Saya telah ke Singapura pada hari Selasa yang lepas untuk menghadiri sesi penerangan berhubung siasatan oleh mahkamah Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia. Penerangan ini yang dibuat oleh seorang peguam Perancis sepatutnya dilakukan di Malaysia dan di Parlimen. Malangnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin, tidak sanggup memberi jaminan bahawa peguam tersebut akan dibenarkan masuk dan TS Speaker Parlimen pula tidak membenarkan penjelasan itu diadakan di Parlimen. Akhirnya, untuk mengelak berulangnya peristiwa yang memalukan Malaysia seperti yang pernah berlaku terhadap peguam William Bourdon pada tahun lepas, di mana beliau dihalang masuk dan dihantar pulang, maka sesi penerangan ini diadakan di Singapura.
◘ 1B, 2nd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066 ◘