bab Rububiah mereka masih mengesakan Allah (seperti ayat-ayat yang sering dikemukan). Tetapi YB Khalid nampaknya main bungkus semua lalu mendakwa pening. Mungkin YB mendalami pengajian sikit maka tak pening. Saya yakin YB tahu benda ni, kalau tidak tak lah YB sibuk mencabar fatwa ulama PAS dan Jakim.

Isu Kedua: Orang Musyrik pengikut agama Nabi Ibrahim a.s.

YB perlu baca betul-betul apa yang ditulis. Yang ditulis ialah Musyrikin asalnya beragama Nabi Ibrahim a.s. dan menyembah Allah, bukannya kita kata orang Musyrikin pengikut agama Nabi Ibrahim a.s. Kalau ikut stail YB, akan keluar segala gelaran bodoh, tak tau baca, BM tak pass bla bla bla.

Persoalan sekarang ialah apakah YB nak nafikan agama Nabi Ibrahim telah bertapak di bumi Arab sebelum orang Arab menjadi musyrik? Macam mana orang Arab boleh tau perkataan Allah? Macam mana boleh ada Baitullah (rumah Allah) di Mekah dan orang Arab bertawaf keliling Kaabah walaupun sebelum kedatangan Islam? Mana orang Musyrik belajar untuk tawaf Kaabah? Mereka ini cipta sendiri ka atau ia belajar dari orang Kristian ka atau kesan dari peninggalan agama Nabi Ibrahim? Cuba YB bagi pencerahan sikit.

YB memandai-mandai membuat konklusi yang saya menggambarkan orang musyrik lebih dekat dengan orang Kristian. Ini dikatakan putting words in other mouth, satu tindakan yang tidak beretika dalam perdebatan. Kemudian macam biasa lah, keluar segala gelaran. Nampaknya YB lebih pandai bagi gelaran pada orang dari menjawab isu. Isu sebenar tidak dijawab dengan teliti melainkan memberikan gambaran samar-samar seolah-olah orang lain tak tau, kemudian bagi gelaran macam macam.

Dari awal lagi saya sudah menjangka YB akan gunakan ayat As-Saffat 149 untuk mengatakan orang musyrik pun ada kata Allah punya anak. Dalam hal ini saya tak mau pandai-pandai tafsir, tapi kalau kita baca ayat ini, kita akan tahu, isu dalam Ayat ini adalah menyandarkan apa yang mereka tidak suka (anak Perempuan) pada Allah sendangkan apa yang mereka suka (anak Lelaki) pada diri mereka sendiri. Tetapi kita tidak pernah dengar orang musyrik menyembah Anak Tuhan sebagaimana orang Kristian menyembah anak tuhan.

Cuma Satu perkara yang YB tidak menjawab ialah kenapa orang Musyrik itu tidak menamakan patung mereka dengan Allah sebagaimana orang Kristian Malaysia mahu menamakan sembahan mereka dengan nama Allah?
Anonymous said…
Isu Ketiga: Orang Kristian lagin dekat dengan orang Islam.

Tidak ada siapa pun menafikan perkara ini (YB jangan cepat membuat kesimpulan yang orang lain tak tau. Ini angkuh namanya). Tapi kita bukan bincang Kristian zaman nabi ataupun orang Kristian Arab. Kita bincang Kristian Pope di Rome dan Kristian mata sepet di Negara ini.

Kristian Pope di Rome enggan menggunakan nama Allah walaupun sedang berucap kepada Kristian Arab. Baca betul betul artikel ini. Mereka membetulkan orang yang mengatakan al Rabb itu Allah dengan mengatakan Al-Rabb is NOT ALLAH! Lihat sahaja kebencian mereka terhadap apa apa yang mempunyai kaitan dengan perkataan Allah. Disatu sudut pula ada Kristian mata sepet yang tak tak pernah sebut Allah dalam hidup mereka dan sebut pun pelat tetapi tiba-tiba bangun pagi dan nak kata Allah itu nama tuhan mereka. Get you fact right. Sebelum PRU 12 tidak pernah timbul isu ini, malah di Pulau Pinang, larangan itu di wartakan pada tahun 2010 semasa pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan kita tidak mendengar apa-apa bantahan pun. Jadi kenapa tiba-tiba isu ini timbul?

Apa kesimpulan dari isu ini? Kesimpulannya ialah isu nama Allah ini adalah satu provokasi sengaja dari pihak Kristian di Malaysia. Ia tiada kena mengena dengan teologi mereka. YB kata lakum dinukum wa li ya deen, tapi isu ini bukan lakum dinukum wa li ya deen. Sebaliknya ia adalah agenda halus untuk mencapai hasrat IFC.

Isu yang dibincangkan (termasuk dalam debat dengan YB Noh) adalah isu perundangan, tempatan dan tiada kena mengena dengan teologi. Sebaliknya YB lebih minat kepada teologi dan tak habis-habis mahu keluarkan fatwa, mencabar fatwa majlis syura PAS dan juga majlis fatwa kebangsaan. Itulah sebabnya saya katakan kalau nak bincang bab teologi, ia amat longar, dan tak kesudahnya. Cuma antara fatwa Khalid Samad dan ulama PAS, siapa kita nak ikut? Tepuk dada tanya kredibiliti.

Isu Keempat: Bondi Beach

Apakah norma masyarakan di Malaysia dari merdeka sampai sebelum PRU 12? Normanya disemenanjung orang Kristian sebut nama Allah Ka? Merata-rata kita lihat gereja Allah, Isa anak Allah ka? Nampaknya YB sendiri kontradik hujah norma masyarakat yang YB gunakan. YB kata itu soal aqeedah mereka, tetapi kita dah tunjuk bahawa Aqeedah Pope besar mereka ialah enggan mengakui al Rabb itu ialah Allah. Bukankah tindakan mereka ini jelas melanggar norma masyarakat di Malaysia? Dan sebagai pemimpin orang Islam, kenapa YB lebih-lebih nak membantu mereka melanggar norma masyarakat Malaysia? Ini umpama ada orang nak topless di pantai Malaysia macam dia nak buat di Bondi beach dan YB pula beria-ia nak sokong dia atas alasan la kum di nukum wa li ya deen. Itu lah orang kata kepandaian tak kena tempat.

YB tanya kalau orang bukan Islam datang rumah kita macam mana. Kita jawab ia bergantung pada peraturan rumah kita. Kalau peraturan dah sedia ada kata kalau nak guna nama Allah guna dalam bentuk yang betul dan tiba-tiba mereka nak suruh kita iktiraf salah guna mereka, kalau kita benarkan maka kita telah membuka ruang kepada satu kerosakan.

YB pandai menggunakan konteks Nabi untuk lihat kuat hujah, tetapi situasi di zaman Nabi S.A.W. berbeza dengan apa yang ada hari ini. Di zaman nabi S.A.W., orang Islam lelaki boleh kahwin dengan perempuan ahli kitab. Sekarang ini di Malaysia tak iktiraf. Jadi apakah semua negara Islam yang menghalang orang Islam kahwin ahli kitab ini salah kerana Nabi S.A.W. tidak halang? Inilah yang kita katakan menggunakan contoh yang tidak menepati waqi. Mungkin YB juga boleh minta kerajaan benarkan orang Islam kahwin dengan ahli kitab sebagaimana YB beria-ia mahu orang Islam benarkan orang Kristian guna kalimah Allah. Lagi pun Theresa Kok dan Elizberth Wong masih single.
Anonymous said…
Isu Kelima: penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam

YB syorkan “Maka saya syorkan digunakan kaedah yang digunakan Rasulullah (SAW) dan para sahabat. Sambil dihalang penyebaran agama mereka pada orang Islam, seperti pada zaman Umar Al-Khattab, dijelaskan kepada mereka apa itu Islam. Termasuk konsep ketuhanan dalam Islam dan Allah. Dalam keadaan itu, lebih mudah sekiranya mereka gunakan kalimah ‘Allah’ juga apabila merujuk kepada Tuhan pencipta alam.”

Disini saya nak tanya YB, adakah Nabi S.A.W. menghalang orang bukan Islam dari menyebarkan agama mereka pada orang Islam? Jadi apakah tindakan Umar r.a. itu salah sebab beliau buat sesuatu yang Nabi S.A.W. tak buat? Kalau tindakan Umar itu tidak salah, maknanya YB kontradik hujah sendiri.

Apakah YB rasa orang lain tak terangkan Islam dan konsep ketuhanan dalam Islam pada orang bukan Islam bila mereka tak bagi orang bukan Islam guna nama Allah? Adakah semestinya nak guna nama Allah baru di kira kita terangkan? Inilah yang kita kata syok sendiri kerana merasa hanya diri sendiri yang menjuarai sesuatu perkara.

Apa yang YB syorkan adalah pendapat YB semata-mata sedangkan orang lain pun ada pendapat sendiri. Misalnya sekiranya kita bezakan antara Allah orang Islam dan agama lain, mungkin akan timbul minat untuk mengetahui, apakah beza Allah Islam dan yang lain. Kalau Allah Islam dan Allah Kristian sama (dari segi nama), maka orang bukan Islam akan kata semua agama sama, masuk Kristian pun sembah Allah, masuk Islam pun sembah Allah. Tapi masuk Kristian boleh minum arak, makan khinzir, pakai seksi. Masuk Islam tak boleh. Jadi siapa yang rugi di sini? Malahan di negara barat yang mana orang Kristian tidak gunakan nama Allah, Islam berkembang dengan sangat pesat sehingga dikatakan sebagai fastest growing religion. Tetapi di Indonesia, walaupun orang Kristian gunakan Allah secara meluas, tetapi statistik menunjukkan Islam makin menguncup dan Kristian makin berkembang.

Isu Keenam: Orang Kristian provok orang Islam dan mereka kata sebaliknya

Jadi siapa provoke siapa? YB kata kita mencampuri urusan agama mereka , tapi kita buktikan bahawa nama Allah itu bukan urusan agama mereka sehinggakan ketua agama mereka pun enggan menggunakan Allah dalam Bahasa arab. Dikalangan mereka pun berbalah dalam isu ini malah ada yang mendakwa orang Kristian yang menyembah Allah sebagai sesat, Allah sebagai Moon God, Pagan God dan bermacam macam lagi. Kalau ia urusan agama mereka, YB perlu buktikan dulu bahawa tanpa menggunakan nama Allah, agama Kristian itu tidak lengkap. Apa yang ditunjukkan YB adalah YB sengaja mencari-cari alasan untuk menghalalkan tindakan mereka. Itu saja. Apa yang saya lihat adalah sebaliknya, iaitu tindakan orang Kristian cuba mencampuri urusan orang Islam kerana tidak semena-mena mahu menggunakan nama Allah yang selama ini mereka tidak gunakan untuk disandarkan pada nama tuhan mereka. Ini yang kita katakan provokasi. Lagipun undang-undang yang diwartakan, malah di Penang pada tahun 2010 adalah diatas kehadiran mereka dan mereka tidak membantah. Tapi tiba-tiba, bila mereka ada kuasa politik sikit, mereka membantah. Jadi siapa provoke siapa?
Anonymous said…
Isu Ketujuh: Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam

YB nampaknya tak boleh berhenti dari “putting words in others mouth”. Ini petanda orang yang cetek dalam berhujah. Oleh kerana tidak dapat mengeluarkan hujah secara jelas, cara mudah yang menyandarkan satu kelemahan pada orang yang dituju lalu gunakan isu itu untuk menguatkan hujah sendiri. Tidak hairan mengapa YB kalah kena saman rabak rabak hari tu sebab terlalu gemar putting words in others mouth.

Adakah kita takut orang Kristian pengaruhi orang Islam sedangkan orang Kristian hanya 9% dari rakyat Malaysia? Tidak, yang kita takut ialah orang Islam yang 60% itu. YB sebagai orang berpengalaman dalam politik sepatutnya boleh lihat dengan lebih mendalam akan tujuan undang-undang tersebut. Kadang kadang tujuan undang-undang itu bukan untuk lindungi orang Islam sahaja, tetapi juga melindungi orang Kristian itu sendiri. Kalau tindakan orang Kristian yang 9% itu menyebabkan orang Melayu marah dan berlaku rusuhan, siapakah yang rugi? Oleh itu, YB jangan sempitkan pandangan hanya pada persoalan dakwaah, sebaliknya melihat kepada perlindungan terhadap puak 9% dari menjadi mangsa 60%.

Harus YB ingat, bukan semua orang berpeluang belajar sampai UK macam YB. Orang di kampung pemikiran mereka berbeza. Oleh itu, YB perlu lihat suatu isu dalam konteks yang lebih luas. Dan apa kena mengena isu nama Allah dengan Islam tidak perlu disampaikan? YB tak habis-habis bangkitkan isu yang tiada kena mengena lalu cuba disandarkan pada saya semata-mata YB mahu kelihatan hebat. Next time be a bit more professional in you debate.

Isu Kelapan: Nama Allah dan UMNO

Itulah masalah orang PAS dan PR. Apa-apa hal, mereka mahu kaitkan UMNO sedangkan isu ini tiada kena mengena dengan UMNO. Mungkin secara tidak langsung mereka terlibat kerana yang menjuarai isu ini adalah orang PR sendiri macam YB Khalid, walaupun pendirian PAS pun sama seperti UMNO, tapi UMNO tetap perlu di persalahkan.

Ramai orang yang tidak setuju pun undi PR dulu, malah bila Nik Aziz kata tak boleh guna nama Allah, berpusu-pusu penyokong PAS menyalak seolah-olah mereka itulah paling kedepan menjuarai isu nama Allah. Ini menunjukkan dalam hati banyak penyokong PAS sendiri pun tidak bersetuju dengan tindakan puak Kristian cuma mereka sembunyikan semata-mata kerana kepentingan poitik.

Isu Kesembilan: IFC

Apa yang merapu pasal IFC? Tidak kah YB sendiri boleh baca tuntutan Ke-9 mereka iaitu “ialah supaya orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya”. Bukankah ia suatu yang kena mengena? Sekiranya yang 9 terlaksana, maka yang lain akan menyusul. Itulah sebabnya saya kata ia adalah suatu provokasi semata-mata. Dan bukankah segala tuntutan IFC adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan isu perundangan sebagaimana asal tajuk debat ini? Jadi apa yang tak ada kena mengenanya?
Anonymous said…
Kesimpulan

Hujah YB saya lihat satu sahaja, iaitu beralasan kenapa Rasulullah S.A.W. tak halang dan kita nak halang. Kalau nak bincang bab tu susahlah sebab banyak hukum-hukum yang dilakukan hari ini berdasarkan waqi tempatan yang berbeza dengan zaman dan keadaan. Macam nak debat kenapa tak boleh kahwin ahli kitab. Kalau nak guna contoh zaman Nabi, memanglah YB menang. Theresa Kok dan Elizabeth Wong pun dah boleh jadi isteri solehah. Tapi menang itu menang yang syok sendiri sebab menang berhujah yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Kembali pada persoalan saya. Yang menuntuk nak guna kalimah Allah ini adalah puak Kristian, kenapa YB Khalid pula yang lebih-lebih nak berhujah dipihak mereka? Mereka yang tuntut, biarlah mereka yang keluarkan hujah. Tetapi bila ada orang Islam yang lebih sudu dari kuah, senanglah kerja puak kafir. Memang tindakan YB akan menjadikan diri YB popular dikalangan orang kafir (macam yang Anwar dok buat di kajang sekarang), tetapi populariti dicapai dengan menyusahkan umat Islam yang lain. Isu nama Allah ini tidak ada isu sekiranya umat Islam sepakat tidak melayan tuntutan mereka. Tetapi bila ada orang macam YB, kerja umat Islam jadi susah. Bila umat Islam berhujah, pihak kristian akan kata, ha tu kenapa Khalid Samad sokong.

Akhir sekali, sekiranya YB rasa apa yang umat Islam buat itu tak betul, di Selangor, YB adalah adun Selangor. Bawa usul untuk batalkan fasa 9 enekmen tersebut di negeri Selangor. Dengan itu, kita tak perlu lagi bertekak dan negeri Selangor akan menjadi negeri contoh yang melaksanakan apa yang Rasulullah S.A.W. laksanakan (dan jangan lupa dalam bab kahwin ahli kitab jug).

BTW, Grand Marquis itu bukanlah suatu nama yang pelik. Kalau biasa duduk di Amerika atau di Timur Tengah, kita akan tahu itu sekadar Model jenama kenderaan.
Naman said…
Salam YB,

Memanglah Nabi SAW pada zahirnya tidak melarang PERCAKAPAN manusia pada ketika itu untuk menggunakan perkataan Allah sebagai merujuk kepada Tuhan Pencipta Sekian Alam. Tetapi kita mesti sedar bahawa Nabi SAW diutuskan untuk menyampaikan risalah Tuhan dan antaranya ialah ARAHAN warid daripada Al-Quran untuk MENSUCIKAN NAMA ALLAH.

“Sucikanlah nama Tuhan engkau yang Maha Tinggi” Al-A’la : Ayat 1.

Mensucikan Nama Allah ini bermakna mensucikan Zat Allah dengan mengatakan Allah itu Satu, tidak beranak dan dan tidak diperanakkan serta tidak mempunyai pasangan. Maka Dia tidak menyerupai makhluk dari apa jua sudut.

Oleh itu isunya, bukan membenarkan dari segi PERCAKAPAN seharian tetapi isunya membenarkan PENERBITAN BIBLE untuk menggantikan kalimah Tuhan / Ilah dengan kalimah Alllah. Sedangkan dari segi ilmiah pun kali kalimah Tuhan yang dimaksudkan itu ditujukan kepada kalimah “ilah” dan bukannya kepada Nama Khusus Tuhan iaitu Allah.

Kerajaan yang membenarkan nama Allah diterbitkan dalam ayat penuh kesyirikan pasti akan dipertanggungjawabkan dan ditanya kenapa membenarkannya dan kenapa tidak menggunakan kuasa bagi menghalangnya.

Adakah juga kita hendak mengambil ayat-ayat dalam surah Maryam ini sebagai GURAUAN daripada Allah?

Surah Maryam.
88. Dan mereka berkata “(Allah) Yang Maha Penyayang mempunyai anak”.
89. Sesungguhnya, kamu telah membawa sesuatu yang mungkar.
90. Hampir sahaja langit-langit pecah, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh, (kerana ucapan itu).
91. Kerana mereka mendakwa Yang Maha Penyayang itu mempunyai anak.

Langit2 dan bumi pun diancam musnah maka apakah kita boleh kata takpe, gunalah.

Oleh itu keputusan Majlis Syura PAS sudah tepat dan tak perlulah YB mengeluarkan pandangan sendiri yang mengelirukan dan memecahkan orang Islam.

Wallaha’lam.
Izuddin said…
Christians di Holland tak perlu guna kalima Allah dalam bible mereka kerana Bible yang depa guna adalah dalam bahasa Inggeris.

Gereja Katolik di Malaysia nak guna kalima ALlah dalam Bible mereka kerana mereka guna Bible dalam Bahasa Melayukhas untuk Christians yang tak faham bahasa Inggeris !
Splendid Shades said…
orang2 yang tak berape nak pandai ni suke nak mengecam peribadi seseorang berbanding nak berhujah secara sihat
Izuddin said…
GM dan kau Naman tak dengar ka apa yang kamu baca??? Kenapa kamu berdua tokok tambah pada tulisan dan ucapan YB Khalid?

Contoh seperti tuduhan kamu(GM) YB Khalid 'lebih sudu dari kuah'. YB Khalid tidak pun bersekongkol dengan Gereja Katolik. Dia hanya MENERANGKAN pengunaan Kalima Allah itu di guna oleh ARab Kristian mau pun Arab Majusi sebelum dan ketika zaman Nabi Muhamamd dan Nabi mengata Allah itu Ahad, As Samad, lam yalid walam yulad.....

Kamu tidak pun kemuka 'argument', i.e. yang mengandungi premise, evidence/support, and decision/consclusion. Tulisan kamu penuh dengan emosi yang timbul dari perception. Dan langsung tak dak conclusion. Kalau nak argue kemuka lah premise dan evidence dan tutup argument dengan conclusion.

Pi belajar Philosophy of Science lah.

Izuddin said…
Naman, Gereja Katolik belum pun keluar kenyataan2 mencemar kesucian KalimaALLAH seperti Jesus son of Allah. Tapi kamu dah prejudice(niat buruk)terhadap Gereja katolik dan YB Khalid dan itu adalah dosa.

Al-A’la : Ayat 1 tidak mengata SUCIKAN KALIMA ALLAH ATAU NAMA-NAMA ALLAH.

Ayat itu mengata AGUNGKAN NAMA-NAMA RAB SETINGGI-TINGGI. Dalam terjemahan English Exalt the name of your Lord, the Most High,.

Perkata SUCIKAN Allah tidak betul, malah ianya tanggapan. Sebaliknta guna lah perkata AGUNGKAN nama-nama RAB.

Betulkah ZAT ALLAH itu boleh disuci dengan mengata ungkapan 'Allah itu Satu, tidak beranak dan dan tidak diperanakkan serta tidak mempunyai pasangan. Maka Dia tidak menyerupai makhluk dari apa jua sudut'???

Elok aje kamu sucikan diri kamu, daripada nak menyucikan Allah, dengan berwudhu' supaya dosa2 kecil kamu dihapuskan.




Izuddin said…
I have read news about the b 777 plane from the beginning

My observations conclude as follows.

1. Vietnam radar DID not ever detected the plane in its airspace

2. Vietnam knew about the plane scheduled flight on that day but they never detected the plane on their radar.

3. Vietnam then contacted other countries to ascertain the whereabouts of the plane since the plane was not detected on the Vietnam radar as scheduled

4. The aviation authorities in Malaysia only knew about the query by Vietnam aviation authority (on the whereabouts of the plane) 1 hour later.

5. No report by the Malaysian control towers they lost the plane on their radar. Means, the Malaysian control tower were not observing their radar screen for the plane which they are supposed to do so until the plane reached Vietnam airspace and relinquish it to the Vietnam air control

Conclusion:

1. The plane was never 120nm off the coast of kotabharu.

2. The Malaysian aviation made a false claim that the plane vanished from radar 120nm off the coast of kotabharu.

3. The plane was never on the scheduled route to Beijing. It instead was heading on a different route

4. it’s impossible that Malaysia radar did not detect the plane when it goes off course


That’s it. What happened to the plane next is a mystery
Tulang Besi said…
Kita tengok si Grand Marquis pusing2 hujjah mcm orang minum air ketum.

Sepanjang2 dia merapu TAKDA SATU DALIL atau NAS yang dia boleh bawa MENGHARAMKAN ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN NAMA ALLAH.

Yang dia mampu buat ialah melompat dari satu isu ke satu isu tanpa apa2 hujjah.

Memang si GRand MArquis ni kerja dia hanya membelit.

Dari segi hujjah, yelek.

Agaknya dia ni peljar jurusan undang2 yang fail.

Tulang Besi said…
Mari kita lihat salah satu kebodohan Grand Marquis dalam berhujjah.

Si GM ni kata:

Kadang kadang tujuan undang-undang itu bukan untuk lindungi orang Islam sahaja, tetapi juga melindungi orang Kristian itu sendiri. Kalau tindakan orang Kristian yang 9% itu menyebabkan orang Melayu marah dan berlaku rusuhan, siapakah yang rugi

Soalnya sekarang ni dah BERPULUH TAHUN orang Kristian guna kalimah Allah di dalam Federasi Malaysia.

Tiada seorang pun yang di apa2 kan kerana menggunakan kalimah ini.

Nampak tak jenis apa si GM ni? Jenis ambik hujjah tangkap muat. Bukan ada fakta pun dia ni
Tulang Besi said…
Ni lagi bukti Grand Marquis bercakap tidak merujuk fakta. Dia kata:

Itulah masalah orang PAS dan PR. Apa-apa hal, mereka mahu kaitkan UMNO sedangkan isu ini tiada kena mengena dengan UMNO. Mungkin secara tidak langsung mereka terlibat kerana yang menjuarai isu ini adalah orang PR sendiri macam YB Khalid, walaupun pendirian PAS pun sama seperti UMNO, tapi UMNO tetap perlu di persalahkan.

PAdahalnya yang membawa kes The Herald ke mahkamah adalah Syed Hamid Albar mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Syed Hamid tu bukan UMNO ke?

Lepas tu, kes ini terus menerus dimainkan dalam media milik UMNO termasuklah Utusan Malaysia dan TV1,2 dan 3.

Dan pemimpin2 UMNO menggunakan isu ini di setiap pentas ceramah mereka.

GM ni tak mampu berfikir dgn fakta. Hanya dia pandai membelit dan buat andaian2 liar
Anonymous said…
Alahai TB, menyampuk pun jangan sampai buat-buat tak tau. Awak patut pi tanya
1. Apa pendirian majlis syura pas
2. Apa pendirian Nik Aziz
dalam isu Nama Allah

TB patut pi depan Nik Aziz dan tanya dia, apa nas yang dia dok pakai bila dia kata orang Kristian tak boleh guna nama Allah.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-