Skip to main content

Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat

Saya melihat perbahasan yang timbul berhubung pemilihan Timbalan Presiden adalah hasil kekeliruan mengenai peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Untuk memberikan pencerahan terhadap persoalan ini saya memetik dari ‘Kertas Mesyuarat 7/2005 Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat’ untuk dikongsi bersama semua pengunjung blog saya. Saya sertakan bersama gambar muka surat depan, 13 dan 14 dari kertas asal yang berada dalam simpanan saya untuk rujukan bersama.


Muka surat depan bertulisan rumi dan bertajuk seperti yang disebut di atas.


Muka surat 13 bertulisan jawi dan saya tuliskan kembali dalam tulisan rumi untuk kemudahan mereka yang tidak fasih tulisan jawi.

Kesimpulan

Maka peranan Majlis Syura Ulama adalah perkara yang berkait dengan memelihara dasar parti dan mengawasi kegiatan parti agar terpelihara dan istiqamah kerana Majlis Syura Ulama terikat dengan nusus qatiyah dan murunah (flexible) dalam mengkaji ijtihad para Ulama yang lalu dan peranan berijtihad secara jamaa’i (collective) dalam menangani masalah-masalah semasa. Peranannya tidak bersifat ‘theocracy’ dalam fahaman barat yang menganggap ahli-ahli agama berkuasa penuh secara mutlak (dictatorship) dan tidak bersifat sekular yang tidak memberi kuasa kepada agama.

Adapun peranan ahli Jawatankuasa Pusat bersifat tanfidzi (executive) dalam melaksanakan keputusan, mentadbir, merancang dan mengatur strategi bagi menterjemahkan islam menjadi petunjuk dan rahmat kepada seluruh alam.

(ms 13)


Di sana terdapat beberapa pengalaman yang perlu diingat kembali, di antaranya ialah keputusan bertahaluf oleh Majlis Syura Ulama dan pelaksanaannya oleh Jawatankuasa PAS Pusat dalam beberapa kali pilihanraya. Begitu juga keputusan meletakkan calon Muslimat yang dilihat dari segi perbincangan hukum Islam dan peranan Muslimat serta keadaan-keadaan semasa yang boleh berubah.

Jalinan erat di antara Syura dan Jawatankuasa Pusat menggabungkan thabat dan istiqamah dengan Islam menjadi aqeedah perjuangan dan merangka khittah dan strategi yang memantapkan hala-tuju dan kejayaan yang diredhai dan diberkati Allah.

Wa aakhiru da’waanaa anilhamdulillahi rabbil a’alamiin.

Alfakiir ilalLah wa raajii ‘afwah,


Abdul Hadi Haji Awang.kh

(ms 14)

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...