Skip to main content

Perbahasan Twitter: Saman Hassan Ali

Posting kali ini adalah sambungan dari 2 artikel saya berhubung perbahasan di laman Twitter yang bertajuk: Hudud dan COMANGO.

Ada yang menelefon saya baru-baru ini dan mencadangkan supaya dilancarkan tabung kutipan sumbangan untuk membayar saman Hassan Ali ke atas saya! Mahkamah memutuskan saya bersalah dan keseluruhannya saya diperintah untuk membayar RM 320,000 termasuk kos mahkamah yang merupakan di antara jumlah tertinggi yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah mutakhir ini. Saya ucapkan terima kasih kepadanya dan beritahu dia “sabar dahulu”. Belum perlu bayar lagi. Saya akan buat rayuan dan memohon ‘stay of execution’ atau penangguhan atas perlaksanaan hukuman tersebut.

Kes ini berlatar-belakangkan ceramah yang dibuat oleh beliau di Shah Alam pada awal tahun ini sebelum Parlimen dibubarkan. Beliau menyebut “jangan beri walaupun satu undi pada ahli Parlimen Shah Alam sekiranya dia bertanding di sini lagi...” Selain itu bermacam-macam tuduhan yang dia lemparkan terhadap diri saya, sehingga digambarkan saya sebagai pengkhianat agama, parasit dan lain-lain. Bila ditanya wartawan saya menjawab beliau adalah “budak suruhan UMNO...”

Beberapa minggu selepas itu, Hassan Ali mengadakan program pelancaran NGOnya yang dinamakan ‘JATI’ atau Jalur Tiga di Shah Alam Convention Centre (SACC). Saya sedia maklum bahawa SACC adalah di antara dewan yang termahal sewanya di Shah Alam. Saya turut mendapat maklumat bahawa beliau membelanjakan hampir RM100K hanya untuk majlis pelancaran tersebut. Perbelanjaan yang sebegitu tinggi menjadi tajuk perbincangan di kalangan mereka yang mengikuti perkembangan politik di Shah Alam. Ramai yang tertanya, dari mana dia dapat duit untuk menganjurkan program tersebut?

Maka saya timbulkan persoalan ini semasa dalam sidang akhbar dan seterusnya di dalam blog saya, iaitu “Siapa Taja Hassan Ali?” Saya turut menyebut beberapa pihak yang pasti berminat melihat Selangor jatuh kembali ke BN sebagai yang mungkin menajanya seperti Puncak Niaga dan syarikat-syarikat kroni UMNO yang lain yang sudah kekeringan projek sejak Selangor berada bawah PR. Saya turut menyebut juga bahawa “mungkin dia telah menjual rumahnya…” dan meminta beliau memberi penjelasan. Dia bertindak bukan dengan menjawab pertanyaan saya melalui media tetapi menyaman saya kerana pertanyaan saya itu dianggap memfitnahnya!

Di antara adegan yang menarik semasa perbicaraan ialah apabila peguam saya, Hanipa Maidin, bertanya padanya, “Dato’ serang Khalid Samad, tidakkah wajar bagi Khalid Samad menyerang Dato’ balik?” Tanpa was-was Hassan Ali menjawab, “Tidak”. Jawapan itu membuat saya tergelak seorang diri selama seminggu.

Walau apa pun, mahkamah sudah menjatuhkan hukuman sedemikian rupa. Walau dianggap pelik mana sekalipun, keputusan itu perlu diterima dan dihormati. Namun oleh kerana saya yakin bahawa saya tidak bersalah atas tuduhan ‘memfitnah’ beliau, maka saya berhak membuat rayuan dan inilah apa yang saya akan lakukan. Semoga didoakan supaya kebenaran akan terserlah dan rayuan saya akan diterima.

Dalam semua hal kita kembalikan kepada Allah untuk memutuskannya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
Muka mereka bertiga, yang dipecat dari pas, tak sama tapi wajah mereka serupa. Mereka bertiga ni tak kufur Islam, tapi mereka bertiga ini melayu rasis yang fanatik Islam sehingga menimbul kekeliruan dalam Islam itu sendiri.

Ibn maryam tu pun fanatik sehingga dia ekstrim dalam berkata-kata sehingga dia merosakan fabrik masyarakat yahudi ketika itu.

Mereka bertiga ini tidak ada apa apa tempat dikalangan masyarakat kaum Christian, Hindu, maupun Muslim.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan