Skip to main content

Program Peluncuran Dan Bedah Buku "Pendedahan di Parlimen"

Buku pertama siri kajian dan penulisan badan pemikir dan penyelidikan Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah diterbitkan. Program peluncuran dan bedah buku “Parlimen di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia” oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan pada 9 Oktober 2012 di Bangunan Yayasan Selangor.

Program peluncuran buku ini yang disunting oleh Pengarah Eksekutif KPRU saudara Ooi Heng, merupakan anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) dan KPRU, dengan kerjasama Akademi Pak Sako dan Alumni Sekolah Politik. Majlis peluncuran akan disusuli dengan Forum “Diskusi Buku dan Belanjawan: Bajet 2013 Mengakhiri Era Politik Lama Negara”. Buku ini merupakan terbitan bersama KPRU dan SIRD.

Berikut ialah butiran dan aturcara program:

Tarikh : 9 Oktober 2012 (Selasa)

Masa : 8.00 – 10.30 malam

Tempat : Tingkat 16, Bangunan Yayasan Selangor (18A, Jalan Persiaran Barat, Menara Yayasan Selangor, 46000, Petaling Jaya, Selangor) [Bersebelahan dengan Amcorp Mall]

Tetamu khas Majlis Peluncuran: Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Panelis Forum:

1. YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai

2. YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

3. YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Setia

Buku setebal 290 halaman ini boleh dibeli dengan harga RM28 (tidak termasuk kos kiriman). Anda dijemput untuk sama-sama hadir ke program ini bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan