Skip to main content

Perbahasan Twitter: Hudud

Kebelakangan ini terlalu ramai yang ingin berhujjah dengan saya di twitter @khalidsamad. Walaupun saya sanggup dan minat untuk berhujjah, tetapi saya tidak boleh mengadap twitter seperti mereka sepanjang hari, bertanya dan berhujjah dengan mengharapkan respon dari saya sebaik sahaja mereka habis tweet. Ini menjadi bertambah rumit apabila jawapan yang saya berikan terpaksa ringkas disebabkan keterbatasan twitter itu sendiri.

Oleh itu saya akan mengamalkan pendekatan baru di mana soalan yang ingin dihujjahkan itu boleh dikemukakan melalui twitter tetapi saya akan jawab secara lebih menyeluruh melalui blog saya di sini.
Di antara isu yang dibawa ke alam tweeter yang akan saya kupas di dalam beberapa bahagian adalah:

1. Perkataan Hudud yang Fathul Bari dakwa saya tidak faham asal-usulnya.
2. Isu Comango
3. Isu PAS & PR viv a vis Hudud
4. Kes Hassan Ali menyaman saya
5. Soal kenaikan gaji dan elaun untuk MB, Speaker & Timbalan, Exco dan ADUN Selangor

PERKATAAN ‘HUDUD’
Pada 10 Nov ada seorang twitter @SebastianPhiu membuat dakwaan bahawa “dlm islam pn bkn pnggil hudud. Tu term kemudian. Jwpn apa ni? Xkisah term apa pun tp knp hudud PAS bkn utk kristian?’

Saya balas “Hudud tu perkataan dalam Quran lah. Dari dulu lagi ianya dnamakan hudud. Awak merepek apa ni? Hudud wajib bagi org Islam.”

Saya telah jawab bab mengapa ianya tidak perlu dilaksanakan terhadap orang Kristian dan mereka yang bukan Islam. Sila rujuk Surah Al-Maidah ayat 42. Walaupun ada pendapat sebaliknya, tetapi pendapat bahawa hudud hanya wajib untuk orang Islam yang diguna-pakai oleh PAS.

Tetapi perbahasan asal saya dan ‘SebastianPhiu’ ialah perkataan hudud ni sudah lama dipakai ulama’ Islam untuk merujuk kepada sebahagian perundangan Islam. Ianya merupakan perkataan yang terdapat dalam Al-Quran dan bukan rekaan PAS.

Tiba si ‘SebastianPhiu’ tag sekali Fathul Bari dan dia pula masuk campur. Lain yang ingin dijelaskan lain pula yang dia sampaikan. Cuba tunjuk hebat dengan bertanyakan soalan kepada saya berhubung hudud dan maksudnya dalam penggunaan Al-Quran. Ingin berlagak seperti guru saya dan test kefahaman saya pula kononnya.

Fathul Bari sebut, “boleh YB kongsikan ayat mana yang sebut “hudud” dan maksudnya hudud hukuman jenayah syariah?"

Saya sebenarnya tidak ingin layan si Fathul Bari ni, dahulu pun saya telah berhujjah panjang berhubung PR dan beliau terus menegakkan benang basahnya yang semakin hari semakin kuyup. Maka saya jawab sahaja “sia2 je kamu mengaji agama kalau tak jumpa perkataan hudud dalam Al-Quran. Patutlah UMNO tolak hudud”.

Sebenarnya yang penting bagi saya adalah untuk menjelaskan kepada ‘SebastianPhiu’ bahawa perkataan hudud itu sudah lama diguna alim ulama Islam. Ianya bukan rekaan PAS dan asal usul perkataan itu adalah dari Al-Quran. Oleh itu saya jawab secara sinis sahaja apa yang ditanya Fathul Bari. Sebagai contoh saya jawab juga “Maksud hudud pun fb x tahu? Nak saya yang ajar? Boleh jer. insyaAllah lepas tu UMNO x menentang hudud?”

Lagipun, dia bukan guru saya untuk kononnya nak ‘test’ fahaman saya! Inilah masalah orang yang besar kepala. Dia ingat dia sahaja tahu, masuk campur perbahasan orang mengenai perkara lain dan bawa kearah menunjukkan kehebatan diri sendiri.

Setelah beberapa tweet, akhirnya Fathul Bari jawab “trima kasih YB atas pengajaran:) tp yb dah lari jauh dari mnjawab soalan saya”. Saya pun jawab balik “Sama2 fb. Jawapan ‘lari jauh’ kerana yg dtanya telah lari jauh dari apa yg saya nyatakan..”

Fathul Bari dakwa saya tidak faham apa yang saya sendiri perjuangkan! Kononnya saya dakwa perkataan hudud dalam Quran merujuk pada sistem perundangan jenayah Islam. Bila dan di mana saya dakwa itu tidak dicakap. Begitu kecoh dengan tanggapannya sendiri sehingga dijadikan bahan dalam ceramahnya! Aduhai, siap keluar dalam blog cyber-troopers UMNO, kononnya saya kantoi bab hudud. Nampak sangat tiada modal.

Hakikatnya perkataan ‘hudud’ diguna dalam Al-Quran untuk bermakna ‘had dan batasan’ yang telah ditetapkan oleh Allah. Ini pun sebenarnya saya dah jawab dalam tweet pada 12.19 am 11 Nov 2013. Jangan ianya, iaitu had dan batasan ini, dicerebohi. Tetapi penggunaannya sebagai istilah undang-undang untuk merujuk kepada ‘kesalahan dan hukuman yang khusus’ telah diguna pakai dalam hadis Sahih Rasulullah (SAW) di mana perkataan ‘haddun’ iaitu mufrad atau singular untuk hudud disebut. Dari situ maka alim ulama perundangan Islam telah menggunakan perkataan hudud untuk merujuk kepada undang-undang khusus ini yang berbeza dengan qisas dan ta’zir.

Ini telahpun dijelaskan beberapa kali, di antaranya di dalam ‘Seminar Perlaksanaan Sistem Perundangan Islam’ yang telah diadakan di Shah Alam pada awal Oktober yang lalu.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
Perhaps, people like Sebastian needs to be taught in English about Islam(ie Quran and Sunna)since he understand English and not Arabic language. And perhaps, Malays like Bari need to be taught in Malay about Islam(Quran and Sunna) since he understands Malay language

Sebastian might not understand the word Hudud since it is an arabic term and that the word is derived from the Quran out of an understanding by the arab judiciary .

The word Hudud refers to Command and Prohibition. And the things laid therein are supposed to be statute. But then there was a dispute over the semantic status of command and prohibition, whether they were logically complementary, ie , whether a command is equivalent to a prohibition and whether a prohibition is equivalent to a command. This is where Qisas and Ta'sir comes in.



Unknown said…
1. Kalau rakyat secara majoritinya mahu kpd perlaksanaan Hudud, maka ianya tidak akan dapat dihalang oleh sesiapapun, baik BN mahupun DAP.
2. Kalau rakyat secara majoritinya tidak mahu kpd perlaksaan Hudud, tiada apa yang Pas mampu dah boleh lakukan utk melaksanakannya.
3. Kunci kpd perlaksaan hukum Hudud sebenarnya terletak kpd kehendak rakyat. Penglibatan PAS dlm PR ialah sbg usaha mengembalikan "kunci" itu kpd rakyat. Skrg "kunci" itu berada dlm kocek BN.
4. Bila PR kuat, kuasa rakyat diperkasa. Bila BN kuat, kuasa rakyat diperkosa.
5. Dlm konteks negara demokrasi, tugas mendaulatkan hukum Islam adalah kewajipan semua umat Islam. Tugas Pas hanyalah berusaha membuka ruang yg lebih baik ke arah itu.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan