Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Video: Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan

Video ihsan TVWau -Pejabat YB Khalid Samad-

Kos Satu Bilik Darjah Dibina UMNO-BN Bernilai RM1 Juta

SHAH ALAM 13 FEB : Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta. Ia berbeza apabila Kerajaan Umno-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pembinaan SJK(T) Ladang Midlands di sini yang dibina dengan kos RM.4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu.

Perbahasan Dengan Fathul Bari: Memilih Antara DAP dan UMNO

Isu ini adalah isu terakhir yang ditimbulkan Fathul Bari yang akan saya jawab. Sembilan isu telah beliau kemukakan dan kesemuanya saya telah hurai dengan panjang lebar. Saya tahu beliau akan tetap di atas pendiriannya kerana paksi kepada segala hujjahnya ialah bersandarkan bahawa beliau mesti bersama dengan pemerintah walau sejahat mana sekalipun pemerintah tersebut. Namun dalam mempertahankan pemerintah, beliau sanggup memutar-belitkan fakta dan ini amat sangat mendukacitakan.

Perbahasan Dengan Fathul Bari: Mendapat Izin DAP?

Ini ialah merupakan persoalan kelapan yang sering digunakan oleh FB untuk mempertikaikan pendirian PAS yang telah saya jelaskan dan kupas. Namun sepertimana yang telah saya jangkakan sejak dari awal lagi, tiada sebarang respon darinya. Akan tetapi, sepertimana juga yang telah saya nyatakan seblum ini, itu tidak merupakan masalah kerana bukan dia yang menjadi sasaran saya. Penyelesaian bagi orang seperti FB senang sahaja, seperti saya ulangi berkali-kali, PR jadi pemerintah, maka beliau akan bersama PR.

Ulasan Peristiwa Kehadiran Kristian Najran Di Madinah

Saya telah membuat petikan dari Seerah Rasulullah (SAW) berhubung peristiwa di atas tanpa membuat apa-apa ulasan berhubungnya. Itupun terdapat 2 komen yang menyerang saya, rasa saya kalau ya pun, tunggulah saya ulas dulu barulah serang. Takkan buat petikan dari Seerah tanpa apa komen pun sudah marah. Tak professional lah begitu. Nampak sangat ditugaskan untuk menyerang saya walau apa pun saya nyatakan, atau dalam kes ini tidak nyatakan! Haa… selepas ini bolehlah serang! Tapi tunggu dulu biar saya habis tulis. Dari petikan Peristiwa Kehadiran Kristian Najran di Madinah yang dibuat, ada beberapa pengajaran yang ingin saya kongsikan. PENGAJARAN PERTAMA Sebenarnya kedatangan Kristian dari Bandar Najran (masih ada di Saudi) adalah kerana mereka telah menerima surat dari Rasulullah (SAW) untuk samada terima Islam, bayar jizyah atau berperang. Tawaran ini adalah tawaran biasa yang dilakukan Rasulullah dan Khulafa Ar-Rasyidiin terhadap kawasan atau Negara yang ingin di buka oleh keraja...

Pengguguran Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama’: Satu Kupasan

Ada yang bertanya saya mengenai persoalan ini, seolah-olah saya pula ahli Majlis Syura Ulama’! Saya menjawab saya tidak tahu selain dari apa yang telah dinyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Syura. Maka apabila ditanya, saya minta semua merujuk kepada kenyataan tersebut. Ada yang memberikan gambaran seolah-olah saya pula yang ‘merancangkan’ pengguguran ini. Hebat sangatlah saya sehingga Majlis Syura dipengaruhi saya tanpa saya hadir mesyuarat tersebut! Ada pula yang menganggap bahawa saya yang paling gembira dengan pengguguran Ustaz Nasha. Pelik betul golongan ini, saya tidak terlibat dalam Majlis Syura maka tidak sama sekali berhadapan dengan beliau dalam mana-mana mesyuarat Majlis Syura sekalipun. Samada beliau merupakan anggota Majlis Syura atau tidak, ia tidak memberi kesan bagi saya secara peribadi.

If You Want To Have A Better Malaysia, The Way Ahead Is Pakatan Rakyat [Video]

UMNO & Cornies Are Striping The Welth Of The Malay Video ihsan MediaRakyat -Pejabat YB Khalid Samad-