PAS mengambil sikap terbuka dan menerima kritikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung isu pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Sungai Acheh.
“Kenapa nak terasa (dengan AMK) kerana perkara yang tak sepatutnya berlaku sudah berlaku. Mereka ada hak untuk buat aduan dan kritikan.
“Kalau PAS bertanding dikerusi sendiri tiba-tiba PKR nak juga sudah tentu PAS sakit hati, begitu juga (jika terjadi dengan) DAP,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad ketika ditemui di Kongres PKR ke-9 di Majlid Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS Selangor sudah selesai membuat siasatan mengenai isu kerusi DUN Kota Damansara dan sudah menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
“Perlu ada siasatan dan bagi orang yang bertindak salah kalau ada kesalahan maka tindakan perlu diambil.
“Apa yang ditimbulkan Shamsul dalam konteks nak jaga setia kawan dalam PAS, PKR, DAP untuk memperkukuh Pakatan dan PAS mampu menerimanya dengan baik,” katanya.
Shamsul semalam dalam ucapan dasar AMK membidas ‘parti rakan’ dalam Pakatan Rakyat yang melakukan sabotaj dan mencerca calon parti lain semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semata-mata demi kepentingan peribadi.
“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti kukuh.
“Apakah kita mahu membiarkan amalan tuduh menuduh dan fitnah memfitnah menular dalam Pakatan Rakyat? Apakah kita rela makan daging sendiri?
“Seharusnya sebarang pertikaian atau dakwaan diselesaikan secara dalaman melalui paltform yang sedia wujud.
“Tidak ada kewajaran malah tak masuk akal untuk sebarang pertikaian diluahkan melalui media massa,” katanya.
Ahli Parlimen Bukit Katil itu turut memberi amaran supaya tindakan mengeluarkan watikah menjadi calon dikawasan yang sudah disepakati untuk ditandingi parti rakan tidak lagi berulang pada masa akan datang.
“Kita tidak boleh takut untuk memecat anggota bermasalah. Jika tidak masalah akan menular dan membarah seterusnya merosakkan parti dan Pakatan Rakyat.
“Ini sekaligus akan menafikan keinginan rakyat untuk melihat BN ditumbangkan,” katanya lagi.
Berita ihsan FMT
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments
Yang nyata, gabungan ini menghasilkan win-win situation di mana rakyat amat selesa melihat pemimpin-pemimpin PAS, PKR dan DAP sama-sama berkongsi pentas.
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.
Pengalaman pas di kedah adalah amat bermakna dan signifikan. Akar umbi sudah bersuara sejak 2009 lagi. Pendekatan dan hala tuju kerajaan pr kedah terumbang ambing. Akhirnya tercetus protes sehingga trpaksa dibentuk jawatankuasa pemandu. Masalah calon yang tidak mengikut hasrat akar umbi dan srolah wujud percaturan. Jentera jadi lesu dan protes dlm diam.
Jika pimpinan atasan mampu bertindak profesional dan berfikir dlm konteks yg lebih besar, contohnya menukar mb yang telah pun menjadi liabiliti tentulah keadaan kerajaan pr kedah akan berbeza.
Di selangor, tentunya cabaran akan lebih besar. Selangor beranjak ke fasa ke-2 yg menuntut pendekatan admintrasi yg berbeza. Bolehkah selamanya dihalang akses parti dlm kerajaan negeri dihalang? Oleh sebab pengalaman ubn perkuda kerajaan negeri utk kepetingan diri dan kroni walaupun benar adalah hujah yg lemah jika kita laksanakan cats seperti di Penang.
Pru14 masih jauh. Berdebatlah dan susunlah pimpinan untuk mengatasi kelemahan kita sehingga kita gagal dlm pru13.
Hemat saya, sesiapa yg menjadi penghalang atau cuba merencatkan arus perubahan yg didokong orang muda ini akan tertinggal dan ditinggalkan tak kira dia seorang profesional atau digelar ulama.
Begitu juga soal ulama, siapa ulama? Yang saya tau ulama ialah selain keilmuannya dan kezuhudannya tetapi gelaran ulama itu harus diiktiraf oleh masyarakat. Menggelarkan diri kita ulama tidak semestinya secara automatis masyarakat menerimanya.
Sesungguhnya cabaran lebih besar sdg menanti menjelang pru14. Sementara jalan di depan adalah jelas - meruntuhkan rejim lama dengan kerajaan yg pro rakyat dan agama. Dan yb serta pas selangor sdg berada dlm landasan yg betul.
Wassalam.
Sebagai org awam, saya tak suka alasan PAS bertanding di KD.
Di T'ganu & PP pun saya suka. Kalau calon MCA yg tak byk cawangan di KT & KB, UMNO boleh tlg menangkan. Kenapa PAS tak boleh tlg calon PKR?
/ShahAlam