Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Hudud: Di Antara Karpal dan UMNO

Sepertimana biasa, sibuk pulalah akhbar pro BN dengan berita Karpal tidak bersetuju dengan hudud. Karpal telah menyatakan bahawa perlaksanaannya bercanggah dengan perlembagaan Negara. Menurut beliau lagi, ianya tidak akan mampu menyekat jenayah kerana memerlukan pembuktian yang terlalu terperinci dan oleh itu sukar menyabit kesalahan seseorang dan sebagainya.

Pengumuman: Pameran Kartun Zunar

Announcing my first solo cartoon exhibition in Malaysia I would like to announce my solo cartoon exhibition in Malaysia entitled "Zunar" which will take place at the Galeri Shah Alam from 1st to 9th September 2012. This is going to be my first exhibition in Malaysia. Previously I have held two exhibitions abroad -- at Bilbao, Spain in November 2011 and at London in February 2012. More than 150 of my works will be displayed, dating from 1999. The works will all be about Malaysian politics. It will be officiated by the Selangor's Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim at 11am on the 1st September 2012 at the same venue. Through the exhibition, it is hoped that my fans and the general public will have the chance to see and observe my works up close, and understand the purpose and message behind them. I would like to thank the Selangor Government and the Galeri Shah Alam for their support in making this exhibition a reality and successful. The exhibition will...

Hospital Shah Alam Tergendala Lagi?

Saya baru terima laporan kemajuan projek Hospital Shah Alam. Nampak gayanya sudah jauh ketinggalan berbanding dengan yang telah dijadualkan. Sudahlah 2 tahun terbiar terbengkalai begitu sahaja, sudahlah terpaksa ditambah kos dengan harga beratus juta ringgit. Sekarang tergendala lagi? Sepatutnya Hospital ini siap pada tahun 2011 pada asalnya. Tarikh baru dikatakan hujung 2013. Dengan kelewatan di tapak, mungkin terlajak lagi! Sila lihat pada laporan Skala JKR yang disertakan dibawah. Ia menunjukkan jumlah hari ketinggalan sebanyak 61 hari. Dari segi % kerja pula, hanya 9.7% dicapai dalam masa 9 bulan! Pukul rata 1% sebulan!

Banjir di Padang Jawa Klang

Kami sekeluarga kembali ke rumah selepas makan tengah hari di rumah bapa saudara saya, Dato Zaidan pada petang hari raya kedua. Tiba di rumah jam sudah pukul 3 lebih. Bergegas menunaikan solat dan saya pun mengambil peluang untuk berehat seketika. Tiba-tiba pada jam 5 petang saya menerima sms dari ketua kampung Padang Jawa Klang. Beliau mengucapkan Selamat Hari Raya dan memaklumkan bahawa “Kawasan Sungai Rasa, Taman Keris dan Karupiah banjir kilat serius”. Setelah meminta PA saya yang sedang bercuti di Perak untuk menghubungi bilik gerakan MBSA, saya pun bertolak ke Padang Jawa. Saya difahamkan bahawa MBSA telahpun sedia maklum tetapi banjir berlaku di banyak tempat. Pada masa yang sama kakitangan hanya ada 10 orang. Yang lain bercuti. Saya berhubung dengan bilik gerakan dan diberitahu hanya 2 orang sahaja yang berada di kawasan Padang Jawa Klang. Saya singgah di Taman Keris dan melihat bagaimana paras air telahpun melimpahi tebing Sungai. Beberapa rumah dimasuki air dan penduduk s...

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Pengumuman: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Semua dijemput hadir KHALID SAMAD

Dalam PAS, Ulama dipinggirkan!?

Begitulah dakwaan seorang trooper UMNO kerana Ust. Nasha tidak disokong. Sebenarnya, yang meminggirkan Ulama adalah Ust. Nasha sendiri kerana tidak mendengar pandangan Majlis Syura Ulama dan mengambil keputusan sendiri menolak kerjasama dengan PR yang telah diterima Majlis Syura dan Muktamar!

Dr. M: PAS Wajib Bersama UMNO

Menurut Dr. M pula, PAS wajib bersama UMNO supaya hudud dapat dilaksanakan!? Hei, apa pula ini? Bukankah PAS parti lemah sehingga kononnya diperkudakan DAP dan UMNO pula parti gagah perkasa boleh buat apa yang dikehendakinya tanpa takut kepada sesiapa? Tiba-tiba tidak boleh laksana hudud tanpa PAS bersama? Maka adalah, jelas UMNO tunduk pada MCA! Sudahlah, kalau UMNO memang berhajat untuk melaksanakan hudud sudah lama ianya boleh dilakukan. Jangan cuba jadikan PAS sebagai parti yang mengkhianati perjanjiannya, tinggalkan PR supaya bersama UMNO hanya untuk ditikam kembali oleh UMNO selepas itu. Jika benar UMNO ikhlas ingin melaksanakan hudud, maka silakan. PAS akan sokong. Selepas itu PAS akan menuntut supaya didakwa semua perasuah dan perosak Negara melalui satu institusi kehakiman yang bebas! Ini juga merupakan tuntutan Islam. Baca sahaja kisah bagaimana Saidina Ali berhadapan dengan Qadi bernama Syuraih yang bertindak bebas dan adil tanpa menghiraukan bahawa yang di hadapanya adal...

Darah Karpal Halal?

Lanjutan dari isu Nasharudin Mat Isa dan Karpal Singh , saya telah menerima SMS dari seorang ‘hamba Allah’ yang menyatakan bahawa darah Karpal halal dan PAS perlu membunuhnya sekiranya PAS ikhlas dan bersungguh-sungguh ingin melaksanakan hudud. Kenyataan tersebut membuat saya tergelak terbahak-bahak! “Adakah hudud tidak dilaksanakan di Malaysia oleh kerana Karpal?” saya tanya kembali. Adakah Karpal Perdana Menteri Malaysia? Adakah DAP parti pemerintah saya bertanya lagi! Kasihan seribu kali kasihan, orang Melayu yang diperbodohkan UMNO dan sub-kontraktornya!

Isu Nasharudin Mat Isa dan Karpal Singh

Sambil kita tengah sibuk menghayati bulan Ramadhan, tercetus pula isu baru, Ust. Nasharudin Mat Isa meminta PAS keluar dari PR dan menuduh Karpal Singh sebagai anti-Islam kerana menolak hudud! Soal Ust. Nasha bersama Najib di Mekah dan bertindak sebagi penterjemah hanya menzahirkan betapa UMNO ketandusan ulama’. Tiada orang lainkah dalam UMNO? Samada ianya sandiwara atau sebaliknya, kita tidak perlu memikirkannya. Kalau Ust. Nasha hendak berumrah bersama Rosmah pun tidak menjadi masalah bagi saya.

Kagum Dengan Warga Shah Alam

Pada 17 Ogos, saya telah ke Masjid Negeri untuk menunaikan solat Jumaat. Sebelum masuk waktu, imam Masjid Negeri memberi tazkirah. Di dalam tazkirah tersebut, beliau menzahirkan perasaan amat berpuas hati dengan kehadiran warga Shah Alam dalam program yang dianjurkan pihak Masjid sepanjang bulan Ramadhan. Nadanya lembut menandakan keikhlasan, menginsafi kesedaran Islam yang semakin tinggi di kalangan warga Shah Alam sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Program qiyam pada 10 hari terakhir juga turut dihadiri begitu ramai orang menurutnya, khususnya golongan muda.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga bertemu Syawal dalam keadaan fitrah, diampuni dosa dan diredhai illahi. Pada tahun ini, saya telah mengunjungi ibu dan bapa mertua bersama dua orang anak saya yang masih bujang pada malam raya. Berkesempatan bertemu adik beradik ipar dan anak buah sebelah isteri. Berbuka bersama seperti yang dirancang dan bermaafan di antara satu sama lain. Pada Hari Raya pertama saya bersolat di Masjid berhampiran rumah dan seterusnya berhari raya bersama kaum keluarga. Oleh kerana ibu saya sekarang tinggal bersama di PJ maka adik beradik serta anak saudara semua mengunjungi rumah kami untuk bersalam-salaman dan bermaafan khususnya dengan beliau. Anak-anak saya semua turut datang bersama tujuh orang cucu kesayangan pada pagi raya. Tidak puas rasanya bermain dengan mereka semua, khususnya cucu yang ketujuh yang baru berusia 4 bulan. Tepat jam 2 tengahari baru dapat saya meninggalkan rumah setelah solat Zohor untuk ke rumah terbuka MB di...

Bacaan Al-Quran Sepanjang RamaDhan: Juz 6

Di dalam Juz ke enam, surah An-Nisaa' ayat 148 Allah SWT telah berfirman: “Allah tidak suka pada percakap lantang dan kasar (yang mengutuk dan menghina) secara terbuka kepada umum kecuali bagi mereka yang dizalimi. Allah mendengar dan mengetahui”. (An-Nisaa’ 148) Ada yang mengatakan percakapan yang lantang dan menghina itu tidak islamik. Kononnya orang yang beriman kena ‘suffer in silence’ . Berdasarkan ayat di atas ini jelas satu andaian yang tidak tepat. Sekiranya diri sendiri dizalimi, dibenarkan bersuara secara lantang menentang kezaliman yang ditimpakan ke atas dirinya. Maka adalah sudah pasti prinsip sama boleh diguna pakai untuk rakyat yang dizalimi oleh pemerintah melalui undang-undang yang mengongkong hak mereka sambil pemerintah merompak kekayaan Negara.

Mesyuarat Kesesakan Lalu Lintas di Shah Alam

Satu mesyuarat telah diadakan untuk membincang masalah kesesakan lalu lintas di Shah Alam bersama wakil-wakil dari JKR, PLUS, ELITE, Pro-Lintas dan MBSA. Kawasan tumpuan adalah jalan dari Lebuhraya Guthrie menuju ke persimpangan Batu Tiga yang dikenali dengan nama Jalan Subang. Wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia turut dijemput namun tidak dapat hadir.

Bacaan Al-Quran Sepanjang RamaDhan: Juz 5

Di dalam surah An-Nisaa’ ayat 97, Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya, orang-orang yang dimatikan Malaikat sambil mereka menzalimi diri mereka sendiri, Malaikat bertanya kepada mereka, “Bagaimana keadaan kamu?” Mereka menjawab,”Kami adalah golongan lemah di muka bumi”. Berkata Malaikat, “Tidakkah bumi Allah itu luas, mengapa tidak kamu berhijrah di dalamnya (ke tempat lain)?” Maka tempat orang-orang ini adalah Jahannam dan ianya tempat tinggal yang amat buruk.” (An-Nisaa’ 97)

Bacaan Al-Quran sepanjang RamaDhan: Juz 4

Di dalam surah Al-Imran ayat 103, Allah SWT berfirman: “Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan jangan kamu berpecah belah……” (Al-Imran 103) Sering kita dihidangkan dengan desakan supaya ummat Islam bersatu. Dan pada masa yang sama PAS dituduh sebagai parti yang membawa pecah belah sedangkan Alla sudah perintah, seperti di hujung petikan di atas, “dan jangan kamu berpecah belah”. Tetapi yang peliknya, bahagian awal itu langsung tidak diendahkan sedangkan ianya menjelaskan dasar untuk bersatu bagi ummat Islam! Iaitu persoalan berpegang pada tali Allah, iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).

Bacaan Al-Quran sepanjang RamaDhan: Juz 3

Hari ini oleh kerana sudah sedikit ketinggalan dari sudut penulisan, saya sertakan beberapa ayat dari Juz ke 3 dan Juz ke 4. Ini hanya sebagai perkongsian bersama dan supaya kita semua memberi lebih tumpuan kepada apa yang dibaca sambil bertadarrus “Tidak ada paksaan dalam ugama sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang salah. Sesiapa yang kufur terhadap Taghut dan beriman kepada Allah sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang teguh dan tidak akan putus. Dan Allah mendengar dan mengetahui.” (Al-Baqarah 256)