Skip to main content

Kagum Dengan Warga Shah Alam

Pada 17 Ogos, saya telah ke Masjid Negeri untuk menunaikan solat Jumaat. Sebelum masuk waktu, imam Masjid Negeri memberi tazkirah. Di dalam tazkirah tersebut, beliau menzahirkan perasaan amat berpuas hati dengan kehadiran warga Shah Alam dalam program yang dianjurkan pihak Masjid sepanjang bulan Ramadhan. Nadanya lembut menandakan keikhlasan, menginsafi kesedaran Islam yang semakin tinggi di kalangan warga Shah Alam sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Program qiyam pada 10 hari terakhir juga turut dihadiri begitu ramai orang menurutnya, khususnya golongan muda.

Peningkatan kesedaran warga Shah Alam adalah satu hakikat yang hanya mampu dinafi oleh mereka yang tidak hadir ke Surau dan Masjid sepanjang Ramadhan. Saya sendiri telah bersama berqiyam pada salah satu malam di Masjid Negeri dan melihat sendiri jumlah yang begitu ramai. Kata orang rumah, muslimat sahaja dianggarkan dalam 400 orang, apatah lagi golongan Muslimin. Malam qiyam bersama Ust. Azhar Idrus tidak payah ceritalah. Melimpah ruah perkarangan Masjid.

Begitu juga sepanjang lawatan saya ke Surau dan Masjid lain di Shah Alam sepanjang Ramadhan. Terdapat 50 lebih buah Surau dan Masjid yang telah sempat saya lawati. Setiap malam berbuka, Maghrib, Isya dan Taraawih dilihat begitu ramai yang datang, bersolat dan hadir mendengar tazkirah dan ucapan. Dan setiap Surau dan Masjid yang saya pergi telah turut mengadakan qiyam pada 10 hari terakhir. Ada yang menyediakan sahur selepas qiyam untuk 30 orang ada seghingga 100 orang dan ada juga yang lebih dari itu.

Saya, seperti Imam Masjid Negeri juga ingin melahirkan perasaan kagum terhadap warga Shah Alam. Merasa seronok kerana menjadi wakil rakyat kepada warga Bandar Raya yang menghayati Ramadhan dan berusaha sentiasa mendekatkan diri dengan illahi dengan menambahkan ilmu dan amalan. Saya merasa amat kerdil dan rendah diri berhadapan dengan masyarakat yang sebegini rupa yang sambil saya memberi dorongan kepada mereka melalui ucapan saya untuk menghayati Ramadhan, mereka juga mendorong saya kearah yang sama melalui amalan dan penghayatan mereka. Perasaan macam diri yang kerdil ini semakin tidak layak menjadi wakil kepada sebuah masyarakat yang semakin cemerlang penghayatannya terhadap agama Islam.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

lan said…
saya bangga jadi warga SA!

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-