Sepanjang tempoh PRU ke 13, saya telah mengguna beberapa buah kereta untuk tujuan kempen. Di antaranya adalah sebuah Toyota Celica Sport (1995) dan Land Rover Discovery TD5 (2003). Saya ingin menjual kedua-dua buah kereta ini secara lelong kerana walaupun masih dalam keadaan baik, saya mempunyai jumlah kereta yang cukup untuk kegunaan luar musim PRU. Oleh kerana PRU ke 14 adalah masih lama lagi, maka saya membuat keputusan untuk melelong dua kereta tersebut walaupun mereka mempunyai nilai sentimental yang tinggi bagi diri saya.
Sebahagian dari pendapatan dari lelongan ini akan saya serahkan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam untuk kegunaan Pusat Khidmat dalam membantu warga Shah Alam yang memerlukan.
Prosedur lelong ini adalah seperti berikut:
1. Setiap kereta mempunyai ‘reserve price’ atau ‘harga minima’ yang telah saya tetapkan. Setiap bida mesti lebih dari harga minima yang telah ditetapkan ini.
2. Harga bida hendaklah diterima sebelum jam 3.00 ptg 30 Januari 2014 samada melalui surat, fax (03-55198117), email atau boleh terus ke pejabat saya di:
6C, Tingkat 3, Blok 1,
World Wide Business Centre,
Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13,
40000 Shah Alam.
3. Setiap bida mesti mengandungi maklumat pembida termasuk nombor kad pengenalan, alamat tinggal dan nombor telefon bimbitnya. Borang bida disertakan [download].
4. Keputusan pemenang bida adalah muktamad.
5. Kereta berkenaan boleh dilihat pada 15 Januari 2014 di pejabat saya seperti alamat di atas bagi yang berminat.
6. Sila hubungi Bob di 012-6519014 atau Jamil di 019-2138308 untuk segala pertanyaan dan urusan termasuk urusan melihat kereta berkenaan.
Gambar dan maklumat kereta berkenaan adalah disertakan.
Sekian, selamat membida dan terima kasih.
KHALID SAMAD
************
Maklumat Toyota Celica 2.0 (Reserve Price RM 15,000)
Saya telah memiliki kereta ini sejak tahun 1998. Hanya seorang pemilik sebelumnya. Ianya didaftarkan atas nama isteri saya. Ianya digunakan pada pilihan raya 2013 sebagai salah sebuah kereta kempen di mana ia turut ditampal dengan stiker nombor 108 (nombor Parlimen Shah Alam adalah P108), lambang PAS (telah ditanggalkan) dan gambar diri saya berbaju melayu sambil menunjukkan lambang ‘bagus’ atau ‘thumbs up’. Ia mempunyai jalur biru, merah dan jingga melambangkankan PKR, DAP dan PR sambil berwarna hijau melambangkan PAS.
Pembantu saya telah membawa kereta ini ‘round’ Shah Alam sepanjang tempoh PRU 13 untuk menzahirkan kehadiran saya sebagai calon PAS/PR untuk PRU berkenaan. Ramai juga yang datang mengambil gambar dengan kereta berkenaan, berposing di tepinya dan sebagainya.
Pernah saya bawa ke Parlimen beberapa kali selepas memenangi PRU 13 dan turut menerima pujian dari beberapa rakan PR.
Kereta ini masih lagi dalam keadaan baik dan boleh diguna-pakai seperti biasa walaupun mileagenya sudah 250,000 km. Enjinnya tidak pernah di overhaul, tidak makan minyak hitam dan masih berjalan lancar. Gearnya manual seperti yang sesuai untuk kereta berjenis sport. Dalamannya memuaskan di mana kerusinya adalah dari jenis suede.
Masalah utama sekarang adalah hanya power windowsnya yang perlu dihantar untuk rewiring dan akan saya lakukan apabila sudah ada pembelinya. Selain itu ianya dalam keadaan yang baik.
************
Maklumat Land Rover Discovery TD5 (Reserve Price 45,000)
Kereta ini telah dibeli oleh Almarhum ayah saya pada tahun 2010. Ada 3 pemilik sebelumnya. Ianya didaftarkan atas nama isteri saya dan ayah saya menggunakan kereta ini di kawasan Janda Baik sehingga dia meninggal pada tahun 2011. Saya telah mengambil dan menyelenggaranya pada awal tahun 2013 dan menggunanya untuk PRU ke 13 sebagai kereta kempen. Ianya turut ditampal dengan stiker lambang PAS bersama Parlimen Shah Alam 108 dan gambar saya berbaju coat bertali leher menunjukkan lambang ‘bagus’ (telah ditanggalkan).
Seperti dengan Celica, pembantu saya membawa kereta ini ‘round’ Shah Alam sepanjang tempoh PRU 13 untuk menzahirkan kehadiran saya sebagai calon PAS/PR untuk PRU berkenaan. Pernah saya bawanya ke Parlimen dan TS Speaker serta YB Arau (Menteri) menegur betapa besarnya gambar saya di tepi kereta berkenaan. YB Bintulu menuduh saya membawa Range Rover baru (mungkin tidak kenal kereta jenis Land Rover) yang harganya lebih RM 500k dan bertanya dari mana saya dapat duit untuk membeli kereta semahal itu! Saya jawab ianya Land Rover Discovery buatan 2003 dan hanya kelihatan baru oleh kerana gambar saya di tepinya!
Kereta ini masih lagi dalam keadaan baik dan boleh diguna-pakai seperti biasa walaupun mileagenya sudah 205,000 km. Enjinnya jenis ‘Diesel Hijau’ tidak pernah di overhaul, tidak makan minyak hitam dan masih berjalan lancar. Gearnya Auto dan jenis 4x4 H&L. Dalamannya masih cantik dan kerusinya dibuat dari kulit.
Masalah utama sekarang adalah hanya central locking belah pemandu dan power side-mirror belah kiri yang perlu diganti dan akan saya lakukan apabila sudah ada pembelinya. Selain itu ianya dalam keadaan yang baik.

Comments