Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Siasatan Polis Berhubung Gambar Pimpinan PR Yang Dipijak dan Dikencing

Susulan dari peristiwa "Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau" yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini; saya telah dikunjungi oleh seorang pegawai Polis dari Gombak pada hari Khamis pada 13 September sekitar jam 3 petang. Laporan dibuat di Balai Gombak oleh seorang yang sudah pasti meluat dengan sikap berat sebelah pihak berkuasa yang hanya mengambil berat persoalan gambar Najib dipijak tetapi tidak menghiraukan apabila gambar pimpinan PR dilakukan sedemikian rupa, malah lebih dari itu. Atas laporan tersebut pegawai berkenaan telah bertemu saya kerana telah tersebar luas di Internet bagaimana gambar saya dan pimpinan utama PAS, DAP dan PKR pernah juga dipijak oleh para samseng politik.

Kenyataan Yang Menzahirkan Kerunsingan

Suasana dan perkembangan politik dewasa ini sememangnya amat mencabar sehingga ramai pimpinan UMNO/BN sendiri yang menyatakan bahawa PRU ke 13 ini bakal menjadi PRU yang paling sengit yang pernah dihadapi oleh UMNO/BN. Ini sudah pasti menjadikan pimpinan utama runsing dan tidak nyenyak tidur. Di antara yang paling gusar sudah pasti Tun Dr Mahathir!

Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau

Bersama ini disertakan teguran dan kritikan yang dibuat oleh pimpinan UMNO/BN berhubung peristiwa memijak gambar DS Najib oleh beberapa peserta 'Janji Bersih' pada malam 30hb Ogos. PAS sememangnya menganggap ianya tindakan liar yang tidak menepati politik Islam yang seharusnya menunjukkan contoh dan akhliak yang tinggi. Kami menyeru semua ahli, penyokong dan pengikut PAS dan parti-parti politik PR supaya jangan terikut-ikut dengan corak politik tidak berakhlak yang ditaja oleh UMNO/BN. Mereka bukan guru kami dan oleh itu budaya politik samseng dan tidak berakhlak itu perlu dijauhi sekiranya kita ingin membawa perubahan dan perbezaan. Bersama ini turut disiarkan gambar-gambar penyokong UMNO memijak gambar saya, DSAI, LGE dan TS Abd Khalid Ibrahim yang telah berlaku jauh lebih awal tanpa apa-apa teguran oleh pimpinan UMNO. Jangan kita terikut dengan cara-gaya mereka. Kenyataan pimpinan UMNO yang jelas hipokrit adalah seperti berikut:- Tindakan segelintir pihak memijak gambar ...