Skip to main content

Duta Vatican

Adalah jelas video Antara Pos mengenai komen saya berhubung kes Duta Vatican mengandungi terlampau banyak babak 'cut' dan 'edit'. Ia bertujuan memutar-belit komen saya sepertimana yang terpampang jelas dari tajuk video itu sendiri. Saya tidak membela Duta Vatican dan tidak juga menyatakan bahawa ianya merupakan pendirian PAS Selangor. Di dalam temuramah tersebut, saya sekadar menjelaskan bahawa pendirian Duta tersebut adalah pendirian serta pendapat peribadi beliau yang tidak mungkin kita ubah.

Saya juga menyebut bahawa beliau tidak sepatutnya campur tangan kerana ini adalah urusan Negara kita dan sebagai tetamu maka adalah tidak wajar memberi sebarang komen terhadap isu tersebut. Namun saya turut menjelaskan bahawa ianya mungkin disebabkan wujudnya undang-undang yang berbeza dari satu negeri ke satu negeri yang lain dan ini boleh menyebabkan beliau keliru. Terakhirnya saya juga menyatakan bahawa beliau telahpun meminta maaf dan bagi saya ianya adalah memadai dan isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi. Pada masa yang sama saya tidak sama sekali menyentuh pendirian majlis fatwa Kedah atau Kebangsaan sepertimana yang telah didakwa pihak tersebut.

Amat malang apabila dalam keadaan ketiadaan isu di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, 'mereka' begitu terdesak sehingga memutar-belit fakta. Cukuplah dengan adanya Utusan dan TV3, Malaysia sama sekali tidak memerlukan sebuah lagi saluran penyebar fitnah di dalam bentuk Antara Pos.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Samanla Antarapos kalau brani!
Izuddin said…
I am a Christian and I follow Islam. No No...I beither follow Arab Sharia nor malay Sharia. I follow Islam.

Arab Sharia is arab law of the land which is in accordance to ISlam. And Malay sharia is of 2 type, viz. British Civil(or Civic) law and the other is Arab Sharia.

Right, Malay Sharia is not Malay law of the land. it is Arab law of the land.

When i say I follow Islam, I refer to justice irregard to race, cultures traditions, social, arts, education, etc.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-