Persoalan ini mungkin kelihatan agak bodoh untuk diperjelaskan bagi sesetengah pihak, lebih-lebih lagi apabila ianya ditanya oleh seorang yang kononnya ‘berilmu’. Namun oleh kerana ianya ditanya berkali-kali, maka saya yakin ianya bukan ‘bodoh yang dibuat-buat’ tetapi memang tidak terfaham oleh yang bertanya. Oleh yang demikian, memandangkan ada kesukaran untuk memahami perkara ini, saya perlu mengupasnya secara terperinci agar semua faham. Bagi memudahkan lagi, biarlah saya persembahkannya dalam bentuk cerita kanak-kanak atau fairy tale supaya yang masih budak-budak lagi pun akan turut faham.
◘ 1B, 2nd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066 ◘