Skip to main content

Perbahasan Dengan Fathul Bari: Mendapat Izin DAP?

Ini ialah merupakan persoalan kelapan yang sering digunakan oleh FB untuk mempertikaikan pendirian PAS yang telah saya jelaskan dan kupas. Namun sepertimana yang telah saya jangkakan sejak dari awal lagi, tiada sebarang respon darinya. Akan tetapi, sepertimana juga yang telah saya nyatakan seblum ini, itu tidak merupakan masalah kerana bukan dia yang menjadi sasaran saya. Penyelesaian bagi orang seperti FB senang sahaja, seperti saya ulangi berkali-kali, PR jadi pemerintah, maka beliau akan bersama PR.

Namun kekeliruan yang ditimbulkan beliau, dalam khidmatnya kepada pemerintah yang sediada perlu ditangani. Supaya rakyat jelas, bukan perlu dijelaskan kepadanya. Beliau sentiasa kabur dan akan ikut siapa sahaja pemerintah. Pemerintah kabur, maka beliau kabur. Pemerintah jelas, dia tetap kabur! Itulah masalahnya jika menyokong di atas sebab sokong pemerintah dan bukan atas sebab kebaikan yang dilakukan!

Kebelakangan ini beliau juga sering menggunakan ungkapan “tunggu izin DAP”. Jelas Fathul ingin memfitnah PAS seolah-olah PAS tunduk pada DAP. Hakikatnya adalah sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, iaitu PAS bebas membuat apa yang PAS inginkan di atas platform PAS. Tetapi, di atas platform PR, semua parti mesti bersetuju secara sebulat suara.

Dalam ertikata lain, untuk dilakukan atas nama PR, PAS perlu mendapat persetujuan DAP dan PKR; begitu juga DAP perlu mendapatkan persetujuan PAS dan PKR; dan PKR memerlukan persetujuan DAP dan PAS. Dalam suasana ini, ianya bukan tunduk menunduk tetapi perbincangan dan perbahasan di antara rakan yang sama penting, sama kuat dan saling menghormati sehingga tercapai kata sepakat dalam semua hal.

Itulah sebabnya MCA pula menuduh DAP tunduk pada PAS. Kerana MCA tahu ada yang DAP inginkan tetapi PAS tidak bersetuju dan oleh itu ianya tidak lulus sebagai dasar PR. Sebagai contoh, termasuklah persoalan pilihan raya pihak berkuasa tempatan. PAS menganggap ianya tidak sesuai buat masa ini.

PAS boleh sahaja menyatakan DAP tunduk kepada PAS dalam soal ini tetapi itu bukan keadaan yang sebenarnya. Keadaan sebenar adalah tiada yang tunduk kepada yang satu lagi dan bukan itu pun kehendak yang ingin dicapai. Soal menyuruh pihak lain tunduk kepada semua keputusan yang dibuat adalah kerja diktator dan pemerintah Thaghut. Bukan kerja PAS atau mana-mana parti komponen PR.

Pandangan bahawa PAS mesti dominan baru ianya adalah syarii adalah pandangan yang meleset. Dalam soal ‘hiful fudhul’ atau perjanjian kerjasama saling membantu untuk melakukan sesuatu kebaikan sepertimana pernah disebut Rasulullah (SAW). Apa yang lebih penting adalah PAS tidak didominasi dan matlamatnya baik dan akan menguntungkan perjuangan Islam. Syarat dan matlamat ini dipenuhi melalui PR. Begitu juga dengan apa yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa PKR juga merupakan sebuah parti yang terdiri dari majoriti Islam. Pemimpin Islam mereka lebih menghayati Islam berbanding UMNO. Oleh itu kepentingan Islam juga lebih terbela. Dalam UMNO yang dominan adalah Melayu, bukannya Islam.

Bersambung dalam bahagian akhir...

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD