Skip to main content

Murtad: Islam Pilihan atau Paksaan [Video]

"Saya yakin bahawa orang Melayu beragama Islam atas dasar pilihan yang dibuat dan inilah mesej yang kita hendak sampaikan bahawa soal agama ini ia tidak ada kena mengena dengan soal keturunan, tidak ada kena mengena dengan soal paksaan. Soal agama ialah soal keyakinan dan kepercayaan dan apa yang harus diusahakan oleh ummat Islam ialah untuk mewujudkan kembali ummat yang berpengang kepada Islam atas dasar keyakinan dan kepercayaan; memilih untuk bersama Islam atas dasar pilihan yang bebas bukan atas dasar paksaan ataupun atas dasar keturunan."



Ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

kinrara said…
YB you are the best keep it up
Bermaksud sekarang ini saya dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi saya berhak mengaut agama lain kerana saya dipaksa untuk menganut islam secara keturunan??

Mohon YB perincikan kenytaan YB tersebut..

stk
Supar Yop said…
Apa yg kau meraban ni Khalid? "Saya yakin bahawa orang Melayu beragama Islam atas dasar pilihan yang dibuat dan inilah mesej yang kita hendak sampaikan bahawa soal agama ini ia tidak ada kena mengena dengan soal keturunan, tidak ada kena mengena dengan soal paksaan." - Maknanya awak melayu tapi tak semestinya Islam? Awak boleh sokong gereja, sokong nama Allah utk kristian? Kalau try test nak tukar agama tak boleh halang? Tak boleh paksa dok dalam Islam je?
"Soal agama ialah soal keyakinan dan kepercayaan dan apa yang harus diusahakan oleh ummat Islam ialah untuk mewujudkan kembali ummat yang berpengang kepada Islam atas dasar keyakinan dan kepercayaan; memilih untuk bersama Islam atas dasar pilihan yang bebas bukan atas dasar paksaan ataupun atas dasar keturunan." Jadi selama ni yg umat melayu juga umat Islam spt mana ditakrif dalam perlembagaan tak betul le? Maknanya kena review balik - tiap2 orang melayu ni kena buat exam .. kalau fail tak boleh kekal dalam Islam? Kena masuk agama lain? Kau ni dah makin melalut la Khalid
kadiak said…
Kalau anak yb sendiri nak masuk agama kristian? Macammane?
kampong lad said…
habaq mai sat pasai apa dlm surat beranak bayi baru lahir dah letak agama? bayi tu tau mengucap?
kadiak said…
Bodoh tul yb ni kalau anak sendiri nak masuk kristian? Biar la ko dah besar dah boleh fikir, pegila masuk kristian tak perlu halang budoh sy doakan pakatan rakyat kalah selamanye
wabwas said…
Dia macam ni la..

1) Melayu memang la tak mesti Islam, dari zahir memang la ye.. (atas IC atas perlembagaan) tapi kalau tak mengikuti landasan Islam boleh jadi fasik yang membawa ke kafir (tanpa disedari Melayu tu sendiri!!!)

2) Tapi kalau dah Islam keturunan dah semestinya mengucap (zahir sahaja).. tak boleh la murtad balik hukumnya bunuh. Lagi satu hangpa yang melalut.. aku tak jumpa satu ayat 'MURTAD' pun dari kenyataan YB ni.

3) Lastly aku nak bagitau kat hangpa.. Lahir dari keturunan Islam ke, bangsa melayu ke, IC islam ke.. tak semestinya lagi individu itu Islam di sisi Allah. Dalam dunia boleh la cerita.. rajin-rajinlah dengar kuliah agama ye..

Satu undi untuk YB.. (kalau masih Shah Alam lagi la)
Khalid Samad said…
Sdr Supar Yop, komen tuan yang terbaru tidak dapat disiarkan kerana menggunakan bahasa yang agak kesat. Harap maklum.

-Pejabat YB Khalid Samad-
Supar Yop said…
Saudara Kampong Lad,

Komen pertama saya Tuan punya tak bagi lepas sebab bahsa cantik sangat. Saya nak tanya awak ni kalau anak keluar dari perut awak ( kalau awak pompuan ) atau keluar dari perut bini hang ( kalau hang jantan) ; hang tak boleh pikiaq ke nak bagi agama apa kat budak tu? Zaman dulu tak de surat beranak dah otomatik tau apa agama nak letak? Apasal kau ni Mat? Kau dah tak yakin ke anak kau Islam? Masalah sangat ke? Macamana nak laksanakan hudud kalau anak keluar perut sendiri pun tak tau Islam ke kafir?
Supar Yop said…
"habaq mai sat pasai apa dlm surat beranak bayi baru lahir dah letak agama? bayi tu tau mengucap?"

Ayat - ayat ini kalau datang dari sorang kafir lahnat aku tak kisah lagi. Tapi kalau datang dari kumpulan Islam yg nak tegakan hudud sungguh ku tak sangka! Bukankah ada ayat Quran/hadis yg mengatakan setiap anaqk yg dilahirkan itu adalah suci bersih seumpama kain putih .Terpulang pada kita mencorakannya.Maknanya awak tak tahu agama anak awak ini anak apa?

Kalau kita dah Islam otomatik le anak yg keluar dari perut kita atau perut suami kita itu Islam. Apa pasal bebal sangat?
Apa sal korang sejak dah bersengkongkol dgn DAP/PKR sampai akidah ank sendiri pun tak pasti Islam /kafir?Zaman dulu tak ada surat beranak mak bapak dulu lebih berakal, dia tahu aku Islam , bini aku Islam , anak kau gerenti lah Islam ..Nak tunggu bayi tu tau mengucap? Maknanya Rasulullah dulu pun tak pasti Islam sampai dia tahu mengucap? Maknanya selama ini Nik Aziz, Hadi, Haron Din semuja tak pasti Islam sampai dah besar dah tau mengucap baru dikira Islam? Adakah peringkat keluar dari perut hingga ke peringkat baru tau mengucap dianggap kafir? MasyaAllah Tua - tuan bawak mengucap! Pejuang hudud tak sepatutnya berfikiran begini
Grand Marquis said…
Dakwaan YB seolah-olah menggambarkan bahawa bila Rasulullah menyuruh dikenakan hukuman bunuh pada orang yang Murtad, Baginda tidak tahu atau faham bahawa Islam adalah atas dasar pilihan yang dibuat dan bukan atas dasar paksaan. Sekarang ni anda memperkatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dilakukan Rasulullah S.A.W. Jadi sama ada anda betul dan Nabi salah atau Nabi betul dan anda salah. Apakah Rasulullah S.A.W. salah dalam hal ini?

Nasihat saya, berhati-hatilah terhadap apa yang diucapkan. Jangan ingat kerana anda ni YB parti politik berjenama Islam, anda bebas mengeluarkan hukum.
Supar Yop said…
Aku pening kepala tengok telatah puak Islam dalam PAS dan PKR ni. Dulu sebelum PRU 12 memang nampak UMNO ngarut. La ni sejak menang , nampak korang berdua bukan ngarut, dah mcm sesat pulak. Agaknya ini lah hikmah kemenangan Allaagi nak tunjuk siapa pejuang Islam dan siapa sebenarnya yg munafik..
Supar Yop said…
"1) Melayu memang la tak mesti Islam, dari zahir memang la ye.. (atas IC atas perlembagaan) tapi kalau tak mengikuti landasan Islam boleh jadi fasik yang membawa ke kafir (tanpa disedari Melayu tu sendiri!!!)" KOMEN - Apa2 pun boleh jadi, tapi bila lahir trus kita book dia jadi Islam..dan kita pertahankan sampai akhir hayat.Orang melayu kan tunggak utama di negara ini..jadi mereka mesti diberi keutamaan

"2) Tapi kalau dah Islam keturunan dah semestinya mengucap (zahir sahaja).. tak boleh la murtad balik hukumnya bunuh. Lagi satu hangpa yang melalut.. aku tak jumpa satu ayat 'MURTAD' pun dari kenyataan YB ni." KOMEN-Cuba baca petikan ayat Khalid "memilih untuk bersama Islam tapi secara dasar pilihan yang bebas " bukan kah ini bunyi murtad , bebas nak bersama Islam atau tidak? Dia dan Nurul takan bodoh nak sebut murtad terus..tapi secara halus kata marilah nak jadi kristian ke apa ke , geng dalam IFC dah menunggu nak bagi support..


"3) Lastly aku nak bagitau kat hangpa.. Lahir dari keturunan Islam ke, bangsa melayu ke, IC islam ke.. tak semestinya lagi individu itu Islam di sisi Allah. Dalam dunia boleh la cerita.. .."KOMEN - Kalau dah elok2 Islam kenapa kita nak " deislamisation kan"? tentang individu itu masing2 berjuanglah mendapatkan keredhaan Allah..Kalau tidak itukan tugas kita tegur menegur , berdakwah antara satu sama lain supaya yg leka kita betulkan , yg munkar kita hapuskan , yg bengkok kita luruskan , yg sesat kita kembalikan ke pangkal jalan..ini belum apa2 dah tak pasti Islam , tak semesti nya Islam , apa ceriter ni?Kenapa negatif sangat, dah elok bagi label Islam pada orang melayu kita nak ragui pula..

"4.rajin-rajinlah dengar kuliah agama ye" - Dalam kuliah agama tak kan dengar pendapat mcm Nurul dan Khalid ni..kalau ada Ustaz tu dah kena halau dari masjid ...

5)"Satu undi untuk YB.. (kalau masih Shah Alam lagi la) " KOMEN - Sape bagi undi kat PKR dan PAS lepas ni hancur le MELAYU , hancur le Islam.. Nak bebas sangat esok tengok ramai le melayu kristian mcm di Singapura, ramai melayu tak tau nak bagi agama apa kat anak baru lahir takut sekat kebebasan..Habis sementara tunggu umur 18 nak bagi agama apa kat budak ni?
Unknown said…
INILAH CONTOH PEMIMPIN YANG GILA PENGARUH DAN KUASA BUKANNYA PERJUANGAN YANG SEBENAR....SANGGUP MENGADAIKAN NILAI-NILAI DAN PRINSIP PERJUANGAN....sekurang-kurangnya Shahril SaMAD masih ada nilai dan prinsip...jangan marah....ha...ha..ha

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan