Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat

Saya melihat perbahasan yang timbul berhubung pemilihan Timbalan Presiden adalah hasil kekeliruan mengenai peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat. Untuk memberikan pencerahan terhadap persoalan ini saya memetik dari ‘Kertas Mesyuarat 7/2005 Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat’ untuk dikongsi bersama semua pengunjung blog saya. Saya sertakan bersama gambar muka surat depan, 13 dan 14 dari kertas asal yang berada dalam simpanan saya untuk rujukan bersama.

Tajuk Berita Sensasi: Ulama Punca Pas Gagal PRU13 - Khalid Samad

Baru baru ini sebuah akhbar siber yang membawa tajuk sensasi kononnya saya menyalahkan ulama atas sebab ‘kegagalan’ PAS dalam PRU ke 13! Saya ingin jelaskan di sini bahawa berita itu merupakan spin atau putar-belit berita yang berniat jahat. Saya perlu juga tegaskan bahawa pencapaian PAS dan PR dalam PRU ke 13 amat membanggakan dan tidak merupakan satu ‘kegagalan’ seperti yang di dakwa.

Respon Kepada Teguran Saudara Imran Al-Malizi

Kita tidak boleh ukur ketakwaan seseorang, tapi kita dapat menilai keilmuan seseorang drp curahan ilmu yg disampaikan dan ijtihad yg dikeluarkan. Oleh kerana itu kita boleh nampak kecacatan Khalid Samad bila menqiyaskan jawatan Timb.Presiden dgn Khalid al-Walid yg menjawat jawatan panglima tentera. Qiyas ma'al-fariq... sblum ni byk lagi kelemahan beliau bila bercakap isu2 yg melibatkan hukum-hakam (isu kalimah Allah sbg contoh). ini diburukkan lg dgn sikap beliau yg keras kepala bila ditegur. (Imran Al-Malizi, 13 September 2013)

PRU 14 Bergantung Kepada PAS

Semasa berhari-raya, adik saya telah bertemu dengan seorang pemimpin UMNO/BN. Dia bertanya kepada pemimpin itu, “macam mana PRU ke-14 yang akan datang ni?...” Adik saya agak terkejut apabila dijawab oleh pemimpin UMNO/BN berkenaan, “semuanya bergantung pada PAS, samada masih berada bersama PR atau tidak. Ada golongan muda, kopiah putih, yang ingin membawa PAS keluar dari PR…”

Pemilihan Timbalan Presiden PAS

Ada yang bertanya kepada saya, “siapa patut disokong untuk jawatan Timbalan Presiden?” Saya jawab, “Lihat pada yang ada. Bagaimana prestasinya? Baik atau tidak baik? Memuaskan atau tidak memuaskan? Kalau baik kekalkan. Kalau tidak baik dan dirasakan ada yang boleh memberi prestasi yang lebih baik, maka tukarlah.”

Penggunaan Kalimah Allah, Nama Allah Ekslusif Atau Tidak: Hukum Asal, Dakwah & Siasah (Video)

Mysuara telah menganjurkan wacana berhubung Penggunaan Kalimah Allah, Nama Allah Ekslusif Atau Tidak: Hukum Asal, Dakwah & Siasah yang menampilkan 3 orang panel iaitu Dr. Yusri Mohamad, Prof. Khalif Muammar, YB Khalid Samad serta Dr. Mohd Asri sebagai moderator. Video ihsan Mysuara -Pejabat YB Khalid Samad-

Surat memohon Pertemuan Berkenaan Isu Penutupan Masjid Ar Rahman

-Pejabat YB Khalid Samad-

Tidak Mustahil Mansuh RON95, Guna RON97

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad tidak menolak spekulasi mengatakan kerajaan ingin mewujudkan petrol RON92 adalah bagi memansuhkan RON95 yang dinaikkan harga sebanyak 20 sen kelmarin. Katanya kepada Harakahdaily, adalah terlalu sukar untuk kerajaan menyediakan tiga jenis minyak bagi kegunaan pemandu apatah lagi ia melibatkan kos pengubahsuaian yang besar kepada pengusaha stesen minyak.

Persoalan Kerajaan Perpaduan: Giliran PKR Pula?

Terdapat bermacam komen sinis yang dilemparkan terhadap saya, tidak hairan, hasil dari berita kononnya Anwar ingin membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN. Yang paling kerap diulangi ialah bahawa saya mendiamkan diri dan tidak menyerang Anwar ‘sepertimana saya (kononnya) serang DS Presiden PAS’ apabila cadangan yang sama dikemukakan oleh DS Presiden. Saya juga dituduh ‘mencemuh’ DS Presiden atas isu UG ini tetapi tidak berani menyentuh walaupun sedikit, apabila Anwar sebut perkara yang sama. Amatlah jelas bahawa mereka yang membuat tuduhan ini tidak tahu hujung pangkal. Selain dari maklumat yang didengari yang diulangi, seperti burung kakak tua, mereka tidak tahu apa-apa. Untuk respon kepada tohmahan ini, yang datang siap dengan poster tersendiri yang disebar-luas melalui facebook kumpulan tertentu, saya bawa kembali artikel asal saya yang saya tulis sekitar Mac 2009 berhubung cadangan DS Presiden tersebut. Kalau ada didapati terdapat cemuhan atau serangan terhadap DS Presiden ...

Video: Interview Eksklusif Bersama AntaraPos

Bahagian I: PAS dan Syiah Bahagian II: Gabungan Pakatan Bahagian III: Gandingan TGHH dan Mat Sabu Nota: Sila elak dari menilai tajuk video yang digunakan oleh pihak Antara Pos tetapi hayati isi kandungan interview tersebut. -Pejabat YB Khalid Samad-

Bahagian Ketiga: Perancangan Golongan Yang Ingin ‘Menyelamatkan PAS dan Presiden’ (Kononnya)

Tulisan saya kali ini adalah lanjutan dari tulisan saya yang bertajuk Menjelang Muktamar PAS dan Pemilihan Tahun Ini dan Persoalan Apa Itu Khianat? Maka dikatakan adanya usaha untuk menjatuhkan TG Presiden. Buktinya tiada tetapi hanya dilaungkan soal ‘pertembungan ulama’ dan professional’. Bahan propoganda UMNO/BN serta Hassan Ali untuk memecah-belahkan parti digunakan golongan ini untuk tujuan yang sama? Saya yakin kepimpinan TG Presiden mantap dan tidak memerlukan usaha penaburan fitnah dan adu-domba seperti ini untuk menyelamatkan beliau. Saya hairan mengapa golongan ini merasakan kedudukan TG Presiden begitu rapuh. Atau adakah mereka sendiri yang tidak yakin dengan kemampuan TG Presiden serta sokongan ahli terhadap kepimpinan beliau?