Skip to main content

Darah Karpal Halal?

Lanjutan dari isu Nasharudin Mat Isa dan Karpal Singh, saya telah menerima SMS dari seorang ‘hamba Allah’ yang menyatakan bahawa darah Karpal halal dan PAS perlu membunuhnya sekiranya PAS ikhlas dan bersungguh-sungguh ingin melaksanakan hudud. Kenyataan tersebut membuat saya tergelak terbahak-bahak! “Adakah hudud tidak dilaksanakan di Malaysia oleh kerana Karpal?” saya tanya kembali. Adakah Karpal Perdana Menteri Malaysia? Adakah DAP parti pemerintah saya bertanya lagi! Kasihan seribu kali kasihan, orang Melayu yang diperbodohkan UMNO dan sub-kontraktornya!

Mengapa Karpal dijadikan sasaran sedangkan MCA jauh lebih lantang menolak hudud? Sedangkan kempen MCA secara jelas menyatakan bahawa “undi MCA dan MCA akan pastikan Malaysia tidak menjadi Negara Islam dan Hudud tidak dilaksanakan”. Oleh itu, kata-kata menuduh Karpal sebagai anti-Islam adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh seseorang yang mempunyai agenda politik tersendiri, maka pandangannya bias dan berpilih kasih!

Telah saya nyatakan berulang kali, adalah menjadi perkara biasa sekiranya orang bukan Islam menolak hudud. Itu tidak menjadikan darah mereka halal. Mereka menjadi ‘harbi’ sekiranya mereka mengangkat senjata menentang sebuah kerajaan Islam, tetapi sekiranya mereka mengemukakan sesuatu hujjah, maka biarlah hujjah lawan hujjah.

Dalam masa yang sama, seorang lagi sub-kontraktor UMNO pula berkempen; tolak PR (undi UMNO) kalau tidak Negara menjadi Negara Kristian! Aduahai, semakin rancak usaha memperbodohkan Melayu.

Sudahlah, hentikan sandiwara!! Sanggup mempertahankan rasuah dan penyelewengan dengan memutar-belitkan ajaran Islam, semata-mata supaya UMNO/BN kekal berkuasa dan kamu mendapat imbuhan. “Shame on you!”. Inilah golongan yang menjualkan agama dengan harga yang rendah seperti yang digambarkan Allah di dalam Al-Quran berhubung rahib Bani Israel.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Grand Marquis said…
Ramai orang undi PAS sebab dia harap PAS akan laksanakan hudud. Ramai orang tak undi UMNO sebab mereka dikatakan tidak melaksanakan hudud. Jadi hudud tak dilaksanakan dibawah UMNO adalah suatu perkara yang sudah diketahui. Tu sebabnya ramai orang undi PAS sebab mereka ingat PAS akan laksanakan hudud.

Tiba-tiba, PAS pi kawan dengan orang yang terang-terang anti hudud. Nak salahkan siapa? Daripada kawan dengan Karpal yang anti hudud, kenapa pulak tak nak kawan dengan UMNO yang juga tak laksanakan hudud? Kenapa kawan dengan Karpal yang anti hudud tu kira OK, tapi salah kawan dengan UMNO yang tak laksana hudud?

Kalau betul UMNO laksanakan hudud, maka tak payahlah orang nak undi PAS. Jadi usahlah bermain polemik hudud. Strategi meletakkan beban hudud tu pada UMNO adalah sandiwara anda yang sebenarnya mahu mengalih tanggungjawab anda dan janji parti politik anda untuk melaksanakan hudud.

Ingat para pengundi sekalian.
ANDA UNDI PAS SEBAB ANDA HARAP IA AKAN LAKSANAKAN HUDUD. ANDA TOLAK UMNO SEBAB BAGI ANDA MEREKA INI TIDAK LAKSANAKAN HUDUD. Jadi bila ada ahli politik PAS yang asyik salahkan UMNO tak laksanakan hudud tapi dalam masa yang sama dia sendiri pun berdolak dalih dalam isu hudud, bermakna dia ni sedang bermain politik untuk memperbodohkan pengundinya.

Kepada YB Khalid Samad yang saya bertembung di KLIA pada 24 August lepas. Stop politiking di issue. Nyatakan pendirian anda tentang hudud dan nayatakan plan dan strategi anda untuk laksanakan hudud di Malaysia.
sungguh pelik bila orang melayu yang kununnye ISLAM, menolak hukum HUDUD.
walaupun hukuman itu dari ALLAH dan al-quran tapi membawa kerugian pada diri sendiri+keluarga+kroni, maka sanggup ditentang habis²-an tapi kalau hukuman itu menguntungkan diri sendiri+keluarga dan kroni walaupun dari majusi @ nasrani, maka sanggup dipertahankan bermati-matian.....

yang sebenarnye pemerintah ini tidak tahu apa itu hukum HUDUD, kalau tak tau, tanya la yang lebih tau, jangan buat² pandai tapi sebenarnye PANDIR

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan