Skip to main content

Video: Tiada Jihad Di Palestin?

TIADA JIHAD DI PALESTIN - UIS

Ust. Idris Sulaiman (Ahli Majlis Syura Ilmuan Malaysia)

DR ASRI BIDAS ULAMA MUDA UMNO-ISU TIADA JIHAD DI PALESTIN

Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Maza)

JIHAD PALESTIN : PEMUDA PAS BIDAS ULAMAK MUDA UMNO
KUALA LUMPUR: Ulama Muda Umno (Ilmu) memperlihatkan kedangkalan mereka apabila mengatakan tidak ada jihad di Palestin sedangkan jihad itu adalah usaha berterusan menentang kezaliman sebagaimana di tuntut oleh Nabi junjungan Muhammad SAW.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Ridhuan Mohd Noor berkata, dalam konteks Palestin, jihad adalah fardhu kerana bumi Palestin dijajah oleh Yahudi sehingga umat Islam kehilangan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam.

"Umat Islam Palestin juga dibunuh, dipenjarakan dan dirogol dalam masa yang sama Yahudi tidak pernah patuh kepada sebarang perjanjian yang dibuat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas rakaman penjelasan Ahli Majlis Syura Ulama Muda Umno Idris Sulaiman berhubung isu Palestin yang tersebar dalam laman Youtube (gambar kanan)sejak beberapa hari lalu.

Malah kata Ridhuan, Ulama Muda Umno sendiri telah menunjukkan ketidakfahaman mereka apabila mengatakan tidak perlu memboikot produk jaringan Israel.

Tegas Ridhuan, di zaman Nabi SAW, generasi sahabat pernah memboikot telaga 'Ruumah' milik Yahudi dan akhirnya dijual telaga itu kepada Saidina Othman bin Affan.

Jelasnya, ini menunjukkan kepada umat Islam bahawa tindakan boikot pernah dilaksanakan oleh generasi sahabat Nabi Muhammad SAW.

Beliau turut membidas kenyataan Ulama Muda Umno yang meminta rakyat Palestin berhijrah keluar dari Palestin, sedangkan katanya setiap inci bumi Palestin adalah milik mereka dan wajib mereka pertahankan dan membebaskan daripada Zionis.

Sementara itu, sehingga berita ini ditulis, seramai 100 penonton memilih tidak suka manakala hanya empat sahaja memilih suka kepada kilp video itu.

Dalam pada itu, tegas Ridhuan, Ulama Muda Umno perlu menasihati pimpinan negara ini yang bersekongkol dengan Israel contohnya membenarkan hubungan dagang bahkan pernah menjemput pasukan kriket Israel ke negara ini pada 1997.

"Malangnya, Ulama Muda Umno dilihat lebih menjadi pekakas politik bagi membenarkan kezaliman dan kejahatan Umno yang memerintah lebih 55 tahun ini.

"Mereka sepatutnya menasihati Umno BN untuk mengiktiraf kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat dalam ruang demokratik," jelasnya. -Harakahdaily

Berkaitan: Mesej Dari Sahabat di Gaza
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...