Kisah Benar Penglibatan Nurul Izzah Sebagai Ahli Panel Forum ‘NEGARA ISLAM: VERSI MANA? TANGGUNG JAWAB SIAPA?’
Kesanggupan media UMNO dan para pencacainya memfitnah Nurul Izzah berhubung dengan ucapannya di sebuah forum di Subang Jaya adalah bukti muktamad bahawa UMNO tetap UMNO. Keputusan PRU ke-12 pada 2008 di mana UMNO mengalami prestasi terburuknya tidak mampu mendatangkan perubahan kepada kejelekan keperibadian UMNO sebagai sebuah wadah politik, walaupun sedikit. Fitnah adalah ‘second nature’ kepada UMNO.
Usaha memfitnah Izzah adalah selari dengan strategi UMNO untuk menakutkan masyarakat Melayu terhadap kedudukan Islam dan ummat Islam sekiranya PR memerintah di peringkat Pusat. Sekiranya mereka berjaya untuk meyakinkan masyarakat Melayu bahawa Anwar dan keluarganya adalah penganut fahaman Islam liberal dan PAS serta PR tidak mampu menghalang dan hanya ikut sahaja, maka Melayu akan mengundi UMNO walaupun sudah jelas kejelekan dan kezalimannya. Di atas sebab itu, usaha memfitnah sebegini perlu ditentang dan sesungguhnya ianya tiada lain melainkan fitnah semata-mata.
Dalam kita berusaha untuk memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan Izzah pada hari tersebut, kita mesti mengambil kira semua yang telah berlaku pada hari berkenaan. Bukan sekadar menonjolkan satu ayat yang disebut Nurul Izzah, untuk ditafsirkan sesuka-hati seperti yang dilakukan media dan pencacai UMNO! Sebaliknya kita perlu meneliti keseluruhan daripada apa yang telah beliau nyatakan dan berusaha untuk menyampaikan.
UCAPAN SEBAGAI AHLI PANEL
Pada mulanya kita mesti memahami bahawa Izzah telah hadir sebagai ahli panel forum yang bertajuk ‘Negara Islam: Versi mana? Tanggung-jawab siapa?’ Forum tersebut dianjurkan di sebuah Gereja ‘Full Gospel Tabernacle’ di Subang Jaya dan dihadiri ramai bukan Islam. Sebagai ahli panel, Izzah telah diberi hanya lebih kurang lima minit untuk mengupas tajuk berkenaan. Izzah telah memilih untuk memetik kata-kata Syeikhul Azhar Dr Ahmed El-Tayyeb sebagai isi kandungan ucapannya dan kata-kata ini adalah berhubung keadilan dan kebebasan beragama yang dituntut Islam.
Hampir keseluruhan ucapan Izzah sebagai ahli panel adalah dari petikan kata-kata Syeikhul Azhar yang bertujuan, mengikut fahaman saya, untuk menghilangkan kekhuatiran masyarakat bukan Islam terhadap apa yang diperjuangkan Islam dalam arena politik. Matlamatnya adalah supaya ungkapan ‘Negara Islam’ tidak perlu dilihat sebagai ungkapan yang menggerunkan tetapi sebaliknya sesuatu yang menjamin keadilan dan kebebasan. Dalam usahanya kearah ini, persoalan kebebasan beragama, khususnya bagi bukan Islam, yang dijamin Islam ditegaskan.
Berdasarkan latar belakang seperti di atas, adalah jelas bahawa Izzah hadir sebagai ‘ahli politik pendakwah’ yang ingin menjelaskan kehebatan Islam kepada masyarakat bukan Islam yang selama ini dimomok-momokkan oleh UMNO dengan imej Islam sebagai sesuatu yang zalim dan mengongkong.
Hanya UMNO yang mampu memutar-belitkan usaha yang berniat murni seperti ini sehingga menjadi usaha ‘menyokong murtad’!
JAWAPAN APABILA DISOAL
Setelah selesai menyampaikan ucapannya, Izzah ingin meninggalkan majlis tersebut kerana perlu hadir di majlis yang lain. Atas permintaan pengerusi maka Izzah bersetuju untuk menjawab soalan dari pihak hadirin dalam tempoh 2 minit, iaitu seminit satu soalan.
Soalan yang telah dikemukakan adalah berhubung LGBT, suasana di Mesir dan juga kebebasan beragama, khususnya “samada ianya hanya untuk bukan Melayu ataupun untuk orang Melayu juga.”
Berhubung isu pertama Izzah menjawab bahawa sebagai seorang Islam beliau tidak boleh menerima amalan LGBT. Pada masa yang sama ianya mesti ditangani dengan cara yang hikmah bukan dengan kekerasan semata-mata.
Berhubung isu kedua beliau menyanjung kemenangan rakyat Mesir dan walaupun mengakui suasana bergolak di Mesir dewasa ini, beliau menganggap ianya suatu proses yang perlu dilalui selepas sahaja berlakunya perubahan tampok kepimpinan. Ia tetap dilihat sebagai sesuatu yang positif untuk jangka masa panjang bagi rakyat Mesir. Izzah menjelaskan kejayaan Ikhwanul Muslimun dan sikap kerjasama Ikhwan dengan golongan Kristian Koptik sebagai bukti keterbukaan Islam.
Jawapan Izzah berhubung soalan ketiga merupakan perkara yang ingin diputar-belit UMNO sehingga sanggup menuduh Izzah sebagai seorang yang menyokong murtad. Oleh kerana jawapan beliau berhubung isu ini ingin diputar-belit UMNO, saya ingin melakukan ‘bedah siasat terperinci’ terhadap apa yang dinyatakan Izzah pada pagi tersebut.
JAWAPAN BERHUBUNG KEBEBASAN BERAGAMA MASYARAKAT MELAYU
Untuk berlaku adil dan tidak bias, marilah kita rujuk kepada transkrip ucapan beliau. Saya telah meletakkan transkrip ini di blog saya beberapa hari sebelum ini dan saya perbetulkan terjemahannya di beberapa tempat berdasarkan versi Inggeris yang disertakan sekali seperti berikut :-
Question:
"When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."
Answer:
When you ask me, “there is no compulsion in religion”, Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.
In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be.
So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society, will not deter you. Thank you.
Soalan:
"Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah anda bermaksud untuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."
Jawapan:
“Bila anda bertanya kepada saya, “tiada paksaan dalam agama” , Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut dari Al-Quran. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimana sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".
Ia mesti diguna pakai secara sama sahaja (untuk Melayu dan bukan Melayu). Inilah asas. Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk (orang) Melayu. Inilah apa yang sepatutnya.
Tetapi saya terikat, seperti kamu tahu, kepada pendapat yang diterima umum, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang anda inginkan, semestinya, adalah kualiti. Seseorang begitu yakin dengan pegangan agamanya hinggakan, seperti saya sendiri, yang bersekolah di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati, persatuan Katolik yang aktif, tidak akan menjejas (keyakinan) anda. Terima kasih.”
KUPASAN JAWAPAN NURUL IZZAH
Berdasarkan terjemahan yang disediakan seperti di atas, adalah jelas bagi saya bahawa Izzah merujuk kepada prinsip yang terkandung di dalam ayat Al-Quran yang menjadi asas perbincangan Syeikhul Azhar yang dipetik beliau. Walaupun soalannya berhubung ‘kebebasan beragama’ namun yang difahami Izzah adalah persoalan berhubung prinsip ayat Quran berkenaan. Itulah sebabnya Izzah seolah-olah menzahirkan kehairanan terhadap soalan tersebut dengan respon:
“Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini (maksudnya prinsip dari ayat ini) hanya untuk orang bukan Melayu".
Bagi beliau, pengajaran dari semua ayat Al-Quran, termasuk yang disebut terjemahannya, adalah releven dan perlu diguna-pakai untuk semua, bukan hanya untuk golongan bukan Melayu sahaja. Dari sudut umumnya apa yang disebut Izzah adalah benar kerana Al-Quran, seluruhnya, adalah ‘huda-l li-n Nas’ atau hidayah untuk semua manusia. Untuk menyatakan ayat ini adalah hanya untuk bukan Islam semestinya bercanggah dengan kefahaman umum ini.
Persoalan ini terus ditekankan oleh Izzah dengan mengatakan “Ia (prinsip ayat berkenaan) mesti sama diguna pakai (untuk Melayu dan bukan Melayu). Inilah asas. Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk (orang) Melayu. Inilah apa yang sepatutnya”.
Kenyataan ini menegaskan keyakinannya bahawa setiap ayat Al-Quran itu adalah releven untuk semua dan tiada yang dikecualikan orang Melayu. Malahan seperti disebutnya, perkataan ‘Melayu’ tiada di dalam Al-Quran. Saya tidak tahulah sekiranya ada Melayu yang beranggapan bahawa adanya ayat yang berbunyi “Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu” dalam Al-Quran.
Seterusnya Izzah menyebut “Tetapi saya terikat, seperti kamu tahu, kepada pendapat yang diterima umum”. Di sini Izzah mengakui bahawa berhubung tafsiran terhadap maksud dan applikasi ayat ini, dia bukan seorang mufassir atau pakar tafsir Quran. Maka dia terikat dengan tafsiran yang diterima umum oleh ulama’ Islam berhubung ayat tersebut.
Dalam soal tafsiran yang diterima umum, adalah jelas bahawa ayat berkenaan menegaskan bahawa seseorang bukan Islam tidak boleh dipaksa memeluk agama Islam. Sebabnya dijelaskan apabila dibaca seterusnya ayat tersebut iaitu “telah jelas kebenaran dari kesesatan..”. ini bererti Islam tidak mahu seseorang bukan Islam dipaksa memeluk Islam kerana kebenaran Islam jelas terserlah dan manusia bukan Islam dikehendaki memeluk agama Islam atas sebab yakin akan kebenarannya. Bukan atas sebab dipaksa. Berdasarkan ayat ini dan tafsirannya maka adalah haram untuk seseorang Muslim memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam.
Namun demikian, adalah juga jelas bahawa prinsip keyakinan terhadap agama Islam tidak terhad hanya kepada orang bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam. Prinsip umum ayat tersebut juga diguna-pakai untuk orang Islam yang juga semestinya yakin dengan kebenaran Islam. Prinsip inilah yang dimaksudkan Izzah sebagai yang mesti sama diguna-pakai untuk Melayu ataupun bukan Melayu.
Penerimaan prinsip ini tidak bererti bahawa apa yang termaktub dalam perlembagaan dan halangan untuk murtad ingin dimansuhkan. Ia hanya penegasan bahawa agama Islam menuntut keyakinan bahawa ia adalah agama Allah, samada dari orang yang baru ingin memeluk Islam atau yang sedia Islam! Amatlah malang apabila orang yang menyeru supaya ummat Islam perlu yakin akan kebenaran islam dianggap menyokong murtad! Sebenarnya persoalan murtad langsung tidak disentuh Izzah dan hanya merupakan tafsiran jahat yang dilakukan pencacai UMNO.
Saya hairan kalau masih ada yang ingin memperjuangkan ‘hak’ orang Melayu supaya tidak perlu yakin terhadap agama Islam. Bahawa agama adalah sesuatu yang diwarisi, seperti bangsa, dan oleh itu walaupun tidak yakin akan tetap Islam. Mungkin akan ada yang mengatakan tidak percaya pun tidak mengapa, asalkan Melayu tetap Islam!
Persoalan keyakinan ini ditegaskan oleh Nurul Izzah dalam ucapan seterusnya iaitu, “tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang anda inginkan, semestinya, adalah kualiti. Seseorang begitu yakin dengan pegangan agamanya hinggakan, seperti saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati, persatuan Katolik yang aktif, tidak akan menjejas (keyakinan) anda.”
KESIMPULAN
Saya berkeyakinan bahawa sesiapa yang mempunyai hati yang bersih dari agenda jahat akan melihat ucapan Izzah sebagai sesuatu yang tiada apa-apa kesalahan. Beliau menjawab dalam masa terhad, ayat-ayatnya banyak tergantung dan oleh itu jawapan kepada soalan ketiga dieksploitasi oleh golongan yang berkepentingan. Namun Izzah telah menjelaskan maksud dan semangat disebalik ucapannya sebaik sahaja mendengar desas-desus putar-belit yang dilakukan pihak pemfitnah. Penjelasan beliau perlu diterima dengan baik sepertimana juga usaha beliau untuk menghilangkan ketakutan bukan Islam terhadap agama Islam.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Apa pandangan yb terhadap ayah Nurul ini?punyai persamaan?
http://www.youtube.com/watch?v=nr1Y0NPyQ6E
Wahyu Allah turunkn memang utk org bukan Islam, berikutan kisah org ansar dtg mengadu pada nabi yang dia ingin memaksa anaknya kristian peluk Islam.maka turun ayat ini. Kita tidak ada hak paksa mereka.
Tapi untuk kita?kita perjuangkn hudud setiap pilihan raya,sedarkah hudud menetapkn bunuh bg mereka yg murtad. Jadi mengapa di sini kita hendak bagi ruang n peluang utk mengatakan semua orgg bebas beragama termasuk org melayu?Melayu di Malaysia satu2nya bangsa yang dipelihara perlembagaan yg menetapkan ia mesti beragama Islam. Mengapa?
Perjuangan Islam kita makin dicemari macam2 hal agama..kita lemah... sedarilah ini wahai umat Islam..
Anda kata:
Berhubung isu pertama Izzah menjawab bahawa sebagai seorang Islam beliau tidak boleh menerima amalan LGBT.
Sekarang kita pergi ke
http://www.anwaraidc.com/?p=29182
Disana, transkrip penuh ada. Video pun ada supaya anda boleh cross check. Apa yang diucapkan Nurul ialah:
"Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual tertentu."
Saya dengar balik video tersebut dan transkrip ini adalah benar.
Jadi, awal-awal dah bohong dalam tulisan anda.
Berkata benar walaupun ia pahit. Dan Assabiah itu ialah bila anda membela puak anda sekalipun mereka melakukan kesalahan.
rujuk link mat sabu ni..
http://www.youtube.com/watch?v=hqPbwP9tdEA
mintak yb perjelaskn..sy betol2 nk org pas semua sedar betolkah pegangan pejuangan kita kini??dengan dpimpin oleh pemimipin kita yg syiah??