Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad menyifatkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa Barisan Nasional (BN) kalah di kawasan pengundi yang mengutamakan demokrasi mengesahkan bahawa parti tersebut tidak demokratik.
Dalam forum yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Rabu lalu, Saifuddin berkata, BN kalah di kawasan-kawasan di mana para pengundinya lebih mengutamakan demokrasi termasuk penyelesaian isu-isu yang berkaitan dengan ketelusan, rasuah serta pilihan raya yang bersih dan adil.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Saifuddin kerana kenyataannya yang mengesahkan kepada semua rakyat bahawa BN tidak demokratik," kata Khalid.
Malah, katanya, sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri lagi BN tidak bersifat demokratik dengan berdalihkan alasan "demokrasi ala-Malaysia".
Sependapat dengan Saifuddin, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kemenangan Pakatan Rakyat lebih didorong oleh isu di mana rakyat yang mengundi Pakatan bertekad mahu memulihkan demokrasi.
"Mereka juga mahu kerajaan yang komited untuk mewujudkan negara berkebajikan, bersifat telus, mengamalkan tadbir urus yang baik (good governance) dan lain-lain amalan yang pro-rakyat," katanya.
Khalid bagaimanapun tidak sependapat dengan pandangan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu yang menyatakan BN menang di tempat-tempat di mana pengundi mahukan pembangunan seperti jalan dan sekolah baru.
"Umno sebenarnya menang kerana kejayaannya mengapi-apikan perkauman.
"Orang-orang Melayu terutamanya yang tidak mendapat maklumat yang sebenarnya mengundi BN kerana takut orang-orang Cina akan memerintah Malaysia jika tidak mengundi BN," katanya.
Dengan kejayaan kempen perkauman Umno menakut-nakutkan mereka, kata beliau, pengundi-pengundi yang mendapat maklumat berat sebelah itu lebih sanggup mengundi BN "yang zalim".
"Ia sekaligus membuktikan hanya isu perkauman sahaja yang menjadi tempat Umno berpaut dan hanya perkauman sahajalah yang parti itu boleh gunakan untuk survivalnya," kata Khalid.
Bagaimanapun, di tempat-tempat di mana pengundi-pengundinya lebih bermaklumat dan peka terhadap perlunya negara yang lebih demokratik, mereka memberikan kepercayaan kepada Pakatan.
"Contohnya apa yang berlaku di Shah Alam di mana 70 peratus pengundi adalah orang-orang Melayu. Ia membuktikan kematangan pengundinya dan menolak kempen perkauman Umno serta lebih berminat kepada isu yang lebih besar dan penting.
"Mereka tolak calon yang dengan sengaja memakai imej pelampau Melayu untuk kepentingan dirinya," kata Khalid sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Pakatan.
Berita ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments
Its simply that the Malays are uneducated in Islam because these religious advisers to the Majlis Raja-Raja uphold Islam second to Malay race, and third to Malay politics, and fourth to malay economy.
Islam is likened to Law and order and none shall be above it. The rapist can marry the victim, but after the rapist is punished for Zina and Khalwat under Malaysian Islamic Sharia, which is unnecessarily similar to Arabic Islamic Sharia.
The rapist and the victim MUST be punished not under statutory rape law but under Islamic Sharia for Zina & Khalwat, which not by fine and imprisonment, but by canning. Canning is metted upon them because they were innocently sexually 'naughty'
In Islamic Shariah, all sex related offenses, ranging from forced sex, promiscuity and up to improper dressings and functions are to be considered punishable under Zina & Khalwat.
Mungkin tok nek moyang depa ni merempat dalam hutan macam bani israil merempat di padang pasir. Perangai pun macam yahudi.
Betoi lah dalam umno ada orang macam md noh dan zahidmidi mai dari hutan.
bangun solat Subuh dan jadi Muslim, bukan jadi Melayu.