Skip to main content

Dalam PAS, Ulama dipinggirkan!?

Begitulah dakwaan seorang trooper UMNO kerana Ust. Nasha tidak disokong. Sebenarnya, yang meminggirkan Ulama adalah Ust. Nasha sendiri kerana tidak mendengar pandangan Majlis Syura Ulama dan mengambil keputusan sendiri menolak kerjasama dengan PR yang telah diterima Majlis Syura dan Muktamar!

Majlis Syura dianggotai 12 orang dan kesemuanya ulama’. Dahulu Ust. Nasha sebagai Timbalan Presiden PAS maka beliau diangkat menjadi ahli MS Ulama’. Tetap menjadi ahli tetapi jelas sudah tidak menghormati keputusan MS Ulama’ itu sendiri. Saya pun tidak pasti samada beliau hadir atau tidak mesyuarat MS Ulama’ akan tetapi berdasarkan tindakannya, kemungkinan besar beliau tidak hadir. Atau lebih teruk lagi, hadir tetapi langsung tidak menghormati keputusan yang dibuat!

Maka sebenarnya bukan PAS yang pinggirkan Ulama’ tetapi Ust. Nasha sendiri yang meminggirkan Ulama'. Kalau tidak, maka sudah pasti beliau akan berbincang dengan MS Ulama’ dan menuruti apa sahaja keputusan yang diputuskan bersama.

Kedudukan Ulama’ dalam PAS tetap mantap. Bukan seperti di dalam UMNO yang mana Ulama’ hanya diletakkan di Biro Agama. Setaraflah dengan Biro Sukan. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan UMNO suara Ulama’ sebagai satu badan langsung tidak diberi ruang dan tidak kedengaran. Kerana tiada Badan Ulama’ sepertimana adanya Pemuda, Wanita, Putra dan Putri. Al-maklumlah, semua Bangsawanlah katakan… Maka adakah munasabah sekiranya puak UMNO ingin menuduh PAS meminggirkan Ulama’?; Haaai,jauh panggang dari api.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...