Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Kelab Malam Di Setia Alam Beroperasi Guna Lesen Kafeteria

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB (mStar Online) SHAH ALAM: Kelab malam yang dibuka di Setia Alam di sini sehingga menimbulkan kontroversi sebenarnya beroperasi secara haram menggunakan lesen kafeteria. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu. Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

[Video] MEJA BULAT - Ulama' Sebagai Pemimpin

BAHAGIAN I BAHAGIAN II Panelis: Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Mantan Mufti Perlis Haji Ismail Mina Ahmad - Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) Fadlan Othman - Pengerusi Ulama Muda Umno (ILMU) Khalid Samad - Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Video Ihsan Antara Pos -Pejabat YB Khalid Samad-

Terdesaknya MCA: Isu Bukan Islam ditangkap Khalwat

Ini juga merupakan satu lagi isu yang memperlihatkan betapa terdesaknya MCA. Hakikatnya soal khalwat langsung tidak timbul! Jika dilihat pada saman yang dikeluarkan, kesalahan yang disebut adalah ‘berkelakuan tidak senonoh’. Saman ini pun dari PBT dan bukan dari Jabatan Agama Islam Kelantan. Tangkapan Khalwat hanya dilakukan oleh Jabatan Agama Islam terhadap orang Islam. PBT pula menyaman semua orang, Islam dan bukan Islam, atas apa jua kesalahan yang terdapat dalam rang undang-undang PBT. ‘Kelakuan tidak senonoh’ di tempat awam memang satu kesalahan di kebanyakan PBT di Malaysia. Kalau di England, mungkin bercium di tempat awam di khalayak ramai tidak dianggap ‘tidak senonoh’. Begitu juga mungkin berpeluk-pelukan dan bercumbu-cumbuan di antara dua orang kekasih di tempat awam di London. Tetapi apa yang dianggap ‘acceptable’ atau boleh diterima oleh masyarakat umum sudah pasti akan berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Di dalam Bandar yang paling ‘moden’ di Malaysia...

Terdesaknya MCA: Isu Salon Rambut

Saya melihat beberapa isu yang yang sedang hangat diperbahaskan dalam media arus perdana berhubung ‘usaha memaksa Islam ke atas orang bukan Islam’ sebagai sesuatu yang menggambarkan betapa terdesaknya MCA. Ianya adalah bukti yang kukuh bahawa MCA ketandusan isu untuk diguna-pakai sebagai bukti ‘kezaliman’ PAS. Saya telah mengulas kedua-dua isu ini di khalayak ramai, khususnya di hadapan masyarakat Tiong Hua dan pada masa ini saya rasa ianya amat sesuai untuk dikupaskan di Blog saya.

Video: Tiada Jihad Di Palestin?

TIADA JIHAD DI PALESTIN - UIS Ust. Idris Sulaiman (Ahli Majlis Syura Ilmuan Malaysia) DR ASRI BIDAS ULAMA MUDA UMNO-ISU TIADA JIHAD DI PALESTIN Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Maza) JIHAD PALESTIN : PEMUDA PAS BIDAS ULAMAK MUDA UMNO KUALA LUMPUR: Ulama Muda Umno (Ilmu) memperlihatkan kedangkalan mereka apabila mengatakan tidak ada jihad di Palestin sedangkan jihad itu adalah usaha berterusan menentang kezaliman sebagaimana di tuntut oleh Nabi junjungan Muhammad SAW. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Ridhuan Mohd Noor berkata, dalam konteks Palestin, jihad adalah fardhu kerana bumi Palestin dijajah oleh Yahudi sehingga umat Islam kehilangan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam.

Desak Koperal Jenain Mohon Maaf Secara Terbuka

Oleh RUWAIDA MD ZAIN ( Sinar Harian ) SHAH ALAM – Koperal Jenain Subi didesak memohon maaf secara bersemuka dengan ibu dan keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15 yang mati terkena tembakan anggota polis terbabit dua tahun lalu.

Lunch TKO @ Restoran Arab Hadramawt, Ampang

Perbahasan Twitter Dengan Fathul Bari: Sejarah Latarbelakang Kenyataan Karpal “Langkah Mayat Saya Dulu”

Setelah dibentangkan hujjah berhubung 2 isu utama perbahasan saya dengan Fathul Bari, saya dapati dia masih belum mampu memberi jawapan balas. Walaubagaimanapun, saya difahamkan ini bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi dirinya. Oleh itu saya akan teruskan dengan hujjah saya untuk menangkis tuduhan-tuduhannya sebelum ini. Isu ketiga yang ingin saya jelaskan ialah latar belakang kenyataan Karpal.