Skip to main content

Bacaan Al-Quran Sepanjang RamaDhan

Setiap malam RamaDhan ramai dari kalangan ummat Islam akan terlibat dengan amalan Tadarrus Al-Quran. Secara umumnya diusahakan 1 atau 1.5 Juz semalam supaya pada akhir bulan RamaDhan, di khatam Al-Quran secara beramai-ramai. Amalan ini telah lama dipraktikkan dan amat gembira melihat, tahun demi tahun, jumlah yang menyertai kumpulan khatam Quran ini semakin ramai.

Sehubungan dengan itu, saya ingin memetik satu atau dua ayat dari setiap Juz yang kita baca setiap malam untuk renungan bersama. Ini bertujuan agar kita semua memberi perhatian kepada apa yang dibaca, dari segi maksud serta pengajarannya dan ianya dapat dikongsi bersama untuk diambil iktibar. Namun saya tidak bercadang membentangkan tafsiir yang panjang lebar terhadap ayat pilihan, hanya sekadar tumpuan kepada maksud dan pengajaran umum yang boleh kita perolehi darinya.

Untuk malam ini, kita imbas kembali kepada juz 1 dan ayat-ayat yang bermaksud;
“Dan mereka mengatakan: Kami tidak akan disentuh api neraka, kecuali untuk beberapa hari sahaja. Katakan: Adakah kamu telah menerima janji dari Allah, lalu Allah tidak akan memungkiri janjiNya, atau kamu berkata tentang Allah dalam hal-hal yang tidak kamu ketahui?”

(Al-Baqarah 80)

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang ahlul kitab, khususnya Yahudi, yang beranggapan mereka dijamin Syurga. Mereka menganggap Syurga hak mereka atas sebab mereka dilahirkan sebagai Yahudi dan menganut agama nenek moyang mereka. Sedangkan mereka tidak mengikhlaskan diri mereka kepada Allah dan tidak juga mengabdikan diri kepadaNya.

Ini merupakan penyakit yang sama yang melanda ummat Islam dewasa ini. Ummat Islam beranggapan Syurga hak mereka walaupun mereka engkar terhadap segala perintah Allah! Ada yang tidak solat, puasa atau membayar zakat namun apabila ditanya mereka akan menjawab, saya orang Islam!” Yalah tu, ‘Islam Baka’!

“Apakah kamu percaya kepada sebahagian isi kitab dan tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Tidak ada pembalasan untuk mereka yang berbuat begitu di antara kamu selain dari kehinaan dalam kehidupan dunia ini dan di hari akhirat, mereka dikembalikan kepada seksaan yang amat dahsyat..”

(Al-Baqarah 85)
Ini juga merupakan sejenis penyakit yang telah merebak di kalangan ummat Bani Israel (Yahudi) yang didedahkan oleh Al-Quran. Malangnya, penyakit yang sama turut melanda ummat Islam! Maka tidak hairanlah sekiranya akibatnya, iaitu kehinaan di atas muka bumi, turut menimpa ummat Islam di seluruh dunia ketika ini.

Oleh itu, bersamalah kita manfaatkan bulan RamaDhan ini dengan menambah ilmu dan amalan kita supaya akhirnya akan terbentuk sebuah ummat yang berani dan kuat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD