Skip to main content

Video: Deepak Tak Dibayar, Altantuya Tak Dibayar, Sultan Sulu Pun Tak Dibayar



Video courtesy of MediaRakyat
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Grand Marquis said…
1. YB suruh baca akhbar filipina, jadi kita tengok apa kata akhbar filipina

http://newsinfo.inquirer.net/366851/govt-intel-eyes-3-groups-abetting-sulu-sultans-claim

2. YB dakwa mereka tak dibayar, YB tau ke, YB ada CCTV monitor dia orang 24 jam ke? Atau itu sekadar persepsi dan sangkaan ataupu YB sendiri? YB ada bukti yang jelas ke yang mereka ini semua tak dibayar? Mungkin YB akan konar dan tanya kita ada bukti ke mereka ini di bayar. Jadi saya jawab, kita tak de bukti, jadi kita tak tuduh siapa-siapa. Tapi YB bercakap macam diri sendiri tahu segala-galanya sampai mendakwa secara konfiden mereka ini tak di bayar. Nak tanya YB, ini ajaran Islam ke? Membuat dakwaan tanpa bukti?

3. Cara YB membuat ucapan nyata menunjukkan rendahnya status YB. Macam seorang tukang karut yang membuat lawak dengan diisikan dengan perkara-perkara yang samar samar tanpa fakta yang jelas.

Akhir sekali, saya rasa YB pun akan kata Bapa Saiful tak dibayar. Sebab apa, sebab ia menguntungkan perjuangan politik YB. Dan kalau tanya YB Saiful dibayar tak? Mesti YB jawab YA.

Itu lah standard seorang YB yang sering mengaku partinya lebih Islam dari yang lain. Tapi adakah tindakan YB sendiri itu Islamik? Sekadar nak letak dalam konstitusi, siapa pun boleh.
Unknown said…
BARU la ada logik.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...