Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Pengumuman: Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor (29/6, Alor Setar)

Bagi pihak penganjur program -Pejabat YB Khalid Samad-

Waspada Usaha Pecahkan PR

BN menyedari bahawa parti politik ‘pembangkang’ yang bersendirian tidak akan mampu mencabar kedudukan mereka sebagai pemerintah Negara Malaysia. Ini adalah di antara sebab mengapa mereka telah berjaya memerintah Malaysia sekian lama dan menikmati majoriti 2/3 di Parlimen sepanjang masa mereka memerintah. Sepanjang masa, hinggalah pada Mac 2008!

UMNO, Kongkong dan Kampung

Pagi ini saya ingin menceritakan satu peristiwa yang terjadi di Shah Alam semasa PRU 13 yang lalu. Di salah sebuah kawasan di Shah Alam, pada malam pengiraan undi, puak UMNO telah mendapat berita bahawa, untuk daerah mengundi berkenaan, calon BN telah menang di saluran 1 dan 2. Mereka begitu bersemangat dan berkumpul dan terus berkonvoi ke rumah Ketua Kampung! Setiba di sana, mereka berteriak meminta Ketua Kampung keluar untuk bertemu dengan mereka. Apabila ketua kampung keluar, mereka menuntut supaya kunci masjid diberikan kepada mereka! Melihat pada rombongan yang agak ramai, ketua kampong pun naik hairan lalu bertanya. “Apa hal ni?” tanya beliau kepada mereka. Mereka menjawab, “Kami sudah menang! Dan kami mahu ambil alih Masjid supaya tidak lagi diadakan kuliah yang pro-pembangkang”. Ketua kampung lantas menjawab, sabarlah dulu, tunggulah keputusan keseluruhannya! Ringkaskan cerita, itulah niat dan matlamat yang tersirat di hati pimpinan UMNO di peringkat bawahan sekalipun. Mer...

Budaya Serangan Peribadi

Oleh kerana saya bersuara terhadap isu Kota Damansara dari sudut strategi , akhlak , qias dan dongengan ; maka bermacam tuduhan yang telah dilemparkan terhadap diri saya. Tuduhan yang kadangkala membuatkan saya tergelak seorang diri. Kita mahu bahaskan isu KD, mereka tidak bahas dan sebaliknya tuduh saya macam-macam sehingga yang terbaru ini, dibabitkan seorang pimpinan, seorang Almarhum, yang tidak lagi bersama kita.

Mengalah Bukan Kalah

Sdr Arul PSM ada menulis respon yang panjang lebar terhadap tulisan saya menerusi email. Banyak yang diceritakan berhubung rundingan PSM dan PKR serta isu-isu berkaitan. Dia minta saya siarkannya dalam blog saya. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berbuat demikian. Ini kerana saya tidak mahu blog saya dijadikan medan perbalahan di antara PSM dan PKR pula. Yang saya tulis selama ini, samada berhubung Semenyih atau Kota Damansara, adalah sebagai pengajaran yang perlu diambil dari pengalaman ini. Bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Government Coercing Voters to Back BN With Selective Aid

BY SYED JAYMAL ZAHIID ( TMI ) KUALA LUMPUR, June 10 — The ruling Barisan Nasional (BN) coalition is coercing voters to support the government by punishing opposition backers through selective aid, Pakatan Rakyat leaders have said. The federal opposition blasted Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin for his promise to provide greater assistance only to those who backed BN in Election 2013, saying the move was aimed at “victimising” voters in a bid to sustain its political dominance. “It is not surprising as this has always been the way of BN which is to victimise those who vote against them and help those who back them,” PAS central working committee member Khalid Samad told The Malaysian Insider.

Respon Akhir: Isu Kota Damansara

InsyaAllah ini merupakan penulisan saya yang terakhir berkenaan isu KD. Hasil dari teguran dan pandangan saya berhubung isu KD, maka bermacam maklum balas dan cerita dongeng juga kedengaran berhubung diri saya. Maka saya akan cuba jelaskannya di sini. Di antaranya adalah seperti berikut:

Kisah Dogeng Kota Damansara

Saya telah menulis beberapa isu berkenaan KD sebelum ini yang merangkumi persoalan Strategi , Akhlak Jamaah Islam , Kawasan Contoh dan Perang Uhud . Artikel ini akan cuba mengupas beberapa kisah dongeng yang berlegar selepas apa yang berlaku di KD. Apabila ingin menegakkan benang yang basah, maka bermacam-macam kisah dogeng terpaksa dikemukakan berhubung KD. Saya senaraikan di sini beberapa kisah dongeng tersebut satu per satu untuk dinilai bersama.

Sepatutnya Balai Polis Paling Selamat

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, kejadian tiga tahanan mati di dalam lokap dalam masa dua minggu akan menjatuhkan imej serta reputasi polis sekiranya tiada tindakan tegas diambil pada pegawai yang terlibat. Beliau juga berkata, selaku badan yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat, anggota polis yang melakukan kesalahan sehingga menyebabkan tahanan di dalam lokap terbunuh perlu dikenakan tindakan yang tegas serta tidak dilindungi oleh undang-undang.

Tunggu Kebenaran JKR Lawat Tapak Hospital Shah Alam

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata beliau menunggu surat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pusat selama empat bulan berhubung permohonannya melawat tapak serta laporan projek pembinaan hospital di kawasannya. Selaku wakil rakyat Shah Alam, Khalid berkata beliau bertanggungjawab untuk mengetahui perkembangan pembinaan hospital tersebut.

Respon: Perang Uhud dan Kota Damansara

Di sini saya ingin mengemukakan respon terhadap satu penulisan yang menggunakan kisah perang Uhud sebagai asas hujjahnya bagi mempertahankan kekalahan di Kota Damansara. Secara ringkas beliau menyatakan bahawa kekalahan di KD berlaku apabila ahli PAS sendiri tidak sokong calon PAS setelah diarahkan oleh pimpinan untuk menyokongnya. Dalam erti kata lain, strategi untuk PAS bertanding sudah betul, yang salah perlaksanaannya atas sebab keingkaran ahli PAS untuk patuh pada arahan. Ini, menurut penulis berkenaan lagi, adalah sama seperti kumpulan pemanah di Uhud yang tidak akur kepada perintah Rasulullah (SAW) untuk tidak meninggalkan kedudukan mereka di atas Bukit Uhud dan inilah punca kekalahan PAS di KD. Saya hanya mampu tersenyum apabila membaca hujjah beliau. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya beliau mengakui kekalahan di KD adalah satu yang tidak diingini. Ini jauh lebih ke hadapan berbanding mereka yang berpendirian kalah pun tidak mengapa, yang penting lawan Sosialis! Golongan yan...

Isu KD: Dua Kawasan Contoh Yang Patut Dibanggakan

Sambil kita mangambil pengajaran dari kisah sedih seperti Kota Damansara dan Sungai Aceh yang telah saya kupas dari sudut strategi dan akhlak berjamaah , terdapat juga kawasan yang saya sebagai pimpinan PAS Selangor, amat banggakan. Di kawasan ini mereka menzahirkan kesabaran dan kesetiakawanan yang harus dicontohi oleh PAS sebagai sebuah Jamaah Islam. Salah satu kawasan tersebut adalah Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS), DUN Taman Medan.

Bertanding di Kota Damansara Dari Sudut Akhlak Jamaah Islam

Beberapa hari yang lalu telah saya bahas dari sudut ijtihad atau keputusan strategi . Hari ini saya ingin bahas dari sudut yang lebih berat iaitu akhlak jamaah Islam. Untuk membahas dari sudut akhlak jamaah Islam, satu persoalan utama perlu dijawab terlebih dahulu. Persoalan ini ialah samada wakil rasmi PAS dalam mesyuarat perundingan kerusi di peringkat PR Pusat telah memberi persetujuan untuk menerima Dr. Nasir sekiranya beliau diturunkan sebagai calon PKR atau sebaliknya? Sekiranya persetujuan telah diberi oleh wakil rasmi PAS di mesyuarat tersebut, maka walau apa pun alasan yang diberi oleh kawasan dan cawangan-cawangan, tindakan PAS bertanding adalah salah dari segi akhlak jamaah Islam. Sekiranya ianya tidak dibincang dan wakil PAS di mesyuarat perundingan kerusi PR Pusat telah dengan jelas menyatakan bahawa walau apa pun, calon PSM tidak boleh diterima, maka tindakan PKR meletak Dr. Nasir sememangnya menempah masalah.