Skip to main content

Parlimen Tidak dibubar Hingga ke Hari Ini!

Tajuk pembubaran Parlimen sudah menjadi bahan lawak jenaka di kalangan masyarakat. Bila jumpa sahaja, mesti ada yang bertanya, “bila PRU ni YB?” Akhirnya sendiri tanya sendiri jawab, “Najib tidak berani…” Ada juga yang tweet dengan menyatakan “boooo baaaa, boooo baaaa laaa..” seolah mengejek Najib agar janganlan takut untuk bubarkan Parlimen. Kesian. Pernahkah seorang PM Malaysia diejek sedemikian rupa?

Semalam, mungkin sebagai satu lawak sinis, ada seorang hamba Allah yang tidak dikenali memulakan khabar angin dengan meletakkan gambar keratan akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk “Parlimen dibubarkan hari ini”. Maka kecohlah semua yang membacanya dan diforwardkan kepada semua kenalan. Akhirnya bila dibaca dengan teliti, ianya merupakan tajuk berita pada 13 Februari 2008 dengan gambar Pak Lah di muka depan utusan!

Lawak sinis ini sebenarnya bertujuan untuk memerli pentadbiran Najib yang bagaikan menikus dalam soal pembubaran Parlimen. Nampak gaya ketidakberanian Najib sudah menjadi pengetahuan umum. Tindakkan melengah-lengahkan pembubaran tidak mendatangkan untung padanya. Sebaliknya menjadikan beliau bahan ketawa sepertimana dengan peristiwa sambutan tahun baru Cina dengan penyanyi Korea Psy!

Maka Najib semakin dikenali sebagai seorang yang kurang berani. Walaupun telah mengacah beberapa kali kononnya mahu adakan PRU, tetapi akhirnya tidak jadi setiap kali. Ketidakberanian Najib menyebabkan pilihan raya ditangguh bulan demi bulan, minggu demi minggu, hari demi hari. Najib pula melancarkan berbagai usaha termasuk BR1M untuk mendapatkan sokongan rakyat. Malang untuk Najib, lagi lama ditunda, semakin teruk keadaan sokongan terhadap BN.

SUDAHLAH PENAKUT, TIDAK TAHU MALU!

Najib adalah seorang Perdana Menteri yang tidak tahu rasa malu. Beliau telah menjadi PM melalui pintu belakang, iaitu melalui perletakan jawatan oleh Tun Abdullah Badawi apabila tidak lagi menjadi Presiden UMNO. Dia tidak menjadi PM melalui pilihan raya! Pada 2008 Tun Abdullah yang memimpin BN dan memenangi Pilihan Raya tersebut, walaupun dengan majoriti yang menguncup. Dalam keadaan sebegini, mana-mana pemimpin yang bermaruah, sekiranya menjadi PM melalui pintu belakang seperti Najib, akan membubar Parlimen secepat mungkin untuk mendapat mandat baru dari rakyat. Ini adalah penting untuk membuktikan rakyat terima dan bersama kepimpinan beliau.

Sepertimana beliau mampu membuat de’ aje dalam kes Psy, begitu jugalah dalam persoalan ini. Dia buat tidak tahu, macam tidak ada benda. Tapi, Alhamdulillah rakyat tahu dan tidak ada yang buat tidak tahu macam yand dia buat insyaAllah.

ISU RASUAH TERUS MENGHANTUI NAJIB

Lagi lama ditangguh PRU, maka semakin banyak salah laku UMNO/BN yang timbul. Isu penyelewengan UMNO Selangor berhubung 25 keping tanah yang difaraidkan kepada UMNO Selangor didedahkan dalam DUN oleh YB Ng Suee Lim As-Sekinchanii. Isu tanah yang diberi kepada Raja Roopiah pula didedahkan oleh Deepak. Penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya turut ditimbulkan kembali semasa Deepak membuat pendedahannya!

Persoalan rasuah yang terus bermaharaja lela terbukti sekali lagi melalui video berhubung amalan pemimpin BN Sarawak yang mengagih-agihkan tanah sesama mereka. Ianya lebih memalukan apabila disediakan oleh sebuah badan luar Negara dan sekarang tersebar luas seluruh dunia.

Penganiayaan yang terhasil terhadap rakyat miskin khususnya dalam kes Sarawak tidak diambil peduli. Rakyat yang tidak bertanah akhirnya diusir dari tempat tinggal mereka dan kedaifan dan ketidak-mampuan mereka untuk melawan balik digelakkan bersama oleh pimpinan BN. Mereka dan kroni menjadi kaya raya atas harta rakyat dan rakyat dipaksa merempat. Ini kali lah!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-