Skip to main content

Perbahasan Twitter: Kenaikan Gaji serta Elaun Untuk MB, Speaker & Timbalan, Exco dan ADUN Selangor

Ini merupakan artikel terakhir berkenaan siri perbahasa Twitter yang meliputi isu Hudud, COMANGO dan Saman Hassan Ali.

Isu ini bukan sahaja hebat dibahas oleh di laman sosial seperti Twitter dan FB tetapi juga di kalangan anggota masyarakat. Kadar kenaikan yang diberikan dilihat mendadak dan ekstrim bagi kebanyakkan orang. Ramai bersetuju bahawa perlu ada kenaikan, tetapi yang dipertikaikan adalah kadar dan jumlahnya.

Saya sendiri agak kecewa dengan apa yang telah berlaku. Malangnya, ianya tidak dibincang dengan lumat bersama di peringkat PR Selangor mahupun Pusat sebelum ianya diisytiharkan.

Kalau Selangor ini adalah syarikat korporat, maka saya bersetuju dengan apa yang dilakukan. Tetapi Selangor adalah sebuah kerajaan dan bukan syarikat korporat. Seseorang menganggotai syarikat korporat untuk mendapat gaji yang lumayan. Pemimpin menganggotai kerajaan untuk berkhidmat bukan untuk mengaut kekayaan. Oleh itu apabila ingin menentukan gaji untuk diri sendiri, walaupun kuasa sepenuhnya dalam tangan sendiri, maka perlu berwaspada supaya tidak terlupa akan niat dan matlamat asal iaitu untuk berkhidmat. Janganlah ianya berubah menjadi oleh kerana “agak lumayan”.

Ini tidaklah bermakna bahawa pemimpin perlu menjadi miskin. Tetapi biarlah ialah adil dan munasabah. Jangan sehingga ‘mensubsidi kerajaan’ tetapi jangan juga sehingga meraih keuntungan besar.

Bagi ADUN dan EXCO PAS, ingat betapa beratnya hati Saidina Abu Bakar (RA) apabila Umar (RA) meminta Abu Bakar dibayar gaji dari Baitul Mal kerana beliau sebagai Khalifah tidak wajar berniaga di pasar untuk menyara hidup diri dan keluarganya. Sehingga diambil pada mulanya jumlah yang sedikit dan ditambah lagi selepas itu apabila jumlah awal tidak mencukupi kerana masih terpaksa berniaga untuk menyara kehidupan diri dan keluarganya. Takut akan kemungkinan mengambil lebih dari yang wajar harus menghantui pemikiran kita semua pada setiap ketika. Apa maknanya wang yang lebih seribu-dua kalau akhirnya amalan menjadi hangus kerana niat untuk berkhidmat telah berubah menjadi lain.

Bagi saya kenaikan gaji ADUN boleh diterima atas syarat ADUN-ADUN menjadi ADUN sepenuh masa dan tidak lagi melibatkan diri dalam perniagaan dalam apa jua bentuk.

Elaun Exco, Speaker dan Timbalan serta Menteri Besar adalah bagi saya terlalu tinggi dan perlu dikaji semula.

Jangan digunakan Sarawak sebagai ukuran dan jangan juga dikatakan bahawa ianya untuk menjamin tiada rasuah. Rasuah itu haram walau besar atau kecil mana gaji seseorang. Kalau dianggap terlalu kecil, sehingga tidak cukup untuk menaja cara hidup yang sudah menjadi kebiasaan, maka letak jawatan adalah lebih diredhai dari ambil rasuah. Lihat pada ramai lagi yang mendapat kurang dari itu yang jumlah mereka jauh lebih ramai dari yang mendapat lebih dan insafkan diri. Maka tentukan jumlah yang adil dan munasabah, berpatutan dengan tugasan di peringkat kerajaan negeri dan keperluan seseorang untuk hidup dengan sederhana.

Ingat juga, samada ADUN atau EXCO, bahawa duit tersebut adalah duit rakyat maka sumbangkan sebahagian kepada rakyat. Ingat juga anda naik melalui parti, maka sumbang juga sebahagian kepada parti. insyaAllah, Allah akan memimpin kita semua kepada yang lebih baik selagimana niat itu bersih untuk mencari kereDhaanNya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
Zahid tu ikut Sunna Wal Jammah(SWJ) ka???

Daripada tuduh mat Sabu tu Syiah, lagi baik Zahid pi solat jemaah 5 waktu....haha

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...