Baru baru ini sebuah akhbar siber yang membawa tajuk sensasi kononnya saya menyalahkan ulama atas sebab ‘kegagalan’ PAS dalam PRU ke 13! Saya ingin jelaskan di sini bahawa berita itu merupakan spin atau putar-belit berita yang berniat jahat. Saya perlu juga tegaskan bahawa pencapaian PAS dan PR dalam PRU ke 13 amat membanggakan dan tidak merupakan satu ‘kegagalan’ seperti yang di dakwa.
Isu ini timbul apabila diadakan sidang akhbar di pejabat saya pada 18 September lepas. Semasa sidang akhbar, saya telah ditanya pandangan saya terhadap beberapa isu yang telah ditimbulkan semasa perbahasan Multaqa Ulama di Alor Setar tempoh hari. Di antaranya ialah dakwaan bahawa Tahaluf Siyaasi perlu dikaji balik atas sebab merosotnya undi Melayu kepada PAS serta kerusi yang dimenangi berkurangan berbanding 2008 serta dakwaan ingin membawa PAS keluar PR.
Isu Merosotnya Undi Melayu
Saya menyatakan bahawa merosotnya undi Melayu, sekiranya benar, tidak boleh disalahkan Tahaluf Siyaasi ataupun atas sebab PAS berada di PR. Ini adalah kerana kalau dibandingkan keputusan 2008 dan 2013, ianya merupakan perbandingan yang tidak tepat. Ini adalah kerana pada 2008, UMNO berada dalam keadaan selesa setelah menang besar pada 2004. Oleh kerana mereka merasakan diri mereka kuat dan selesa, berdasarkan keputusan 2004, maka pada 2008 mereka tidak berusaha sedaya-upaya dengan seluruh kekuatan mereka untuk mempertahankan kemenangan mereka. Ini adalah kerana mereka menganggap kemenangan itu sudah berada dalam tangan sehingga Khir Toyo mengulangi ungkapan ‘pembangkang sifar’.
Pada 2013 keadaannya amat sangat berbeza. UMNO telah hilang beberapa Negeri dan kerusi Parlimen pada 2008 yang tidak pernah dimenangi ‘pembangkang’ sebelum ini. Mereka sedar akan kekuatan PR dan oleh itu telah berusaha ‘all out’ atau sedaya upaya untuk menang. Propaganda mereka yang menyerang PR ditingkatkan berlipat kali ganda sehingga persoalan ‘Negara Kristian’, ‘DAP berkuasa’, ‘Melayu terpinggir’ dan sebagainya dilaungkan setiap hari dan setiap saat oleh media tempatan. Mereka turut gunakan duit untuk memikat hati rakyat melalui BRIM dan sebagainya. Walaubagaimapun, hasil dari usaha mereka yang berlipat kali ganda ini, undi Melayu untuk UMNO bertambah, namun dengan kadar pulangan agak mendukacitakan mereka kerana dikatakan hanya berganjak sebanyak 2-3% secara keseluruhannya.
Oleh itu kemampuan PAS dan PR untuk mempertahankan sokongan sediada dalam menghadapi serangan bertubi-tubi dari UMNO pada 2013 perlu dibanggakan. Saya yakin UMNO/BN cukup duka cita dengan pencapaian mereka setelah mereka membelanjakan begitu banyak wang dan tenaga tetapi hanya mendapat pulangan sebanyak 2-3% sahaja!
Saya teruskan respon saya dengan mengatakan bahawa kemerosotan undi Melayu, sekiranya benar berlaku, adalah atas sebab kegagalan PAS untuk menghadapi dan mematahkan serangan propaganda dan dakyah UMNO ini di kalangan orang Melayu di peringkat akar umbi.
Oleh itu saya rumuskan, adalah lebih baik sekiranya PAS, khususnya golongan ulama’ pelapis yang berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di peringkat akar umbi, menumpukan usaha kita kearah mengatasi dakyah UMNO tersebut. Ini jauh lebih bermakna dari kita mempertikaikan Tahaluf Siyaasi bersama PKR dan DAP yang telah memberikan PAS banyak manfaat.
Atas komen terakhir itu maka diputar-belitnya berita dengan mengatakan saya menyalahkan ulama atas ‘kegagalan’ PAS pada 2013 kerana tidak mampu mengatasi dakyah UMNO!
Soal Kerusi Yang Berkurangan Berbanding 2008
Saya turut ditanya respon saya terhadap dakwaan bahawa Tahaluf Siyaasi merugikan PAS dan ini terbukti dengan berkurangnya kerusi Parlimen yang dimenangi PAS pada 2013 berbanding pada 2008. Pada 2008 PAS telah menangi 23 kerusi Parlimen tetapi pada 2013 PAS hanya menangi 21 kerusi Parlimen.
Saya menjawab bahawa berkurangnya kerusi Parlimen PAS adalah atas sebab kehilangan Kedah. PAS telah hilang 5 kerusi Parlimen di Kedah yang mana sekiranya kita telah berjaya mempertahankan Kedah, jumlah kerusi Parlimen PAS akan menjadi 26. Dan sekiranya begitu juga di Titiwangsa, yang turut PAS kehilangan, maka jumlah kerusi Parlimen kita menjadi 27!
Saya telah menyatakan sekali lagi bahawa prestasi buruk PAS di Kedah tidak boleh di persalahkan Tahaluf Siyaasi dan PR. Ini adalah kerana prestasi buruk tersebut adalah hasil dari masalah dalaman PAS Kedah yang diketahui umum. Oleh itu adalah lebih wajar bagi PAS untuk menumpu usaha kearah memperbaiki kelemahan yang ada, khususnya di Kedah, supaya amanah yang diberikan kepada PAS untuk menang Kedah dapat dilaksanakan dengan baik. Adalah pasti bahawa PR akan menyerahkan tugas memenangi Kedah untuk terus diterajui PAS. Daripada PAS berbalah sesama sendiri dan mempertikaikan kita rugi ini dan itu, tidakkah sepatutnya usaha ditumpukan untuk menjadi parti yang kuat dalam PR dengan membuktikan kemampuan untuk menang di kawasan dan negeri yang telah diamanahkan kepada PAS?
Multaqa Bertujuan Membawa PAS Keluar Dari PR?
Ada juga wartawan yang bertanya kepada saya samada benar Multaqa Ulama bertujuan membawa PAS keluar dari PR. Saya menjawab itulah persepsinya namun telah dinafikan oleh beberapa pimpinan Dewan Ulama PAS Pusat.
Untuk berlaku adil, perlu juga saya sebut bahawa persepsi sebegitu timbul oleh kerana sepanjang Multaqa tersebut, perbahasan berhubung Tahaluf Siyaasi dan PR bernada teramat negatif. Apabila ianya berbunyi teramat negatif dan diikuti pula dengan resolusi untuk mengkaji balik, sudah pasti persepsi yang terhasil ialah kaji balik atas sebab ianya merugikan dan dengan itu perlu ditamatkan dengan membawa PAS keluar PR! Oleh itu kita tidak boleh marah kalau orang mempunyai persepsi yang sebegitu sekiranya tindakan yang dibuat memberi isyarat ke arah itu!
Walaupun mungkin tujuan penganjur adalah untuk membincangkan aspek negatif semata-mata supaya dikenal pasti apa yang perlu ditambah-baik, namun persepsi yang terhasil dengan hanya membincangkan aspek negatif sahaja adalah sesuatu yang sepatutnya dijangka. Oleh yang demikian, adalah lebih baik sekiranya ingin membahas sesuatu, maka aspek positif dan negatif dikemukakan bersama supaya satu persepsi dan tanggapan yang lebih adil akan turut terhasil.
Bagi pandangan saya, adalah lebih bermakna sekiranya Multaqa Ulama itu membincangkan hujjah-hujjah bagaimana mengatasi dakyah UMNO yang telah berjaya menakutkan orang Melayu sehingga tidak mengundi PAS/PR. Ini boleh tercapai dengan memberikan kefahaman tepat kepada golongan agamawan mengenai Tahaluf Siyaasi yang PAS telah asaskan di mana boleh didedahkan jaringan keselamatan yang turut terkandung bagi menjamin Islam dan Melayu tidak akan rugi.
Pada masa yang sama menumpukan juga kepada penyelesaian permasalahan di Kedah supaya melaluinya kemampuan PAS untuk menggalas tanggung-jawab memenangi dan memerintah Kedah dengan baik akan dapat dizahirkan. Dengan itu keyakinan rakyat terhadap PAS di Kedah akan dapat dibina kembali.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments