Dakwaan kononnya perhimpunan pada 31 Disember nanti adalah usaha sesetengah pihak untuk mengguling kerajaan adalah fitnah golongan yang tidak bertanggungjawab. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada satu sidang media pagi ini menjelaskan, himpunan tersebut hanya untuk menyatakan rasa tidak puas hati rakyat berhubung dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar harga beberapa perkhidmatan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Katanya lagi, tuduhan 'menggulingkan kerajaan' adalah satu tindakan kotor pihak tertentu untuk menggagalkan perhimpunan tersebut serta memastikan suasana yang tidak aman dan mendatangkan kekecohan.
◘ 1B, 2nd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066 ◘