"Saya yakin bahawa orang Melayu beragama Islam atas dasar pilihan yang dibuat dan inilah mesej yang kita hendak sampaikan bahawa soal agama ini ia tidak ada kena mengena dengan soal keturunan, tidak ada kena mengena dengan soal paksaan. Soal agama ialah soal keyakinan dan kepercayaan dan apa yang harus diusahakan oleh ummat Islam ialah untuk mewujudkan kembali ummat yang berpengang kepada Islam atas dasar keyakinan dan kepercayaan; memilih untuk bersama Islam atas dasar pilihan yang bebas bukan atas dasar paksaan ataupun atas dasar keturunan."
Ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-
Comments
Mohon YB perincikan kenytaan YB tersebut..
stk
"Soal agama ialah soal keyakinan dan kepercayaan dan apa yang harus diusahakan oleh ummat Islam ialah untuk mewujudkan kembali ummat yang berpengang kepada Islam atas dasar keyakinan dan kepercayaan; memilih untuk bersama Islam atas dasar pilihan yang bebas bukan atas dasar paksaan ataupun atas dasar keturunan." Jadi selama ni yg umat melayu juga umat Islam spt mana ditakrif dalam perlembagaan tak betul le? Maknanya kena review balik - tiap2 orang melayu ni kena buat exam .. kalau fail tak boleh kekal dalam Islam? Kena masuk agama lain? Kau ni dah makin melalut la Khalid
1) Melayu memang la tak mesti Islam, dari zahir memang la ye.. (atas IC atas perlembagaan) tapi kalau tak mengikuti landasan Islam boleh jadi fasik yang membawa ke kafir (tanpa disedari Melayu tu sendiri!!!)
2) Tapi kalau dah Islam keturunan dah semestinya mengucap (zahir sahaja).. tak boleh la murtad balik hukumnya bunuh. Lagi satu hangpa yang melalut.. aku tak jumpa satu ayat 'MURTAD' pun dari kenyataan YB ni.
3) Lastly aku nak bagitau kat hangpa.. Lahir dari keturunan Islam ke, bangsa melayu ke, IC islam ke.. tak semestinya lagi individu itu Islam di sisi Allah. Dalam dunia boleh la cerita.. rajin-rajinlah dengar kuliah agama ye..
Satu undi untuk YB.. (kalau masih Shah Alam lagi la)
-Pejabat YB Khalid Samad-
Komen pertama saya Tuan punya tak bagi lepas sebab bahsa cantik sangat. Saya nak tanya awak ni kalau anak keluar dari perut awak ( kalau awak pompuan ) atau keluar dari perut bini hang ( kalau hang jantan) ; hang tak boleh pikiaq ke nak bagi agama apa kat budak tu? Zaman dulu tak de surat beranak dah otomatik tau apa agama nak letak? Apasal kau ni Mat? Kau dah tak yakin ke anak kau Islam? Masalah sangat ke? Macamana nak laksanakan hudud kalau anak keluar perut sendiri pun tak tau Islam ke kafir?
Ayat - ayat ini kalau datang dari sorang kafir lahnat aku tak kisah lagi. Tapi kalau datang dari kumpulan Islam yg nak tegakan hudud sungguh ku tak sangka! Bukankah ada ayat Quran/hadis yg mengatakan setiap anaqk yg dilahirkan itu adalah suci bersih seumpama kain putih .Terpulang pada kita mencorakannya.Maknanya awak tak tahu agama anak awak ini anak apa?
Kalau kita dah Islam otomatik le anak yg keluar dari perut kita atau perut suami kita itu Islam. Apa pasal bebal sangat?
Apa sal korang sejak dah bersengkongkol dgn DAP/PKR sampai akidah ank sendiri pun tak pasti Islam /kafir?Zaman dulu tak ada surat beranak mak bapak dulu lebih berakal, dia tahu aku Islam , bini aku Islam , anak kau gerenti lah Islam ..Nak tunggu bayi tu tau mengucap? Maknanya Rasulullah dulu pun tak pasti Islam sampai dia tahu mengucap? Maknanya selama ini Nik Aziz, Hadi, Haron Din semuja tak pasti Islam sampai dah besar dah tau mengucap baru dikira Islam? Adakah peringkat keluar dari perut hingga ke peringkat baru tau mengucap dianggap kafir? MasyaAllah Tua - tuan bawak mengucap! Pejuang hudud tak sepatutnya berfikiran begini
Nasihat saya, berhati-hatilah terhadap apa yang diucapkan. Jangan ingat kerana anda ni YB parti politik berjenama Islam, anda bebas mengeluarkan hukum.
"2) Tapi kalau dah Islam keturunan dah semestinya mengucap (zahir sahaja).. tak boleh la murtad balik hukumnya bunuh. Lagi satu hangpa yang melalut.. aku tak jumpa satu ayat 'MURTAD' pun dari kenyataan YB ni." KOMEN-Cuba baca petikan ayat Khalid "memilih untuk bersama Islam tapi secara dasar pilihan yang bebas " bukan kah ini bunyi murtad , bebas nak bersama Islam atau tidak? Dia dan Nurul takan bodoh nak sebut murtad terus..tapi secara halus kata marilah nak jadi kristian ke apa ke , geng dalam IFC dah menunggu nak bagi support..
"3) Lastly aku nak bagitau kat hangpa.. Lahir dari keturunan Islam ke, bangsa melayu ke, IC islam ke.. tak semestinya lagi individu itu Islam di sisi Allah. Dalam dunia boleh la cerita.. .."KOMEN - Kalau dah elok2 Islam kenapa kita nak " deislamisation kan"? tentang individu itu masing2 berjuanglah mendapatkan keredhaan Allah..Kalau tidak itukan tugas kita tegur menegur , berdakwah antara satu sama lain supaya yg leka kita betulkan , yg munkar kita hapuskan , yg bengkok kita luruskan , yg sesat kita kembalikan ke pangkal jalan..ini belum apa2 dah tak pasti Islam , tak semesti nya Islam , apa ceriter ni?Kenapa negatif sangat, dah elok bagi label Islam pada orang melayu kita nak ragui pula..
"4.rajin-rajinlah dengar kuliah agama ye" - Dalam kuliah agama tak kan dengar pendapat mcm Nurul dan Khalid ni..kalau ada Ustaz tu dah kena halau dari masjid ...
5)"Satu undi untuk YB.. (kalau masih Shah Alam lagi la) " KOMEN - Sape bagi undi kat PKR dan PAS lepas ni hancur le MELAYU , hancur le Islam.. Nak bebas sangat esok tengok ramai le melayu kristian mcm di Singapura, ramai melayu tak tau nak bagi agama apa kat anak baru lahir takut sekat kebebasan..Habis sementara tunggu umur 18 nak bagi agama apa kat budak ni?