Skip to main content

Altantuya: Panggil Semua Disebut Dalam SD1 Bala

Oleh: Muhammad Faizal (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyambut baik pendedahan dilakukan oleh Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Sehubungan itu, beliau mendesak Peguam Negara membuka semula kes perbicaraan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan memanggil kesemua nama-nama yang disebut di dalam akuan bersumpah pertama (SD1) yang dilakukan oleh PI Bala sebelum ini.

"Saya menyambut baik pendedahan berani yang dilakukan oleh PI Bala malam tadi dan ia merupakan satu permulaan baru kepada kes yang membabitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya.

"Jadi, kita mendesak agar Peguam Negara segera membuka semula perbicaraan dan memanggil nama-nama yang disebut dalam SD1 itu," jelas beliau.

Khalid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut berpendapat, PI Bala telah merasakan diri beliau selamat dari ancaman pihak-pihak tertentu termasuk keluarga sehingga berani tampil secara terbuka untuk membuat pendedahan.

PI Bala yang sebelum ini terpaksa membuat akuan bersumpah kedua (SD2) dan membawa keluarganya ke India apabila terdapat ancaman dari pihak tertentu yang tidak senang dengan SD1 beliau itu.

"PI Bala tampil membuat pendedahan apabila beliau merasakan dirinya termasuk keluarganya terjamin selamat dan tidak akan dicederakan.

Bala malam tadi tampil di pentas umum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), beliau menceritakan penglibatannya sebagai penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda yang merupakan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

PI Bala juga menceritakan secara terperinci kandungan akuan bersumpahnya yang pertama di forum ‘Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?’ itu.

Berita ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Grand Marquis said…
Sebenarnya rasa lucu juga bila melihat isu Bala dan Altantuya. Disini kita lihat sikap double standard pemimpin PAS yang sering mengaku diri mereka lebih Islam. Tapi bila ada isu-isu yang mereka lihat dapat memberikan kepentingan politik, maka, mereka segera mencampakkan al-Quran dan as-Sunnah ketepi dan mengutamakan kepentingan politik. Mana pergi surah Al-Hujurat ayat 6 yang menyuruh kita menyiasat berita dari orang yang fasik. Mungkin bagi pemimpin pas macam YB menganggap Bala ni bukan orang fasik.

Berbanding pula 2 kes yang lain yang melibatkan pemimpin utama pakatan PR,

1. Kes video seks seorang pemimpin mereka. Bandingkan SD Bala ni sekadar hearsay (atau dalam bahasa Melayu aku dengar si polan cakap), tapi YB berusaah menafikan. Kenapa tidak diminta dibuka kertas siasatan ataupun tubuhkan suruhan diraja untuk menyiasat, tapi bila melibatkan kepentingan sendiri, hearsay dari seorang yang fasik pula dijadikan sandaran? Oklah, mungkin YB akan kata kita sekadar minta dibuka kertas siasatan, bermakna kita dah ikut Quran la tu sebab Quran suruh siasat berita dari orang fasik. Baiklah. Tapi kenapa YB tidak mendesak dibuka kertas siasatan terhadap video sek pemimpin PR sedangkan isu ini isu yang serius kerana kalau PR menang, Malaysia bakal mempunyai pemimpin yang rendah moralnya sekira siasatan terperinci tidak dilakukan. Nampak sangan di sini ada sikap double standard.

2. Kalau YB kata video itu besi, baiklah, sekarang kita tengok pulak SD Dato Murad, ex gabenor bank negara tentang DSAI yang songlap 3 billion wang. Kedua-dua adalah SD, tapi kenapa satu SD perlu kepada siasatan dan satu dibuat tak peduli? Malah kalau nak diikutkan, SD dato Murad lebih kuat kerana beliau adalah Gabenor bank negara ketika itu. Sedangkan SD Bala ni hanya berdasarkan hearsay. Itu belum kira SD kedua Bala yang jelas menunjukkkan beliau ini seorang yang fasik dan tidak boleh dipercayai sebab boleh mengeluarkan 2 SD yang berbeza dalam masa 2 hari. Kenapa pula SD pertama yang menjadi tumpuan sedangkan SD kedua ditolak tepi? Kalau nak siasat, baik siasat dua dua sekali. Kenapa hanya membuka siasatan pada isu yang mempunyai kepentingan politik YB sahaja?

Inilah Islam yang YB selalu dakwa lebih Islam dari UMNO mahupun segala Islam lain. Saya dah kata berkali-kali, persepsi memang senang sebab tak perlukan fakta. Tapi adakah tindakan YB ini mencerminkan Islam ataupun ia sekadar kekotoran akidah politik yang dibalutkan dengan jenama Islam?

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan