Di sini saya ingin mengemukakan respon terhadap satu penulisan yang menggunakan kisah perang Uhud sebagai asas hujjahnya bagi mempertahankan kekalahan di Kota Damansara. Secara ringkas beliau menyatakan bahawa kekalahan di KD berlaku apabila ahli PAS sendiri tidak sokong calon PAS setelah diarahkan oleh pimpinan untuk menyokongnya. Dalam erti kata lain, strategi untuk PAS bertanding sudah betul, yang salah perlaksanaannya atas sebab keingkaran ahli PAS untuk patuh pada arahan. Ini, menurut penulis berkenaan lagi, adalah sama seperti kumpulan pemanah di Uhud yang tidak akur kepada perintah Rasulullah (SAW) untuk tidak meninggalkan kedudukan mereka di atas Bukit Uhud dan inilah punca kekalahan PAS di KD.
Saya hanya mampu tersenyum apabila membaca hujjah beliau. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya beliau mengakui kekalahan di KD adalah satu yang tidak diingini. Ini jauh lebih ke hadapan berbanding mereka yang berpendirian kalah pun tidak mengapa, yang penting lawan Sosialis! Golongan yang bersikap sedemikian masih tidak faham konsep tahalluf siyaasi rupanya.
Kalau kalah itu sesuatu yang tidak diingini, maka sudah pasti strategi untuk menang perlu diusahakan. Sudah terang lagi bersuluh kalau ingin menang maka tiga penjuru perlu dielak. Kita kena akui, kekuatan PAS sahaja atau PKR sahaja tidak cukup untuk memenangi KD, lebih-lebih lagi apabila sama-sama bertanding di situ. Walaupun semua ahli dan penyokong PAS mengundi calon PAS, ahli PKR dan penyokong PKR akan sokong calon PKR! Undi orang atas pagar yang melihat PR bertelagah sesama sendiri akan pecah dua atau mereka boycott dan tidak undi atau lagi teruk, mereka mengambil keputusan untuk mengundi BN. Maka undi PR pecah dan akibatnya BN menang. Maka bagaimana dikatakan strategi untuk PAS bertanding lawan PKR di KD adalah strategi yang baik dan hanya perlaksanaannya sahaja yang tidak betul? Maaf sangat-sangat, tetapi itu yang dikatakan ‘qias ma alfaariq’ atau qias yang tidak kena pada tempatnya.
Punca utama kesilapan dan ketidak-sesuaian qias tersebut adalah kerana ketika ini PAS berpakat di dalam 3 pasukan. Maka sudah pasti strategi mesti diselaraskan di antara tiga pasukan tersebut.
Saya juga nak gunakan kes perang Uhud untuk menjelaskan pandangan saya. Tapi qiasan saya begini;
Di semua kawasan 'perang', pasukan tertentu diminta turun berperang sementara pasukan lain menunggu di atas Bukit Uhud. Di Dusun Tua, pasukan yang turun berperang adalah PAS. PKR dan DAP tunggu atas Bukit Uhud memberi sokongan dan perlindungan pada pasukan PAS. Ianya berjalan baik, PAS menang. Di kawasan Taman Medan, pasukan PKR turun berperang, pasukan PAS dan DAP diletakkan di atas Bukit Uhud, memberi perlindungan kepada pasukan PKR. Ianya berjalan baik juga, PKR menang. Di Bukit Gasing, pasukan DAP turun berperang, pasukan PAS dan PKR duduk atas Bukit Gasing pula kali ini, memberi sokongan dan perlindungan pada pasukan DAP. Ianya pun berjalan baik dan DAP menang.
Di KD, pasukan PKR diminta turun berperang, pasukan PAS dan DAP sepatutnya duduk atas Bukit Uhud, beri sokongan dan perlindungan pada pasukan PKR sepertimana yang telah dipersetujui. Tapi malangnya pasukan PAS turun Bukit Uhud berperang pula dengan pasukan PKR! Saya dimaklumkan bahawa PAS lebih sibuk menyerang Dr Nasir dan PSM dari menyerang calon UMNO/BN. Maka golongan UMNO/BN hanya perlu tengok sahaja dan telah dapat mengalahkan PR. Kesudahannya, yang turun berperang, PAS dan PKR, ramai yang mati, yang tidak mati ditangkap dan dijual sebagai hamba abdi! Dan ‘Kota’ ditawan dan rakyatnya terpaksa menanggung derita di bawah UMNO!
Kalaulah implikasi kekalahan seberat yang saya ceritakan, mungkin PRU ini tidak akan dijadikan bahan mainan oleh sesetengah pihak. Dan mungkin alasan kecil tidak akan dijadikan sebab untuk engkar pada janji. Dan kepentingan strategi yang tepat akan diakui semua. Tetapi kerana kalah dilihat tidak mendatangkan masalah bagi sebahagian, maka keputusan dibuat secara emosi dan acuh tidak acuh. Kalah pun kalah tidak mengapa, kata mereka, yang penting ini dan itu dan itu dan ini...
Tidakkah kamu sedar bahawa kamu telah diamanahkan untuk mengusahakan kemenangan? Kalau tidak pentingkan kemenangan, ketepi jangan ganggu orang lain yang bertungkus lumus untuk menunaikan amanah untuk mencari kemenangan. Ini tidak! Oleh kerana bagi kamu menang tidak penting kamu turun dan halang pula mereka yang ingin menunaikan tanggung-jawab mereka untuk mencapai kemenangan. “Jaga sudut masing-masing” pesanan yang berdesing di telinga saya.
PAS KD, kamu telah turun dari Bukit Uhud dan kamu telah menyebabkan PR kehilangan satu kerusi. Untuk apa?
‘Kilauan’ dan ‘glamor’ turun sebagai calon? Harapan untuk menjadi YB? Pada 2008 tidak mengapa Dr Nasir jadi calon. Kerana mungkin ketika itu tidak nampak boleh menang. Sekarang lain adakah kerana sudah terhidu kemenangan?
Setelah kalah dan natijah buruk dari strategi itu terbentang luas untuk semua melihatnya, adakah PAS ingin mengambil pengajaran? Sepertimana para sahabat Rasulullah (SAW) telah mengambil pengajaran dari perang Uhud atau PAS ingin terus mengambil pendekatan bodoh sombong? Rakyat Malaysia sedang melihat serta menilai tindak tanduk PAS sebagai sebuah parti Islam dan yang lebih penting lagi Allah sedang melihat dan menilai setiap tindak tanduk kita.
Saksikan ya Allah bahawa saya telah memberi nasihat dan teguran ikhlas kepada pimpinan saya!
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Sekadar pandangan seorang penyokong PAS diluar jamaah.
Bandingan peperangan Uhud dengan KD oleh tuan sangat refreshing dan mudah difahami. Peperangan Uhud ini sering digunakan pelbagai pihak untuk tamsilan dan menyandarkan stategi apabila menghadapi sesuatu.
Cerita "penderhakaan" oleh ahli PAS Subang ( kalau saya boleh guna perkataan ini secara bersyarat) terhadap keputusan tertinggi jamaah dan ketidakpatuhan bukan soal kecil yang boleh disapu kebawah karpet.
Kepada Din Ayam dan konco-konco ia adalah satu kesilapan/misadventure atau kecil tetapi sebenarnya suatu kesalahan besar dari segi perjuangan dan halatuju PAS dewasa ni.
Bagi saya dan sebahagan besar penyokong PAS yang berada diluar PAS, kami sedang memerhati apakah tndakan yang akan diambil oleh pucuk pimpinan PAS terutama Presidennya, TGHA.
Bagi saya senang sahaja, kalau tindakan sabotaj DI KD dan tempat2 lain tidak dambl, halatuju PAS Pasca PRU 13 ni tidak dimantapkan termasuk menangani isu UG - PAS tak worth sokongan kami rakyat malaysia dari berbilang kaum.
PAS lebih terok dari UMNO dalam menggunakan ugama untuk kepentingan dan matlamat sempit yang tidak berjijak atas realiti yang ada har ini. You people adalah dreammers of an utopian fantasi yang wujud dalam kepla hangpa sahaja bukan realiti yang ada didepan mata.
Jadi we are watching apa pucuk pimpinan PAS terutama Presiden PAS, TGHA nak buat. Masih kekal kalu, tidak berubah,adioslah....tinggallah geng utopian seperti Din Ayam tu dalam PAS
Janganlah sebab mamat tu menantu presiden,dia boleh dikecualikan
Kita sudah ada perdana menteri "lame duck"
Janganlah PAS ada "lame duck" president
This Din ayam is no big deal la! It's just a state contituency. I am more concerned about how Kedah can be lost just like that. To Mukhriz some more. Thanks to Azizan & you know who la.
I am extremely disappointed over Azizan's comment that better to lose. Wah! If that's the case, kindly resign rather yielding the state of kedah to UMNO.
Again DAP has been very fateful in keeping the seats it won. 2 seats given. All 2 seats won with tremendous increase majority. PAS contested 24 seats, only win 9. PKR can even lost Kulim (If Kulim in the hands of DAP, sure win one)
Now Zairil Khir Johari is going to Kedah to helm DAP Kedah. His dad has won kedah parliamentary seats & have been ministers for many many years. Time for PKR & PAS to set aside seats for DAP to contest. The idea that DAP is restricted to non melayu seats is now over & dead.
Perhatikan satu lagi keputusan yang sangat tragis di DUN Sg Acheh
Jumlah Pengundi: 15,559
BN : 6,891
PAS : 690 (hilang deposit)
PKR : 6,083
Undi Rosak : 217
Keluar Undi : 13,881
Saya tak mau sentuh kalau jumlah PAS dapat + Keadilan dapat dan tambah 119 undi atas pagar PR boleh menang dengan majoriti 1 undi.
Tapi sangat terkejut orang PAS sendiri tak sokong puak2 ni,hinggakan PAS hilang deposit,memalukan jamaah je.apa ini pun tak boleh baca ka
Sedangkan kempen berapi2,kerah tenaga muslimat pi masuk kampong suruh undi Mat Yusni supaya jadi YB kita. nak masuk politik alaf baru guana,merosakkan pakatan je.
Inilah hukuman Allah swt,tidak patuh pada arahan jamaah merupakan kesalahan besar di sisi Allah, mohon taubatlah sahabat2 sekelian.
Ingat kita masuk dan berjuang untuk mencari redaNya serta barakahNya jangan lebih dari itu. Menang kalah lain cerita. W'alam
Ana bersetuju penuh dengan hujah yang YB sebutkan dan menunngu tindak balas dari pimpinan PAS Pusat. Ana menyertai jemaah lebih sepuluh tahun dulu kerana impian pentadbiran parti yang Islamic.
Cuma yang punya angkara telah distribute hujah beliau termasuk tuduhan terhadap YB yang dihebahkan melalui whatapp dan sebagainya. Mungkin ada logiknya YB paparkan hujah/tuduhan itu dalam blog YB supaya jemaah semua dapat membacanya hujah balas ustaz din ayam ni.
Go ask Khalid Samad. How did Nizar win his Bukit Gantang? If not because of DAP. But DAP always has been repaided with threachery as what happen in selangor exco composition.
DAP brand has always been the best among the three. Why UMNO has attacked DAP all the time since 1965? Go & check through history before commenting.
P.S : I disagree appointing Saiffuddin Nasution as liason officer. He should stay in kedah to clear up the mess
Firman Allah SWT,:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً
Yang maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." [An-Nisaa' : 59.]