Skip to main content

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga bertemu Syawal dalam keadaan fitrah, diampuni dosa dan diredhai illahi.

Pada tahun ini, saya telah mengunjungi ibu dan bapa mertua bersama dua orang anak saya yang masih bujang pada malam raya. Berkesempatan bertemu adik beradik ipar dan anak buah sebelah isteri. Berbuka bersama seperti yang dirancang dan bermaafan di antara satu sama lain.

Pada Hari Raya pertama saya bersolat di Masjid berhampiran rumah dan seterusnya berhari raya bersama kaum keluarga. Oleh kerana ibu saya sekarang tinggal bersama di PJ maka adik beradik serta anak saudara semua mengunjungi rumah kami untuk bersalam-salaman dan bermaafan khususnya dengan beliau. Anak-anak saya semua turut datang bersama tujuh orang cucu kesayangan pada pagi raya. Tidak puas rasanya bermain dengan mereka semua, khususnya cucu yang ketujuh yang baru berusia 4 bulan.


Tepat jam 2 tengahari baru dapat saya meninggalkan rumah setelah solat Zohor untuk ke rumah terbuka MB di bangunan SUK. Bertemu sahabat handai walaupun untuk sebentar. Bermaaf-maafan dan menerima dengan baik segala ucapan semangat untuk berhari raya dan berpilihan raya!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-