Skip to main content

PAS Bersikap Terbuka, Terima Kritikan AMK

PAS mengambil sikap terbuka dan menerima kritikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung isu pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Sungai Acheh.

“Kenapa nak terasa (dengan AMK) kerana perkara yang tak sepatutnya berlaku sudah berlaku. Mereka ada hak untuk buat aduan dan kritikan.

“Kalau PAS bertanding dikerusi sendiri tiba-tiba PKR nak juga sudah tentu PAS sakit hati, begitu juga (jika terjadi dengan) DAP,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad ketika ditemui di Kongres PKR ke-9 di Majlid Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS Selangor sudah selesai membuat siasatan mengenai isu kerusi DUN Kota Damansara dan sudah menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Perlu ada siasatan dan bagi orang yang bertindak salah kalau ada kesalahan maka tindakan perlu diambil.

“Apa yang ditimbulkan Shamsul dalam konteks nak jaga setia kawan dalam PAS, PKR, DAP untuk memperkukuh Pakatan dan PAS mampu menerimanya dengan baik,” katanya.

Shamsul semalam dalam ucapan dasar AMK membidas ‘parti rakan’ dalam Pakatan Rakyat yang melakukan sabotaj dan mencerca calon parti lain semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semata-mata demi kepentingan peribadi.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti kukuh.

“Apakah kita mahu membiarkan amalan tuduh menuduh dan fitnah memfitnah menular dalam Pakatan Rakyat? Apakah kita rela makan daging sendiri?

“Seharusnya sebarang pertikaian atau dakwaan diselesaikan secara dalaman melalui paltform yang sedia wujud.

“Tidak ada kewajaran malah tak masuk akal untuk sebarang pertikaian diluahkan melalui media massa,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu turut memberi amaran supaya tindakan mengeluarkan watikah menjadi calon dikawasan yang sudah disepakati untuk ditandingi parti rakan tidak lagi berulang pada masa akan datang.

“Kita tidak boleh takut untuk memecat anggota bermasalah. Jika tidak masalah akan menular dan membarah seterusnya merosakkan parti dan Pakatan Rakyat.

“Ini sekaligus akan menafikan keinginan rakyat untuk melihat BN ditumbangkan,” katanya lagi.

Berita ihsan FMT
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Amir Hamzah said…
YB, saya terharu diatas tulisan YB dan saya yakin ia turut dirasai dan dihargai pimpinan AMK. Saya yakin ia bukan masalah besar dan saya percaya AMK juga harus berani dan berbesar hati menerima sebarang teguran dan kritikan.
lokmanmustafa said…
Pakatan Rakyat masih merupakan a work in progress. Salah faham mungkin tak dapat dielakkan ketika masing-masing masih di peringkat mengenali antara satu sama lain.
Yang nyata, gabungan ini menghasilkan win-win situation di mana rakyat amat selesa melihat pemimpin-pemimpin PAS, PKR dan DAP sama-sama berkongsi pentas.
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.
Unknown said…
saya salute ulasan bijak dari YB khalid samad. orang2 seperti YB lah yg di perlukan dalam PR. maaf klu sy bercakap.. isu2 sensitif seperti hudud kalimah Allah pihak2 tertinggi kena bijak menjawab.. dari perangkap wartawan pro BN yg bertindak seperti batu api. pantang di hulur microfon terus melatah. teguran saya ini has untuk TG Haji Hadi & Dato Harun Din , Karpal sikh..anda merupakan senior dlm politik.. dan pasti tahu untuk menghandle situasi tersebut
Abu Amin said…
Stetmen yg bagus YB. Jauh lebih baik drpd stetmen beberapa org pemuda Pas. Semoga yg bersalah minta maaf je jgn buat2 bebal.
Unknown said…
Dah di jangka yb khalid mesti bersuara,kat ampang tmpat aku pkr bertanding, bersungguh2 kami ahli pas membantu calon pkr yg bertanding ,tenaga dan wang ringgit.bila menang 2008 ahli keadilan yg penakut nak berjuang terus menonjol diri bila wakil nya menang pastu berebut projek inden.syabas yb khalid kera di hutan di susukan anak dirumah kelaparan.
Unknown said…
Dah di jangka yb khalid mesti bersuara,kat ampang tmpat aku pkr bertanding, bersungguh2 kami ahli pas membantu calon pkr yg bertanding ,tenaga dan wang ringgit.bila menang 2008 ahli keadilan yg penakut nak berjuang terus menonjol diri bila wakil nya menang pastu berebut projek inden.syabas yb khalid kera di hutan di susukan anak dirumah kelaparan.
Alhamdulillah ..pencerahan minda yang mantap dan penjelasan yang berkesan ana jangka pada semua pihak.Inilah ulasan dan komen yang ana nantikan dari pimpinan PAS.Semoga apa yang berlaku akan menguatkan iltizam kita sebagai Pakatan Rakyat dan tiada sapa yang boleh gagu gugat walau digeletek, dicuit,dicocok oleh BN dan macai yg telah diswastakan.
Attar said…
Salam yb...Sikap brlapang dada dlm menerima ktitikan adalah sikap trpuji yg dituntut. Shamsul pun bila mengkritik harus juga jaga adab. Masing-masing parti dlm pr ada kelemahan. Harus ada prinsip keakuran pada pimpinan atasan, pimpinan atasan pula harus byk mendengar dan bertindak selari dengan kehendak akar umbi. Gagal meligat tujuan dlm gagsan yg lebih besar juga suatu masalah yg menghantui pimpinan peringkat pertengahan dan akar umbi.

Pengalaman pas di kedah adalah amat bermakna dan signifikan. Akar umbi sudah bersuara sejak 2009 lagi. Pendekatan dan hala tuju kerajaan pr kedah terumbang ambing. Akhirnya tercetus protes sehingga trpaksa dibentuk jawatankuasa pemandu. Masalah calon yang tidak mengikut hasrat akar umbi dan srolah wujud percaturan. Jentera jadi lesu dan protes dlm diam.

Jika pimpinan atasan mampu bertindak profesional dan berfikir dlm konteks yg lebih besar, contohnya menukar mb yang telah pun menjadi liabiliti tentulah keadaan kerajaan pr kedah akan berbeza.

Di selangor, tentunya cabaran akan lebih besar. Selangor beranjak ke fasa ke-2 yg menuntut pendekatan admintrasi yg berbeza. Bolehkah selamanya dihalang akses parti dlm kerajaan negeri dihalang? Oleh sebab pengalaman ubn perkuda kerajaan negeri utk kepetingan diri dan kroni walaupun benar adalah hujah yg lemah jika kita laksanakan cats seperti di Penang.

Pru14 masih jauh. Berdebatlah dan susunlah pimpinan untuk mengatasi kelemahan kita sehingga kita gagal dlm pru13.

Hemat saya, sesiapa yg menjadi penghalang atau cuba merencatkan arus perubahan yg didokong orang muda ini akan tertinggal dan ditinggalkan tak kira dia seorang profesional atau digelar ulama.

Begitu juga soal ulama, siapa ulama? Yang saya tau ulama ialah selain keilmuannya dan kezuhudannya tetapi gelaran ulama itu harus diiktiraf oleh masyarakat. Menggelarkan diri kita ulama tidak semestinya secara automatis masyarakat menerimanya.

Sesungguhnya cabaran lebih besar sdg menanti menjelang pru14. Sementara jalan di depan adalah jelas - meruntuhkan rejim lama dengan kerajaan yg pro rakyat dan agama. Dan yb serta pas selangor sdg berada dlm landasan yg betul.

Wassalam.
shukri said…
Salam YB,,, MBSA naikkan Caj parking,, Patutnya turunkan atau maintain, bukannya naikkan,, soal tarif 1998 atau tarif lama, itu soal lain. Bukan itu caranya MBSA nak cari duit,, kenaikan itu memang sedikit sahaja, tetapi hati yang sakit kerana kenaikan itu sangat ramai, percaya lah,,
W@U said…
Salam YB Khalid,

Sebagai org awam, saya tak suka alasan PAS bertanding di KD.

Di T'ganu & PP pun saya suka. Kalau calon MCA yg tak byk cawangan di KT & KB, UMNO boleh tlg menangkan. Kenapa PAS tak boleh tlg calon PKR?


/ShahAlam
Unknown said…
hadi dan nasharudin mat isa adalah geng.. dan mereka mempunyai agenda yg sama.. tak terkecuali nik abduh.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-