Skip to main content

Terdesaknya MCA: Isu Bukan Islam ditangkap Khalwat

Ini juga merupakan satu lagi isu yang memperlihatkan betapa terdesaknya MCA. Hakikatnya soal khalwat langsung tidak timbul!

Jika dilihat pada saman yang dikeluarkan, kesalahan yang disebut adalah ‘berkelakuan tidak senonoh’. Saman ini pun dari PBT dan bukan dari Jabatan Agama Islam Kelantan. Tangkapan Khalwat hanya dilakukan oleh Jabatan Agama Islam terhadap orang Islam. PBT pula menyaman semua orang, Islam dan bukan Islam, atas apa jua kesalahan yang terdapat dalam rang undang-undang PBT.

‘Kelakuan tidak senonoh’ di tempat awam memang satu kesalahan di kebanyakan PBT di Malaysia. Kalau di England, mungkin bercium di tempat awam di khalayak ramai tidak dianggap ‘tidak senonoh’. Begitu juga mungkin berpeluk-pelukan dan bercumbu-cumbuan di antara dua orang kekasih di tempat awam di London. Tetapi apa yang dianggap ‘acceptable’ atau boleh diterima oleh masyarakat umum sudah pasti akan berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Di dalam Bandar yang paling ‘moden’ di Malaysia sekalipun ianya pasti tidak disenangi ramai. Apatah lagi di kawasan yang lebih konservatif dari sudut nilai moral dan akhlak. Dalam soal ini ianya perlu difahami bahawa yang mementingkan kelakuan sopan di tempat awam bukan hanya Islam. Agama dan budaya lain juga menuntut begitu. Untuk menentukan garis panduan berhubung persoalan ini, PBT perlu berbincang dengan semua pihak dan mengambil kira pandangan semua kaum.

Maka adalah jelas bahawa saman tersebut tidak ada kena-mengena dengan soal pemaksaan nilai-nilai dan akhlak Islam ke atas masyarakat bukan Islam. Ianya tindakan PBT atas sebab peraturan kelakuan tidak sopan atau tidak senonoh di tempat awam.

Ada yang bertanyakan persoalan orang yang disaman perlu merujuk kepada “Jabatan Undang-undang/Penguatkuasa atau Jabatan Pembangunan Islam”. Jabatan Pembangunan Islam itu yang dipertikaikan dan dikemukakan sebagai bukti pemaksaan nilai-nilai dan akhlak Islam ke atas bukan Islam. Hakikatnya PBT menyaman orang Islam dan bukan Islam. Bagi yang bukan Islam mereka hendaklah merujuk kepada Jabatan Undang-undang/Penguatkuasa dan bagi orang Islam sudah pasti mereka akan dirujuk kepada Jabatan Pembangunan Islam. Itulah sebabnya digunakan perkataan ‘atau’.

Saya difahamkan ada juga yang mempertikaikan tindakan Pegawai PBT yang kononnya mengintai warga Kota Bharu supaya disaman. Hakikatnya ianya dilakukan di tempat awam, public place, dan sememangnya ianya tidak sepatutnya dilakukan di situ. Dalam tempat awam, ianya bukan soal mengintai lagi tetapi menjalankan tugas untuk menentukan ‘public decorum’ atau ‘akhlak dan kemulian awam’ dijaga. Dalam filem Barat pun sekarang, apabila dua pasangan sudah berlebih-lebihan, akan ditegur oleh rakan yang lain dengan ungkapan “Get a room” yang membawa erti carilah bilik, jangan buat di depan kami, malulah sikit dan sebagainya. Oleh itu, saya cuma ingin menambah sedikit sahaja lagi khas untuk MCA, “Get a room MCA... and stay inside forever!!!”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...